5
TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA HARI GURU – 2015 Bismillah...... Assalamualaikum wm..wbt.., Yang berbahagia Encik Jor bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG, SK. Taman Tuanku Jaafar 2. Yang berusaha Puan Rahimah bt Ibrahim, GPK 1. Yang berusaha Puan Lim Chiew Yang, GPK HEM. Yang berusaha Encik Azissul bin Mahat, GPK Kokurikulum. AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berhimpun pada hari yang berbahagia ini sempena sambutan hari guru. Sambutan Hari Guru pada hari ini adalah sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru. Selaku Guru Besar SK. Taman Tuanku Jaafar 2, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini, untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala pengorbanan dan sumbangan besar para guru terhadap murid-murid dan sekolah ini. Pencapaian demi pencapaian diperolehi dan kejayaan demi kejayaan dikecapi baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sehingga sekolah ini mula digeruni oleh sekolah-sekolah rendah yang lain. Malah sekolah ini mula dijadikan sebagai penanda aras kepada sekolah- sekolah yang lain. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa para guru di sekolah ini sentiasa positif dalam melonjakkan transformasi pendidikan negara. Murid-murid dan guru-guru yang dirahmati Allah sekalian, 'GURU: MEMBINA ILMU , MENYEMPURNAKAN AKHLAK'”. Begitulah tema hari guru pada tahun ini. Pada pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah memainkan peranan ke arah merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Apa yang saya lihat ialah para guru di sekolah ini bukan sahaja menekan aspek akademik dan kokurikulum semata-mata. Para guru di sekolah ini juga berusaha untuk membangunkan modal insan

Teks Ucapan Hari Guru 2012

  • Upload
    skgn

  • View
    306

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA HARI GURU 2015 Bismillah......

Assalamualaikum wm..wbt..,

Yang berbahagia Encik Jor bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG, SK. Taman Tuanku Jaafar 2.

Yang berusaha Puan Rahimah bt Ibrahim, GPK 1.

Yang berusaha Puan Lim Chiew Yang, GPK HEM.

Yang berusaha Encik Azissul bin Mahat, GPK Kokurikulum.

AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berhimpun pada hari yang berbahagia ini sempena sambutan hari guru. Sambutan Hari Guru pada hari ini adalah sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru.

Selaku Guru Besar SK. Taman Tuanku Jaafar 2, saya ingin mengambil kesempatan pada hariyang amat bermakna ini, untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala pengorbanan dan sumbangan besar para guru terhadap murid-murid dan sekolah ini.

Pencapaian demi pencapaian diperolehi dan kejayaan demi kejayaan dikecapi baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sehingga sekolah ini mula digeruni oleh sekolah-sekolah rendah yang lain. Malah sekolah ini mula dijadikan sebagai penanda aras kepada sekolah-sekolah yang lain. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa para guru di sekolah ini sentiasa positifdalam melonjakkantransformasi pendidikan negara.

Murid-murid dan guru-guru yang dirahmati Allah sekalian,

'GURU: MEMBINA ILMU , MENYEMPURNAKAN AKHLAK'.Begitulah tema hari guru pada tahun ini. Pada pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah memainkan peranan ke arah merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Apa yang saya lihat ialah para guru di sekolah ini bukan sahaja menekan aspek akademik dan kokurikulum semata-mata. Para guru di sekolah ini juga berusaha untuk membangunkan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri para pelajar.

Guru memainkan peranan yang signifikan kepada pembinaan dan pembangunan sahsiah dan peribadi murid-murid. Malah, dengan perkembangan semasa yang mana berlakunya gejala ponteng sekolah, pergaduhan dan lain-lain dipikul oleh guru dengan rasa penuhtanggungjawab.

Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut agar para guru dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani.

Hadirin yang saya muliakan,

Inisiatif Tawaran Baru telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru di sekolah ini layak menerima bayaran insentif atas perkhidmatan mereka yang cemerlang. Alhamdulillah, segala perit jerihguru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila sekolah ini menerima baiah sekali lagi bagi tempoh dua tahun berturut-turut. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru di sekolah ini.

Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif, inovatif dan ibu bapa yang prihatin maka Insya-Allah proses melonjakkan transformasi pendidikan negara di sekolah ini dapat direalisasikan. Dengan keringat guru-guru ini, maka sekolah dapat melahirkan insan yang mulia dan membina masa depan yang sejahtera.

Hadirinsekalian,

Bertitik tolak daripada sumbangan dan pengorbanan guru ini, maka sewajarnya murid-murid dan masyarakat meraikan sambutan hari guru pada hari ini sebagai menghargai warga pendidik . Bak kata pujangga tentang guru ialah,

Dialah pemberi paling setia,

Tiap akar ilmu miliknya,

Pelita dan lampu segala,

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa, diajuga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkanSelamat Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

Sekian, wabilahitaufiq wal-hidayah wassalam....

TEKS UCAPAN HARI GURU 2015 - WAKIL PELAJAR/MURID

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh....Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Napai, Puan Reson Binti Man, Yang Dihormati Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Guar Napai Encik Hashimi Bin Hasan, barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru yang diraikan, warga kerja Sekolah Kebangsaan Guar Napai dan rakan-rakan sekalian.Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama pada hari ini, menyambut Hari Guru Tahun 2015 ini.Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah'GURU: MEMBINA ILMU , MENYEMPURNAKAN AKHLAK'. Tema ini adalah tepat sekali berdasarkan peranan guru dalam mendidik anak bangsa ke arah melahirkan modal insan yang berketerampilan untuk membawa negara kita ke arah negara maju pada tahun 2020 nanti.Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi,Setiap insan di dunia ini belajar daripada seorang guru. Tanpa guru kita tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan malam. Guru ialah insan yang mesti kita hormati selepas ibu bapa kita. Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa yang kita pelajari menjadi berkat dan dirahmati Illahi.Rakan-rakan sekalian,Marilah kita tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri kita dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan buah fikiran demi untuk kecemerlangan kita semua. Guru-guru kita akan berasa bangga jika kita berjaya, namun guru juga akan turut kecewa dan berdukacita seandainya kita gagal dalam pelajaran.Pada kesempatan ini, saya mewakili pelajar-pelajar sekolah ini, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Sekolah Kebangsaan Guar Napai. Semoga guru-guru terus dianugerahi kekuatan dan ketabahan dalam mendidik kami.Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, seandainya antara kami telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada guru-guru sama ada kami sedari atau tidak.

Pohon sirih pohon selasih

Tumbuh merimbun di hujung laman

Kalungan budi junjungan kasih

Menjadi kenangan sepanjang zaman

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh

Terima kasih cikgu.