6
TEKS PENGACARA MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Tarikh : 28 April 2014 (SELASA) Masa : 8.00 MLM Tempat : D IMPIAN INN PERKARA/ PEMBACA BUTIRAN CATATAN Ketibaan Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn Hj. Abd Hadi Bin Atan dan Tn Hj Mohd Junaidi Bin Hj Kamari dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Permuafakatan Johor dan Salam SK Seri Sabak Uni. Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Hj Mohd Faisal B Ab Rahim. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *********** (Doa) Ucapan Alu-aluan Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Hj Mohd Faisal B Ab Rahim atas bacaan doa itu tadi. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

TEKS PENGACARAAN 2015

  • Upload
    suzik0n

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TEKS PENGACARAAN 2015

Citation preview

Page 1: TEKS PENGACARAAN 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIHTarikh                    : 28 April 2014 (SELASA) Masa                     : 8.00 MLMTempat                 : D IMPIAN INN

PERKARA/ PEMBACA

BUTIRAN CATATAN

Ketibaan Tetamu

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn Hj. Abd Hadi Bin Atan dan Tn Hj Mohd Junaidi Bin Hj Kamari dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Permuafakatan Johor dan Salam SK Seri Sabak Uni.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Hj Mohd Faisal B Ab Rahim. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

UcapanAlu-aluan

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Hj Mohd Faisal B Ab Rahim atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati En. Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Batu Pahat

Yang Berusaha

Page 2: TEKS PENGACARAAN 2015

En Maiden bin Abu BakarGuru Besar Sk Seri Sabak Uni

Yang DiraikanTn Hj Abd Hadi Bin Atan Guru Penolong Kanan PentadbiranSk Seri Sabak Uni

Yang DiraikanTn Hj Mohd Junaidi Bin Hj KamariYang Dipertua PIBG Sk Seri Sabak Uni Sesi 2013-2015

Yang Berusaha Pn Raamah Binti TamanPenolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En Rais Bambang Noto Kusumo Bin YaccobPenolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd NorYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. AdamYDP Majlis Guru Besar, Daerah Perak Tengah

Yang DihormatiBarisan Pengetua dan Guru BesarSekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Yang DihormatiPegawai-pegawai di JPN dan PPD

Dif-dif jemputan,

SeterusnyaBarisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Yang Diraikan  Tn Hj Abd Hadi Bin Atan bersama Tn Hj Mohd Junaidi Bin Hj Kamari.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada malam ini untuk meraikan Tn Hj Abd Hadi Bin Atan bersama Tn Hj Mohd Junaidi Bin Hj Kamari dalam Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Page 3: TEKS PENGACARAAN 2015

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang telah dilakukan oleh Yang Diraikan Tn Hj Abd Hadi Bin Atan bersama Tn Hj Mohd Junaidi Bin Hj Kamari sepanjang khidmat bakti yang telah dicurahkan di SK Seri Sabak Uni

Ucapan Guru Besar

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput Tuan Guru Besar Encik Maiden Bin Abu Bakar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan PPD

KIV(NAMA PPD)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Maiden Bin Abu Bakar atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang dihormati Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat. Dipersilakan

Jamuan Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati pegawai pelajaran daerah batu pahat atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

kembang harum sibunga serojabuat hiasan penyambut tetamuterhidang sudah jamuan dimejadipersilakan semua hadirin menjamu.

untuk itu dipersilakan hadirin dan hadirat sekalian untuk menjamu selera.

Persembahan Multimedia

Jue

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tn Hj Abd Hadi Bin Atan

*** Persembahan multimediaUcapanYang Dirai GPK 1

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tn Hj

Page 4: TEKS PENGACARAAN 2015

Abd Hadi Bin Atan . Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tn Hj Abd Hadi Bin Atan . Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan

***………Ucapan Yang Diraikan

UcapanYang Dirai

YDP PIBG

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Abd Hadi Bin Atan atas ucapan itu tadi.

Dewa sakti melayang ke DaikHendak mencari Dewa Jaruga

Kalau ada budi yang baikSampai ke mati orang tak lupa

Tanjung Katong airnya biru,Tempat mandi si dara jelita;

Sama sekampung lagikan rindu,Inikan lagi jauh dimata 

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Tn Hj Mohd JUnaidi Bin Hj Kamari Mantan Yang Di Pertua PIBG SK Seri Sabak Uni untuk menyampaikan ucapan.

Majlis Selawat dan BersalmanBersurai

Tanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk matiBudi puan kami tak lupa

Sudah terpaku di dalam hati

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Mohd Junaidi Bin Hj Kamari atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabul

Penutup Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang

Page 5: TEKS PENGACARAAN 2015

JueDiraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di khemah utama bersebelahan dengan kantin sekolah.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh