2

Click here to load reader

Teks Ucapan Hari Graduasi Tahun 6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ll

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan Hari Graduasi Tahun 6

Teks Ucapan Hari Graduasi Tahun 6 (2014)Bismillah…….Assalamulaikum…..Dan salam sejahtera…..

Terima kasih pengacara majlis, mas dalyana & mohd muazYang berusaha GPK, GPK HEM, GPK KK, GPK KHASYang berusaha En Zainuddin Zainol, Penyelaras Tahun 6AJK hari graduasi tahun 6, guru-guru, para ibu bapa/ waris dan yang diraikan murid-murid tahun 6 sekalian…..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi diatas limpah kurnia dan izinnya dapat kita bersama-sama meraikan majlis graduasi tahun 6 skp pada hari ini. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa dan menerima undangan kami. Tahniah, diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak pada pagi ini! Semoga segala khidmat bakti,  pengorbanan dan sokongan yang tuan-tuan dan puan-puan berikan akan mendapat restu daripada Allah jua..

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Majlis seumpama ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid tahun 6 yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran mereka di peringkat sekolah rendah. Selama 6 tahun mereka menerima ilmu dan didikan secara formal daripada guru-guru. Sekalung tahniah saya damparkan kepada guru-guru SKP yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab mendidik anak-anak ini. Untuk menjadikan mereka sebagai insan yang seimbang  dan dapat  memenuhi kecemerlangan  hidup di dunia dan  kecemerlangan di akhirat. In Sya Allah.

Murid-murid cikgu sekalian…Tahun 2009, kamu diserahkan oleh ibubapa/waris kepada guru-guru, bermulalah alam persekolahan formal kamu… masih ingat masa mula masuk sekolah dulu… ada yang menangis, ada yang emak kena tunggu, ada yg terbuang dlm seluar..ada yg tak mau datang ke sekolah dan bermacam-macam hal lagi,, seterusnya dipanggil oleh pk hem, guru bimbingan dan macam-macam lagi… sekarang dah tahun 6, nak ke sekolah menengah da… ,,, sampailah masanya pihak sekolah hendak menyerahkan kembali kamu kepada ibubapa/waris. Penganjuran majlis seumpama ini bertujuan untuk memberi motivasi, perangsang dan ingatan agar  kamu sekalian dapat  meningkatkan kesediaan diri untuk meneruskan pengajian di sekolah menengah dan seterus ke peringkat yang tertinggi yang mampu anda semua gapai,,,in sya allahIngatlah….. Anda masih muda. Perjalanan untuk memburu pengetahun,  masih jauh dan terbentang luas di hadapan. Justeru, usah persia kesempatan yang ada, kerana “barangsiapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya umpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.” Jangan hampakan harapan ibu bapa anda semua. Wahai anak-anak murid cikgu,,, ingatkan ikrar yang dilafazkan setiap kali perhimpunan, bait-bait jangan hampakan harapan ayah bonda……amat menyentuh perasaan cikgu bila mendengarnya… cikgu mahu kamu menjadi murid yang berjaya dalam semua perkara…. Akademik, sikap, akhlak dsbnya. Biar semua orang sayang kepada kita…. Ingat pesanan cikgu ini.. Cikgu ucapkan tahniah dan syabas kepada kamu yang mengambil bahagian serta memaparkan sifat kepimpinan, keberanian, dan bakat yang tersembunyi dalam diri di hadapan ibubapa pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalianDi sini saya mewakili seluruh warga skp dengan rasa rendah diri menyusun jari memohon kemaafan di atas segala kekhilafan yang pernah dilakukan kepada anak-anak sepanjang mereka belajar di sini. Begitu juga kepada semua ibubapa jika ada terkasar bahasa tersilap kata, kami memohon kemaafan.. Akhir kata, dengan lafaz Bismillah… saya dengan sukacitanya merasmikan majlis graduasi tahun 6 bagi tahun 2014.

Sekian…