5
Teks pengacaraan Program Sambutan Hari Guru 2015 Desaku Tercinta cue Ucapan Ucapan alu- aluan Assalaamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang diucapkan kepada semua hadirin ke program sambutan hari guru 2015 dengan tema Guru: Membina ilmu, menyempurnakan akhlak. Acara Senam robik Acara pada pagi ini akan dimulakan dengan sesi senam robik. Oleh itu, diminta kepada semua hadirin untuk memenuhkan ruangan dataran air pancur bagi sama-sama bersenam pada hari ini. Acara sukaneka Hadirin, acara seterusnya adalah acara sukaneka pensyarah dan staf. Oleh itu, dijemput semua pensyarah dan staf untuk berada di lobi bangunan baharu. Semua pelajar juga diminta untuk bersama-sama menyaksikan dan memberikan sokongan kepada pensyarah dan staf. Rehat Hadirin, kita akan berehat sebentar. Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru 2015 IPG Kampus Bahasa Melayu Pengumuman Hadirin, majlis akan dimulakan sebentar saja lagi. Oleh itu, diminta kepada semua hadirin untuk bersedia dan memastikan mode telefon bimbit dalam mode senyap.

Teks Pengacaraan Program Sambutan Hari Guru 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh teks pengacaraan program hari guru 2015.

Citation preview

Page 1: Teks Pengacaraan Program Sambutan Hari Guru 2015

Teks pengacaraan Program Sambutan Hari Guru 2015 “Desaku Tercinta”

cue Ucapan

Ucapan alu-aluan

Assalaamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang diucapkan kepada semua hadirin ke program sambutan hari guru 2015 dengan tema Guru: Membina ilmu, menyempurnakan akhlak.

Acara Senam robik

Acara pada pagi ini akan dimulakan dengan sesi senam robik.

Oleh itu, diminta kepada semua hadirin untuk memenuhkan ruangan dataran air pancur bagi sama-sama bersenam pada hari ini.

Acara sukaneka Hadirin, acara seterusnya adalah acara sukaneka pensyarah dan staf. Oleh itu, dijemput semua pensyarah dan staf untuk berada di lobi bangunan baharu.

Semua pelajar juga diminta untuk bersama-sama menyaksikan dan memberikan sokongan kepada pensyarah dan staf.

Rehat Hadirin, kita akan berehat sebentar.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru 2015

IPG Kampus Bahasa Melayu

Page 2: Teks Pengacaraan Program Sambutan Hari Guru 2015

Pengumuman Hadirin, majlis akan dimulakan sebentar saja lagi. Oleh itu, diminta kepada semua hadirin untuk bersedia dan memastikan mode telefon bimbit dalam mode senyap.

Mohon juga kepada semua hadirin agar mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan sepanjang majlis berjalan.

Ketibaan Pensyarah dan Staf

Mengumumkan pergerakan masuk barisan pensyarah dan staf IOG kampus Bahasa Melayu masuk ke dalam dewan

Ketibaan Pengarah

Majlis mengumumkan ketibaanYbhg Dr Hajah Maridah binti Alias,Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,

YM Tengku Adli bin Raja Omar,Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,

Masuk ke dalam dewan.

Nyanyian Lagu NegaraKu

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu NegaraKu.

**Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Membeli pukat di Simpang Ampat,singgah sebentar di Anjung Batu,tangan diangkat jari dirapat,doa dipanjat memohon restu.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis menjemput saudara Mohd Hafiz bin Abdullah Saini untuk memimpin bacaan doa.

Ucapan alu-aluan

Ybhg Dr Hajah Maridah binti Alias,Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,

YM Tengku Adli bin Raja Omar,Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,

Yg berusaha Puan Mahani binti Muhammad,Ketua Jabatan hal Ehwal Pelajar,

Ketua-ketua Jabatan, Para Pensyarah, barisan Staf, Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, serta guru-guru pelatih sekalian.

Page 3: Teks Pengacaraan Program Sambutan Hari Guru 2015

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Assalaamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan hadirin ke majlis sambutan hari guru 2015 peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu dengan tema Desaku tercinta.

Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi meraikan sambutan hari guru pada tahun 2015 kali ini.

Tema kebangsaan hari guru pada tahun ini iaitu, guru:membina ilmu menyempurnakan akhlak.

Sambutan hari guru adalah bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi pemangkin ke arah kehebatan negara.

Bacaan ikrar Guru

Dari Kelantan pergi ke Kedah,Dari Kedah ke Perak pula,Doa selamat di pohon sudah,Mari kita beralih acara.

Baiklah, hadirin.Acara diteruskan dengan bacaan ikrar guru.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Encik Suhasni untuk mengetuai bacaan ikrar. Hadirin dijemput untuk berdiri.

Terima kasih diucapkan. Hadirin dijemput duduk.Persembahan

Lagu: Guruku Tersayang

Baiklah hadirin, pada hari ini kita akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Guruku tersayang oleh IB Busker. Untuk itu, marilah sama-sama kita nyanyikan.

Dipersilakan.Terima kasih diucapkan.

Ucapan YDP Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

Baiklah, hadirin.

Page 4: Teks Pengacaraan Program Sambutan Hari Guru 2015

Acara pada hari ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP JPP 2015/2015.

Dengan ini, majlis menjemput saudara Shahrul Nizam bin Mohd Aman Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk menyampaikan ucapan.

***Terima kasih diucapkan kepada YDP Saudara Shahrul Nizam bin Mohd Aman atas ucapan itu sebentar tadi.

Persembahan tayangan Multimedia

Baiklah hadirin, seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan tayangan multimedia bersempena dengan sambutan hari guru pada tahun ini.

Ucapan Pengarah IPG KBM

Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Ybhg Dr Hajah Maridah binti Alias untuk menyampaikan ucapan perasmian seterusnya menyempurnakan gimik perasmian.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepadaYbhg Dr Hajah Maridah binti AliasPengarah IPG Kampus Bahasa MelayuAtas ucapan dan penyempurnaan gimik perasmian sebentar tadi.

Persembahan pelajar, pensyarah dan staf

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaBingkisan perutusan selesai sudahPersembahan selingan menyusul pula

Baiklah hadirin, kemeriahan sambutan hari guru pada hari ini akan diserikan lagi dengan persembahan-persembahan daripada pelajar, penyarah dan juga staf.

Kini kita akan berhibur bersama persembahan tarian joget daripada _____________.Dipersilakan.

Seterusnya, persembahan puisirama yang akan dipersembahkan oleh kumpulan Bidasari.

Seterusnya, kemeriahan majlis akan diserikn lagi dengan persembahan pensyarah dan staf......

Page 5: Teks Pengacaraan Program Sambutan Hari Guru 2015

Dipersilakan.

Penyampaian hadiah dan cenderamata

Baiklah hadirin, acara diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah dan cenderamata.

Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi

Nyanyian Lagu Guru Malaysia, IPGM dan Institut Bahasa

Baiklah, hadirinBersempena dengan sambutan hari guru pada hari ini marilah kita berdiri bagi sama-sama menyanyikan 3 rangkaian lagu.

Hadirin diminta untuk berdiri.

Akhr kalam Baiklah hadirin, diminta untuk bertenang.

Di sini terdapat beberapa pengumuman.

Kami daripada pihak majlis, mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian memeriahkan majlis sambutan hari guru pada hari ini.

Salam kemaafan kepada semua seandainya terdapat kesilapan, kekasaran bahasa sama ada secara sedar ataupun tidak.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan