5
TEKS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN م ي ح ر لا. ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA. Yang Berusaha Tuan Haji Hisham bin Haji Muhammad Guru Besar Sek. Keb. St. Gabriel. Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah. .1) Pn Hayati binti Hassan – Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum. .2) Pn. Faridah binti Kering – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid .3) Pn. Hajah Nurusabah binti Haji Daud – Penolong Kanan Kokurikulum. Yang Dihormati guru-guru dan seterusnya rakan- rakan sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini. DOA Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara______________ untuk melafazkan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi. NYANYIAN DAN IKRAR.

teks perhimpunan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perhimpunan mingguan

Citation preview

TEKS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

.ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Tuan Haji Hisham bin Haji Muhammad Guru Besar Sek. Keb. St. Gabriel.

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah..1) Pn Hayati binti Hassan Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum..2) Pn. Faridah binti Kering Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.3) Pn. Hajah Nurusabah binti Haji Daud Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dihormati guru-guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA

Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara______________ untuk melafazkan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN DAN IKRAR.

Majlis diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu,laguNegaraku, lagu Maju dan Sejahtera dan lagu sekolah. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________.

Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS.

Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan laporan bertugas mingguan.

Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang disampaikan tadi.

UCAPAN GURU BERTUGAS

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk memberikan ucapan tentang aktiviti minggu ini, penerapan nilai murni dan program 5 minit Anti Dadah.

Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _______________________

PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH

Seterusnya diumumkan pemenang pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas minggu lalu. Dijemput Guru Besar / Penolong Kanan untuk menyampaikan piala pusingan. Pemenang bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas ialah kelas.. Dijemput ketua kelas naik ke pentas untuk menerima piala pusingan. Tahniah diucapkan.

UCAPAN GURU BESAR / PENTADBIR.

Seterusnya, saya mempersilakan Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.

Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.

BERSURAI.Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, Semua Penolong Kanan, dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini.

Guru-guru boleh bersurai.

DOA MAJLIS PERHIMPUNANAl Fatihah , Ya Allah Ya Tuhan kami, Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan dosa guru-guru kami. Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan .

Ya Allah Ya Rahman Ya RahimSesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas . Justeru berkati dan rahmatilah kami . Jadikan kami manusia yang berbakti dan berguna di sisiMU. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu.Berkatilah segala aktiviti yang kami buat dan kami jalankan. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami dan guru-guru kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,Hanya padaMu kami memohon.Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan.Rabbana atina, fid dunya hasanah, wafil akhirati hasanah , wakina azabannar. Wasollallahu ala saidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi wassalam. Walhamdulillahi rabbil alamin.

BACAAN IKRAR

BAHAWANYA KAMI, RAKYAT MALAYSIA, BERIKRAR , AKAN SENTIASA MEMBERI, SERTA MENUMPUKAN , TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI , KEPADA NEGARA MALAYSIA YANG KAMI CINTAI. KAMI BERIKRAR, AKAN SENTIASA MENJUNJUNG , PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA:- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAAN