4
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MINI ASRAMA UPSR TAHUN 6, 2015 Ketibaan Tetamu Khas dan Alu-aluan Pengerusi Majlis Mengumumkan ketibaan: Yang Berbahagia, _________________________, _________________________, diiringi oleh, Pegawai Pelajaran Daerah, Guru Besar, Yang DiPertua PIBG dan tetamu-tetamu jemputan. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia. Yang Berbahagia, _________________________, _________________________, (JPNS) Yang Berusaha, Encik Basri b Haji Yusof, Guru Besar, SK (F) Bukit Jalor. Yang Dihormati, _______________________________ Yang Dipertua PIBG SK (F) Bukit Jalor, En. Sazari bin Md Derus, Pengerusi Sarana SK (F) Bukit Jalor Sarjan Abdul Ghani bin Hassan, Pegawai Perhubungan Sekolah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin

Teks Pengacaraan Majlis Pelancaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

guur

Citation preview

Page 1: Teks Pengacaraan Majlis Pelancaran

TEKS PENGACARAAN MAJLISPELANCARAN PROGRAM MINI ASRAMA UPSR TAHUN 6, 2015

Ketibaan Tetamu Khas dan Alu-aluan Pengerusi Majlis

Mengumumkan ketibaan:

Yang Berbahagia,_________________________, _________________________,

diiringi oleh, Pegawai Pelajaran Daerah, Guru Besar, Yang DiPertua PIBG dan tetamu-tetamu jemputan.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia,_________________________, _________________________, (JPNS)

Yang Berusaha, Encik Basri b Haji Yusof,Guru Besar, SK (F) Bukit Jalor.

Yang Dihormati,_______________________________Yang Dipertua PIBG SK (F) Bukit Jalor,

En. Sazari bin Md Derus,Pengerusi Sarana SK (F) Bukit Jalor

Sarjan Abdul Ghani bin Hassan,Pegawai Perhubungan Sekolah,Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin

En. Zamani bin OthmanPengurus Felda Bukit Jalor

En. Rosli bin BaharudinKetua Kampung Felda Bukit Jalor

Penolong-penolong Kanan,

Page 2: Teks Pengacaraan Majlis Pelancaran

AJK PIBG dan SARANA, guru-guru, para ibu bapa, murid-murid dan hadirin sekalian

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kesempatan bersama-sama berkumpul untuk majlis Pelancaran Mini Asrama UPSR Tahun 6 yang julung-julung kali dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran

Yang Berbahagia,_________________________, _________________________, (JPNS)

ke majlis Pelancaran Mini Asrama UPSR Tahun 6 bag sesi 2015.

Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis kita, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Razali bin Lajis untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Selesai Bacaan Doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Razali bin Lajis atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Program Mini Asrama UPSR ini pertama kalinya dilaksanakan oleh pihak sekolah bertujuan membantu murid-murid tahun 6 untuk membuat pecutan akhir bagi menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Ucapan Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput En. Basri bin Yusof, Guru Besar SK (F) Bukit Jalor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

………………………………………………………………………………

Page 3: Teks Pengacaraan Majlis Pelancaran

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan Pelancaran JPNS

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia, ____________________, ____________________, (JPNS) dan seterusnya Melancarkan Program Mini Asrama UPSR bagi tahun 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

…………………………………………………………………………………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, ____________________, ____________________, (JPNS) atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

Penyampaian Cenderamata

Seterusnya sebagai tanda terima kasih majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En. Basri bin Yusof, Guru Besar SK (F) Bukit Jalor, untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada tetamu pada hari ini.

Dipersilakan,

Yang Berbahagia, ____________________, ____________________, (JPNS)

Terima kasih diucapkan atas kesudian Yang Berbahagia menghadiri majlis Pelancaran Program Mini Asrama bagi tahun 2015.

Terima kasih kepada Guru Besar kerana menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada tetamu.

Kata Penutup Pengerusi Majlis

Acara kita sampai ke penghujung. Saya bagi pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu, Ibu bapa, guru-guru dan murid yang menghadiri Pelancaran Program Mini Asrama bagi tahun 2015. Wabillahi taufik wal hidayah, Assalammualaikum w.b.t.

Dijemput Tuan Guru Besar mempersilakan dan mengiringi Tetamu untuk meninggalkan majlis seterusnya menikmati jamuan yang telah disediakan.

Page 4: Teks Pengacaraan Majlis Pelancaran