1
SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG Salam sejahtera dan Salam 1 Transformasi, Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku atur cara sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Pamol 2015. Sebagaimana tahun-tahun yang berlalu, Majlis Anugerah Kecemerlanganmerupakan agenda tahunan sekolah. Program ini diadakan dengan tujuan memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para murid yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum sekaligus mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, mahupun di peringkat negeri. Selaku guru besar, saya turut berasa bangga dengan pencapaian anak tuan tuan. Oleh itu, teruskanlah kecemerlangan yang dicita-citakan kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah suatu destinasi tetapi suatu perjalanan dan kembara yang tidak ada batas sempadannya. Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan perlulah ada kesepakatan bak aur dengan tebing. Di peringkat sekolah, kita telah melakukan yang terbaik selaras dengan etika dan piagam pelanggan perkhidmatan pendidikan. Justeru, perubahan sikap individu dan perhatian daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat amat diperlukan supaya matlamat pendidikan untuk melahirkan generasi bagi mengisi wawasan negara akan tercapai. Akhirnya, sekalung penghargaan turut diucapkan kepada PIBG dan ibu bapa keran tidak jemu-jemu membantu dari segi material dan sokongan moral hingga kita berjaya menganjurkan majlis seumpana ini. Segala jasa dan budi baik tuan-tuan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Sekian, terima kasih. Salam hormat daripada Yang Berusaha Encik Gabriel Sundang, Guru besar, SK Pamol.

Teks Ucapan Guru Besar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks

Citation preview

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANGSalam sejahtera dan Salam 1 Transformasi,Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku atur cara sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Pamol 2015. Sebagaimana tahun-tahun yang berlalu, Majlis Anugerah Kecemerlanganmerupakan agenda tahunan sekolah. Program ini diadakan dengan tujuan memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para murid yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum sekaligus mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, mahupun di peringkat negeri.Selaku guru besar, saya turut berasa bangga dengan pencapaian anak tuantuan. Oleh itu, teruskanlah kecemerlangan yang dicita-citakan kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah suatu destinasi tetapi suatu perjalanan dan kembara yang tidak ada batas sempadannya.Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan perlulah ada kesepakatan bak aur dengan tebing. Di peringkat sekolah, kita telah melakukan yang terbaik selaras dengan etika dan piagam pelanggan perkhidmatan pendidikan. Justeru, perubahan sikap individu dan perhatian daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat amat diperlukan supaya matlamat pendidikan untuk melahirkan generasi bagi mengisi wawasan negara akan tercapai.Akhirnya, sekalung penghargaan turut diucapkan kepada PIBG dan ibu bapa keran tidak jemu-jemu membantu dari segi material dan sokongan moral hingga kita berjaya menganjurkan majlis seumpana ini. Segala jasa dan budi baik tuan-tuan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.Sekian, terima kasih.

Salam hormat daripadaYang Berusaha Encik Gabriel Sundang,Guru besar,SK Pamol.