3
Teks ucapan guru besar. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah izin dan kurnia-Nya, dapat kita sama-sama berkumpul pada hari ini sebagai meraikan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar. GURU INOVATIF PENCETUS KREATIVITI merupakan tema yang dipilih bagi Tahun 2014. Saya pasti guru-guru di sekolah ini merupakan guru-guru yang bersikap daya saing dalam membina sahsiah diri murid-murid dengan menggunakan pelbagai kreativiti bagi menarik minat murid untuk mendalami ilmu yang dipelajari. Guru-guru yang saya kasihi, Sebagai golongan profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita perlu peka dan bersedia melengkapi diri menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, seorang guru yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan yana tinggi, belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea. Murid-murid yang saya sayangi, Jika kamu memandang kearah guru-guru kamu di sekolah ini, pandanglah dan renunglah wajah guru-guru kamu. Bukan hadiah atau wang ringgit yang mereka mahu dari kamu, bukan pelukan dan ciuman waima teriakan sayang berjuta kali juga bukan yang mereka mahu. Apa yang seorang guru itu mahu, hanyalah melihat anak didiknya ini berjaya menjadi insan yang punya sahsiah diri yang mulia serta menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara. Guru-guru yang diraikan hari ini,

Teks Ucapan Guru Besar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sekolah Rendah

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan Guru Besar

Teks ucapan guru besar.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah izin dan kurnia-Nya, dapat kita sama-sama berkumpul pada hari ini sebagai meraikan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar.

GURU INOVATIF PENCETUS KREATIVITI merupakan tema yang dipilih bagi Tahun 2014. Saya pasti guru-guru di sekolah ini merupakan guru-guru yang bersikap daya saing dalam membina sahsiah diri murid-murid dengan menggunakan pelbagai kreativiti bagi menarik minat murid untuk mendalami ilmu yang dipelajari.

Guru-guru yang saya kasihi,

Sebagai golongan profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita perlu peka dan bersedia melengkapi diri menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, seorang guru yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan yana tinggi, belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.

Murid-murid yang saya sayangi,

Jika kamu memandang kearah guru-guru kamu di sekolah ini, pandanglah dan renunglah wajah guru-guru kamu. Bukan hadiah atau wang ringgit yang mereka mahu dari kamu, bukan pelukan dan ciuman waima teriakan sayang berjuta kali juga bukan yang mereka mahu. Apa yang seorang guru itu mahu, hanyalah melihat anak didiknya ini berjaya menjadi insan yang punya sahsiah diri yang mulia serta menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara.

Guru-guru yang diraikan hari ini,

Pelbagai ganjaran dan insentif disediakan bagi guru-guru yang mencapai kecemerlangan dalam tugasan. Namun bukan ganjaran itulah yang dinantikan oleh guru-guru sebaliknya kejayaan anak didik yang diberi didikan ilmu sejak murid itu mula mengenal huruf dan boleh membaca dengan lancar serta mampu mengira dengan menggunakan kaedah yang telah dipelajari dengan baik. Satu saat apabila melihat anak didiknya itu berjaya, itulah sebenarnya ganjaran yang memberi kepuasan bagi seorang guru kerana mampu mendidik seorang manusia menjadi insan yang berguna.

Anak-anak murid yang saya sayangi,

Page 2: Teks Ucapan Guru Besar

Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh guru-guru di sekolah ini di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang. Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan mempertingkat kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. Tidak kira sama ada kamu adalah murid dari arus perdana atau pendidikan khas, jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya akhirnya kamu dapat menjadi individu dan warganegara yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan sedar akan kepentingan amalan berterima kasih kepada guru. Sekiranya ada antara kamu yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk kamu semua.

Guru-guru yang saya sayangi,

Sesungguhnya, tidak terhitung jasa dan bakti guru kepada bangsa dan negara. Justeru, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru dan semua warga Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar yang terlibat secara langsung mahupun tdak langsung dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan dan pengorbanan anda semua dalam menggalas amanah mulia mendidik anak bangsa dan mengangkat martabat nusa. Kepada guru-guru pesan saya, sayangilah murid anda, dan kepada murid nasihat saya, hormati dan hargailah jasa guru anda.

Akhir kalam, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanyamerasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi Tahun 2014.

Selamat Hari Guru! Terima Kasih Cikgu!

Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.