teks pengacaraan perpisahan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Majlis perpisahan

Citation preview

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuhYang berusaha Tuan PengetuaYang berusaha PK PentadbiranYang berusaha PK HEMYang berusaha PK KokurikulumYang berusaha PK PetangGuru-guru kananGuru-guru cemerlangKaunselor-kaunselorRakan-rakan guruDanPelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya maka kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini bagi meraikan persaraan _______________________________ di dalam majlis yang serba sederhana.

Di mana ada pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Di mana ada awal, pasti akan ada akhir. Itulah perjalanan dalam kehidupan.Ketika akhir sebuah perjalanan, ianya akan menjadi awal sebuah perjalanan yang lain, dan sebuah perpisahan akan menjadi pertemuan bagi sesuatu yang baru.Di dalam hidup, ramai orang yang datang dan pergiAllah telah mempertemukan kita dengan orang-orang yang Dia telah gariskan dalam catatan takdirMereka datang silih bergantiAda yang melintas dalam ruangan yang singkat, namun membekas di hati.Ada yang telah lama berjalan beiringan, tetapi tak disedari erti kehadirannyaAda pula yang begitu jauh di mata, sedangkan kewujudannya melekat di hati.Ada yang datang pergi begitu saja seolah tak pernah ada.Semua orang yang pernah singgah dalam hidup kita bagaikan kepingan teka-teki yang saling melengkapi dan membentuk sebuah gambaran kehidupanMaka sudah fitrah, bila ada pertemuan pasti ada perpisahan..Di mana ada awal, pasti akan ada akhir.

Begitu jugalah senarionya apa yang kita lalui sehari-hari. Hari ini adalah hari terakhir bertugas pada Cikgu _____________________ yang kita raikan.

Bagi memberkati majlis, marilah bersama-sama kita menadah tangan dan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz ___________________________

Aminamin.amin ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz _______________________________.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar _____________________________. Dipersilakan.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha _____________________________ untuk menyampaikan sepatah dua kata.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________________________.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan yang diraikan __________________________ untuk menyampaikan sepatah dua kata pada bibit-bibit terakhir beliau berkhidmat di sekolah ini sebagai seorang guru yang berkaliber.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Terima kasih diucapakan kepada _______________________________________Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan dari warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang.

Dipersilakan __________________________ wakil dari _______________________________Dipersilakan __________________________ wakil dari _______________________________Dipersilakan __________________________ wakil dari _______________________________Dipersilakan __________________________ wakil dari _______________________________Dipersilakan __________________________ wakil dari _______________________________Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah itu tadi menandakan majlis kita pada hari ini telah hampir tiba ke penghujungnya. Dikesempatan yang ada ini, saya sebagai wakil kepada guru-guru Sekolah menengah kebangsaan Kuala Nerang ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga andai kata kami pernah tersilap bicara, mengguris rasa, atau tersalah laku pada Cikgu ______________________. Sesungguhnya ianya bukanlah kami sengajakan. Semoga ikatan ikhuwah di antara kita akan kekal sampai bila-bila.Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.