5
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUP MAJLIS TILAWAH ALQURAN PERINGKAT ZON SEMENYIH 9 MAC 2015 TINDAKAN TEKS PARA TETAMU MENGAMBIL TEMPAT MAKLUMAN AWAL ZAHIDAH Para hadirin sekalian. Makluman kepada semua peserta Majlis Tilawah Al-Quran. Sekiranya diumumkan sebagai pemenang, untuk mengambil hadiah di atas pentas, sila gunakan tangga sebelah kanan pentas dan turun di sebelah kiri . Manakala untuk Johan, mohon ada seorang pengiring yang ikut bersama pemenang naik ke atas pentas membantu membawa piala yang akan disampaikan. ZAHIDAH Para hadirin sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita diminta para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin agar dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu kelancaran majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih. SETELAH DIBERI ISYARAT UCAPAN PENGUMUMAN ZAHIDAH Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Johan bin Abd Aziz dan dif-dif jemputan. PERARAKAN MASUK PERASMI & VIP SETELAH PERASMI DAN VIP DUDUK ZAHIDAH Hadirin dipersilakan duduk. BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum wbk, Alhamdulillahirabbilalamain, Wasalatuwassala Ala asyrafil Anbiayaul Wamursalin Waala alihi wasahbihi ajmain. Rabbisrahli Sadri Amri Waala Ukhdatulminlisani YafkahuQauli, Yang Berhormat Datuk Hj Johan bin Abd Aziz, DMSM,AMS, JP,Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Semenyih, Yang Berusaha Puan Sadiah binti Ahmad, Guru Besar Sek Keb Semenyih, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Semenyih 2015M/1436H , Yang Berusaha Guru Besar-Guru Besar sekolah-sekolah Zon Semenyih, Barisan Guru Penolong Kanan Sek Kebangsaan Semenyih, Guru-guru Pengiring, Para peserta dan seterusnya para hadirin muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka kata. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izinNya jua, dapat kita dipertemukan dalam

TEKS PENGACARA MTQ

  • Upload
    zahidah

  • View
    439

  • Download
    16

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS PENUTUPMAJLIS TILAWAH ALQURANPERINGKAT ZON SEMENYIH9 MAC 2015

TINDAKANTEKS

PARA TETAMU MENGAMBIL TEMPAT

MAKLUMAN AWAL

ZAHIDAHPara hadirin sekalian. Makluman kepada semua peserta Majlis Tilawah Al-Quran. Sekiranya diumumkan sebagai pemenang, untuk mengambil hadiah di atas pentas, sila gunakan tangga sebelah kanan pentas dan turun di sebelah kiri . Manakala untuk Johan, mohon ada seorang pengiring yang ikut bersama pemenang naik ke atas pentas membantu membawa piala yang akan disampaikan.

ZAHIDAHPara hadirin sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita diminta para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin agar dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu kelancaran majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

SETELAH DIBERI ISYARAT

UCAPAN PENGUMUMAN

ZAHIDAHDiumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Johan bin Abd Aziz dan dif-dif jemputan.

PERARAKAN MASUK PERASMI & VIP

SETELAH PERASMI DAN VIP DUDUK

ZAHIDAHHadirin dipersilakan duduk.

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum wbk, Alhamdulillahirabbilalamain, Wasalatuwassala Ala asyrafil Anbiayaul Wamursalin Waala alihi wasahbihi ajmain. Rabbisrahli Sadri Amri Waala Ukhdatulminlisani YafkahuQauli,

Yang Berhormat Datuk Hj Johan bin Abd Aziz, DMSM,AMS, JP,Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Semenyih, Yang Berusaha Puan Sadiah binti Ahmad, Guru Besar Sek Keb Semenyih, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Semenyih 2015M/1436H ,Yang Berusaha Guru Besar-Guru Besar sekolah-sekolah Zon Semenyih,Barisan Guru Penolong Kanan Sek Kebangsaan Semenyih,Guru-guru Pengiring, Para peserta dan seterusnya para hadirin muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismilah pembuka kata.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izinNya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat zon Semenyih bagi Tahun 2015M bersamaan 1436h pada hari ini.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Yang Berhormat Datuk Hj Johan Bin Abd Aziz yang sudi hadir merasmikan Majlis Penutup Majlis Tilawah Al- Quran sekolah-sekolah Zon Semenyih ini.

BI

BA

ZAHIDAHDengan tema kali ini iaitu Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang, semoga majlis seperti ini akan dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Semenjak pagi tadi sebanyak ___________acara telah dipertandingkan iaitu acara _______________________________________________________________________yang melibatkan seramai _______ orang peserta mewakili setiap sekolah dalam semenyih.

BI

BA

ZAHIDAHAl-Quran diturun sebagai penyuluh,dikurnia pahala dan juga rahmat,Angkat doa jari sepuluh,Doa minta biar selamat.

Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan __________________________ untuk memimpin bacaan doa.

BI

BA

ZAHIDAHDipersilakan...

BACAAN DOA

ZAHIDAHMajlis mengucapkan terima kasih kepada ______________________________ atas bacaan doa itu tadi.Hadirin yang dimuliakan, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan Sadiah binti Ahmad,GB Sekolah Kebangsaan Semenyih MerangkapPengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah Zon Semenyih 2015M/1436H untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

BI

BA

ZAHIDAHDengan segala hormatnya puan dipersilakan..

UCAPAN BESAR

ZAHIDAHTerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Sadiah binti Ahmad Guru Besar SK Semenyih atas ucapan aluan itu tadi. Kini menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hj Johan bin Abd Aziz ADUN Semenyuh untuk menyampaikan ucapan & perasmian penutup Majlis Tilawh Al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Zon Semenyih.

BI

BA

ZAHIDAHMajlis dengan segala hormatnya mempersilakan YB Datuk.

UCAPAN YB JOHAN

ZAHIDAHTerima kasih majlis ucapkan kepada YB Datuk Hj Johan Radzi atas ucapan yang disampaikan sebentartadi. Hadirin yang dihormati sekalian, kini sampailah masanya untuk kita mengetahui keputusan pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Semenyih. Tetapi sebelum itu, mari kita samasama kita saksikan satu persembahan menarik yang akan dipersembahkan oleh _____________________. Persembahan ini ______________________________________________________________Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BI

BA

ZAHIDAHSeterusnya, sebelum kita mengetahui keputusan marilah sama-sama kita ikuti ulasan Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Al Quran kali ini mengenai pertandingan2 yang telah dijalankan. Untuk itu majlis mempersilakan ________________________________________________________

ULASAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM

ZAHIDAHTerima kasih diucapkan. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah dan cenderamata. Bagi menyempurnakan majlis ini, dijemput YB Datuk Johan bin Abd Aziz dengan diringi oleh Puan Sadiah binti Ahmad untuk menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang.

BI

BA

ZAHIDAHDipersilakan...

PERASMI & PPD NAIK KE ATAS PENTAS

ZAHIDAHMajlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada para hakim yg telah mengadili peserta2 dengan penuh adil dan saksama. Mendahului senarai dijemput __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

BI

BA

ZAHIDAHDipersilakan..Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Untuk itu dipersilakan wkil-wkil sekolah untuk menerima sijil penyertaan.Dimulai dengan sekolah ______________________________________________________________________________________________________________________________________________ Tua-puan sekalian.Kini sampailah saat yang ditunggu-tunggu, pengumuman keputusanpertandingan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.Keputusan telah berada di tangan kami. UMUMKAN PEMENANG

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG

ZAHIDAHTahniah diucapkan kepada para pemenang Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Zon Semenyih 2015/1436Hkali ini.Dan terima kasih kepada YB Datuk kerana sudi menyampaikancenderamata dan hadiah kepada para pemenang.Sebagai penghargaan pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakanYang Berusaha Puan Sadiah binti Ahmad untuk menyampaikan cenderamata kepada YB Datuk Johan bin Abd Aziz.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGARAH

ZAHIDAHTerima kasih sekali lagi YB Datuk dan terima kasih juga kepada Puan Sadiah kerana sudimenyampaikan cenderamata sebentar tadi.Acara penutup tengahari ini ialah __________________________________,Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Zon Semenyih . Majlis dengan segala hormatnyamempersilakan -------------------------------------------

BI

BA

ZAHIDAHBunga melur bunga kenangaCantik disusun penyeri anjungAl-Quran bagaikan intan permataAl-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik berseriMekar disirami si embun pagiTadarus Al-Quran mengundur diriSemoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah.. Dengan persembahan ________________________ sebentar tadi maka Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Zon Semenyih pada kali ini sampai ke penghujungnya.

Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada YB Datuk Johan bin Abd Aziz kerana sudi hadir ke majlis pada hari ini. Terima kasih juga kepada semua dif-dif jemputan, pegawai-pegawai Guru-guru serta parapeserta mengambilbahagian,JawatankuasaPengelola dan seluruh pihak yang telah menjayakan Majlis Tadarus Al-QuranSekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak2009M/1430H ini.

BI

BA

ZAHIDAHSeterusnya.. Dijemput kepada YB Datuk________________dengan diiringi oleh __________________________ dan dif-dif jemputan kejamuan makan tengahari.

Kalau ada kepuk di ladang,juga tumpang mandi;Allah umur panjang,kita jumpa lagi.

Selamat pulang ke destinasi masing-masing. Semoga tiba dengan selamat.

BI

BA

ZAHIDAHAkhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca SurahAl-Asr.Sekian.WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.