4
TEKS PENGACARAAN MAJLIS Indah berbalam si awan petang, erara! di "elah pep#h#n ara, Pemanis !alam selamat datang, Awal bismillah pemb$!a bi"ara% &ang er$saha ''''''''''''''''''''''''''' G$r$ esar Se!#lah Kebangsaan Taman $!it Rambai% &ang (ih#rmati, '''''''''''''''''''''''''''' Pen#l#ng Kanan ), arisan g$r$*g$r$ "emerlang, g$r$*g$r$ serta para pela+ar ang di!as se!alian% Assalam$alai!$m whb dan salam se+ahtera% Alhamd$lillah% ers $!$r !e hadrat Allah S-T !erana Kem Kepimpinan Se!#lah bagi tah$n ./)0 telah sampai !e pengh$+$ng% Pastin a pada deti! ini pelbagai perasaan berba$r*ba$r dalam san$bari masing*masing% (an segala ang berba$r it$ men+adi penga+aran dan !enangan ang a!an ter$s di!enang selaman a dalam lipatan se+arah%

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS

Citation preview

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara,Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha

___________________________Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai.

Yang Dihormati,

____________________________Penolong Kanan 1,

Barisan guru-guru cemerlang, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum whb dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Kem Kepimpinan Sekolah bagi tahun 2015 telah sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam sanubari masing-masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi pengajaran dan kenangan yang akan terus dikenang selamanya dalam lipatan sejarah.

Siding hadirin yang dihormati,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh

____________________________________(selesai bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________________________ atas bacaan doa tadi.

Sidang hadirin yang dihormati,

Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka dan lagu sekolah.(selesai nyanyikan lagu)

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Sidang hadirin yang dihormati,

Duduk segak wajah tampan,Berbudi pekerti manis senyuman, Marilah mendengar penuh perhatianUcapan perasmian yang disampaikan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ________________________, Guru Besar Sekolah Taman Bukit Rambai untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah bagi tahun 2015. Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan tuan ____________________ diiringi ______________________ untuk menyampaikan sijil kepada wakil pengawas sekolah bagi tahun 2015/ para peserta.

Dipersilakan.

Dijemput,Wakil pengawas disiplin.Wakil pengawas pusat sumber.Wakil pengawas kebersihan.Wakil pengawas SPBT.

Hadirin yang dihormati.Dengan penyampaian sijil sebentar tadi, maka dengan itu berakhirlah sudah program Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah bagi tahun 2015.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf diminta.

Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan.Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian sahaja daripada saya.Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.