Teks Pengerusi Majlis Deepavali

Embed Size (px)

Citation preview

Biro Disiplin dan Protokol JPP IPG Kampus Ipoh

TEKS PENGERUSI MAJLIS MALAM KEBUDAYAAN DEEPAVALI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH (TEKS PENGERUSI)

*Perhatian kepada semua pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, di sini terdapat beberapa pengumuman penting: 1. Sila matikan telefon bimbit anda atau tukarkan mode telefon bimbit anda kepada mode senyap, agar tidak mengganggu perjalanan perhimpunan. 2. Semasa dif-dif kehormat masuk ke dewan, diharapkan agar semua pelatih dapat berdiri dan menepuk tangan sehingga para tetamu mengambil tempat. 3. Para pelatih dilarang sama sekali untuk membuat bising atau sebarang unsur gangguan yang boleh mengganggu perjalanan perhimpunan.

*Baca pengumuman ini LIMA minit sebelum perhimpunan bermula.

1

Biro Disiplin dan Protokol JPP IPG Kampus Ipoh

Mengumumkan ketibaan, Tuan Haji Mat Akhir bin Abdullah,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, masuk ke dewan.

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan. Hadirin dimohon berdiri.

Salam 1Malaysia.

Yang berusaha, Tuan Haji Mat Akhir bin Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,

Para pensyarah Seterusnya para pelatih yang dihormati sekalian.

Majlis bermula dengan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Tuhan, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita diberikan kesihatan dan kesempurnaan untuk bersama-sama dalam majlis malam kebudayaan deepavali ini pada malam ini.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih, terutamanya kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Mat Akhir bin Abdullah, TimbalanPengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang sudi hadir pada majlis malam ini.

2

Biro Disiplin dan Protokol JPP IPG Kampus Ipoh

Warga IPG Kampus Ipoh yang dihormati, Agar majlis kita mendapat keberkatan daripada Tuhan, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan saudari .vasantha kumari a/p muniandy. untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari ............................................................ atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi projek Malam kebudayaan Deepavali. Oleh itu, majlis mempersilakan saudara eganesh a/l arijenan untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis seterusnya mempersilakan Pensyarah penasihat malam kebudayaan deepavali,Dr.Segar Narayanan untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan ini mempersilakan Ketua Unit Pengajian Tamil,En.Subramaniam Kaliappan untuk menyampaikan ucapan beliau.Majlis mempersilakan.

Seterusnya majlis dengan ini menjemput pensyrah elit jabatan pengajian tamil,En.Sivanesan Rajoo utuk mengalungkan kalungan bunga kepda Tn.Haji Mat Akhir bin Abdullah,Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.

Seterusnya

majlis

dengan

ini

menjemput

Yang

Berusaha,Tn.Hj.Mat

Akhir

bin

Abdullah,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Malam kebudayaan Deepavali bagi tahun 2011.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Seterusnya majlis menjemput Dr.Segar Narayanan bagi mengiringi Ketua Unit Pengajian Tamil,En.Subramaniam kaliappan bagi menyampaikan cenderehati kepada Yang

berusaha,Tn.Haji Mat Akhir bin Abdullah,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan guru kampus

3

Biro Disiplin dan Protokol JPP IPG Kampus Ipoh

ipoh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,En.Salehuddin bin Hussain dan Ketua Jabatan Bahasa,En.Husni bin Mohamad Junos.Dipersilakan.

Para hadirin, Dengan ini selesailah sudah perasmian malam kebudayaan deepavali bagi tahun 2011,dan dengan ini para hadirin dipersilakan untuk menikmati hidangan makan malam.

Para hadirin sekalian, Terimalah sebuah persembahan multimedia yang telah disediakan oleh mahasiswa guru india IPG kampus ipoh.

4