12
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SUNGAI KAPAL KALI KE-41 MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI NOTA Ketibaan tetamu khas Mengumumkan ketibaan: Yang Berbahagia, En. Khaidir bin Ismail Penghulu Mukim Pantai Timur, Pengerang, Johor Para hadirin dipohon untuk berdiri. Tetamu duduk Terima kasih. Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk Ucapan aluan pengerusi majlis Kasihnya ibu membawa ke syurga Kasihnya ayah berkorban nyawa Kasihnya guru mencurah ilmu 1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Teks Pengacara Pibg 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pibg

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Pibg 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SUNGAI KAPAL KALI KE-41

MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI NOTA

Ketibaan tetamu

khas

Mengumumkan ketibaan:

Yang Berbahagia, En. Khaidir bin Ismail Penghulu Mukim Pantai Timur, Pengerang, Johor

Para hadirin dipohon untuk berdiri.

Tetamu duduk Terima kasih. Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk

Ucapan aluan

pengerusi majlis

Kasihnya ibu membawa ke syurga

Kasihnya ayah berkorban nyawa

Kasihnya guru mencurah ilmu

Pemacu segala pelita dan lampu

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Menjalankan tugas dengan amanah

1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Page 2: Teks Pengacara Pibg 2015

Untuk mendapat redha illahi dan keberkatan

Seribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan

salam Satu Malaysia.

Yang BerbahagiaEncik Khaidir bin IsmailPenghulu Mukim Pantai Timur

Yang Berusaha En. Mohd. Pauzi bin Mohd. Shariff,Guru Besar SK Sungai Kapal,

Yang Dihormati En. Sharuza bin HashimYang Dipertua PIBG SK Sungai Kapal, Serta AJK PIBG sesi 2014/2015

2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Page 3: Teks Pengacara Pibg 2015

Barisan Guru-guru penolong kanan SKSK, guru-guru, ibu-ibu, bapa-bapa serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan

kesyukuran ke hadrat llahi kerana dengan izin serta limpah

rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam

Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41.

Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan

kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini, lebih-lebih

lagi kepada Yang Berbahagia , En Mohd. Khaidir bin Ismail,

Penghulu Mukim Pantai Timor, Pengerang, Johor yang sudi

hadir untuk merasmikan mesyuarat kita pada malam ini.

3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Page 4: Teks Pengacara Pibg 2015

Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita

mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan

bagi menjulang dan meledakkan kejayaan untuk anak-anak

kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan

sahsiah.

Bak kata pepatah secekak bak serai, serumpun bak buluh.

Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama kita pikul –

jika itu dapat kita realisasikan, Insya Allah SKSK mampu

melahirkan putera dan puteri yang cemerlang dan terbilang.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada malam yang syahdu ini,

marilah sama-sama kita menadah tangan memohon

keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat.

Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz Mohd. Sukor bin Badlan untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Page 5: Teks Pengacara Pibg 2015

Selesai bacaan

doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd. Sukor bin Badlan atas pimpinan bacaan doa itu

tadi.

Ucapan aluan

YDP PIBG

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Majlis pada malam ini dimulakan dengan dengan

mempersilakan

Yang DiPertua PIBG SKSK, Encik Sharuza bin Hashim untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan.

Selesai ucapan

YDP PIBG

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SKSK. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan aluan

Tuan GB

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha En. Mohd. Pauzi bin Mohd. Shariff, Tuan GB SKSK merangkap Penasihat PIBG SKSK untuk

menyampaikan ucapanya. Dipersilakan.

5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Page 6: Teks Pengacara Pibg 2015

Selesai ucapan

GB

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan

yang telah disampaikan sebentar tadi

Ucapan

Perasmian

Sidang hadirin yang budiman,

Kalau tuan’ pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami;

Kepada tuan’ ruang diberi,

Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan

Yang Berbahagia, Encik Khaidir bin Ismail, Penghulu Mukim Pantai Timur bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya

menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG

SKSK kali ke-41.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

6 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Page 7: Teks Pengacara Pibg 2015

Selesai ucapan

perasmian

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan

kepada Yang Berbahagia, Encik Khaidir bin Ismail, Penghulu Mukim Pantai Timur atas ucapan perasmian

sebentar tadi.

Penyampaian Cenderahati kepada AJK PIBG

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian sijil

penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu

Bapa dan Guru sesi 2014/2015 dan hadiah anugerah

kecemerlangan UPSR 2014. Oleh itu dipersilakan Yang Berbahagia, Encik Khaidir bin Ismail, Penghulu Mukim Pantai Timur, dengan diiringi oleh Yang Berusaha, En. Mohd. Pauzi bin Mohd. Shariff, Guru Besar SK Sungai Kapal ke pentas utama.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI AJK PIBG 2014/2015 - RUJUK BUKU PROGRAM

7 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Page 8: Teks Pengacara Pibg 2015

Penyampaian Insentif kepada murid-murid cemerlang UPSR

Seterusnya, Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR

2014.

DIJEMPUT PENERIMA PERTAMA ____________ RUJUK BUKU PROGRAM

Penyampaian

Cenderamata

kepada Tetamu

VVIP.

Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan ini

mempersilakan Yang Berusaha, En. Mohd. Pauzi bin Mohd. Shariff, Guru Besar SK Sungai Kapal menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada

Yang Berbahagia, Encik Khaidir bin Ismail, Penghulu Mukim Pantai Timur atas kesudian kesudian

menyampaikan SIJIL kepada AJK PIBG dan ANUGERAH

CEMERLANG UPSR 2014 kepada Pelajar-pelajar

cemerlang.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian

menyempurnakan penyampaian cendera hati perasmi

sebentar tadi.

8 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Page 9: Teks Pengacara Pibg 2015

Jamuan DIF Sebelum mesyuarat agung diteruskan, majlis dengan hormatnya

mempersilakan Yang Berbahagia , En. Mohd. Khaidir bin Ismail,

Penghulu Mukim Pantai Timur, Pengerang, Johor Serta dif-dif

jemputan untuk ke majlis jamuan ringan . Majlis mempersilakan..

Mesyuarat

Agung

Dijalankan

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG

SKSK Kali ke-41. Untuk itu saya menyerahkan majlis

kepada Yang Dipertua PIBG SKSK, En. Sharuza bin Hashim untuk memulakan mesyuarat.

9 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41