The present document can't read!
Please download to view
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Teks Pengacara TOKOH MURID.doc

by suhana-selamat

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

212

views

Comments

Description

Download Teks Pengacara TOKOH MURID.doc

Transcript

Teks Pengacara Teks Pengacara Anugerah Tokoh Murid Canggungnya kaki menari mak yong Kilasnya selari ratibnya beralun Canangnya seisi ruangan kampung Budi pekerti sering tersusun Terpupuk pekerti jadi sanjungan Diberi jasa bakti jadinya Kukuh peribadi jadi harapan Diberi suasa emas jadinya Inilah ceritera puteri bualan. Segenap ceruk desa ini. Berperi indah, bertuturnya berpada. Bertatihnya sentiasa berpimpin. Berjalannya sentiasa beringat. Berlarinya sentiasa berwaspada. Diberinya tanggungan sentiasa dilaksana. Mudah dihampiri murah senyuman. Pelusuk bakatnya diperah, dikerah. Supaya hasilnya sentiasa mewah. Walaupun diputerikan di ibu negeri. Namun, bertatihnya di dalam ayunan samudera Tanjung Sedili.. sang puteri ini mahu jadi kemegahan sang bonda dan ayahanda tercinta. Agar suatu masa kelak bisa berdiri menabur jasa kepada tanah bertuah ini. Agar bisa ayahanda mendabik dada ” inilah puteriku! ” Agar bisa sang bonda berlagu merdu ” inilah puteriku si permata dunia ” Biar hilang lelahnya di telan ombak bersahutan, demi mengangkat namamu .. Biar hilang kerah keringatnya di dataran Yang Maha Suci, demi mencukupkanmu Sang Puteri. Kami mudarismu sentiasa percaya, Dari bakatmu kami gilap kilat... Dari ilmumu kami penuh – penuhkan. Dari pekertimu kami utuhkan. Semoga pintu ini bukan pintu keluar Semoga impian itu bukan hanya khayalan. Dengarlah insan sekian alam, Kami masyhurkan puteri ini Anugerah Tokoh Murid SK Sri Setia Jaya 2014 NURJANNAH BINTI ASMADI Dilahirkan pada 8 Januari 2002 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Anak bongsu daripada 3 beradik hasil perkongsian hidup En. Asmadi bin Dali dengan Pn. Sa’adiyah Sh. Abd Manaf. Kini tinggal di alamat Lot 1570, PPRT Kg Sri Gading, Tanjung Sedili. Beliau memupuk hobi membaca novel dan melayari internet bagi mengisi masa lapangnya dengan berfaedah. Beliau juga bercita-cita besar untuk menjadi seorang pensyarah yang berjaya. Seorang murid yang berwawasan dengan berpegang kepada matlamat hidup supaya berjaya di dunia dan di akhirat. Berkarisma tinggi sebagai pengawas yang bertanggungjawab. Berbakat besar dalam ko akademik yang mana telah membawa beliau mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita peringkat daerah, menyertai Majlis Tadarus Al-Quran dan Sajak Bahasa Melayu. Beliau juga tidak ketinggalan dalam bidang sukan. Beliau dipilih mewakili sekolah sukan bola jaring dan olahraga.
Fly UP