4
Assalamualaikum wrt Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya Bismillah itu permulaan kalam, Dengan nama Allah Khalikul alam, Berkat Muhammad Sayid Al anam Memberi rahmat siang dan malam.Di sini kita bermadah, mengucap syukur, Alhamdulillah... Semoga majlis dilimpah barkah. Yang Berusaha Pn Norhayati binti Saad, Pengetua SMK ........., Tn. Hj. Samsudin bin yusof, Penolong Kanan, Pn. Zakiah binti Ariffin,Penolong Kanan HEM Pn. Rosni binti Ladin, PK Kokurikulum Pn. Norfarida binti Mohamed Sheraj, PK ting. 6 Barisan Guru Kanan Guru-guru,, dan para pelajar yang disayangi sekalian 2. KATA ALU-ALUAN Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur kita ke hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang maha tinggi dan maha perkasa, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan da kesempatan untuk bersama-sama berhimpun di Dataran warga SMK Ghafar Baba ini dalam majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2011. Syukur juga kerana dengan izin-Nya, kita dapat berteduh berbumbungkan redup langit dan damai rasa ceria suasana. 3. NYANYIAN Memulakan majlis kita, satu penghayatan bersama.. Semua guru dan pelajar diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya memurnikan bibir dengan lagu tema sambutan, lagu Bahasa Jiwa Bangsa. XXXXXX Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Lagu Bahasa Jiwa Bangsa berkumandang sudah Bingkisan ucapan menyusul pula

Teks Pengacara Minggu Bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SEBAGAI RUJUKAN

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Minggu Bahasa

Assalamualaikum wrt Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya

Bismillah itu permulaan kalam,

Dengan nama Allah Khalikul alam,Berkat Muhammad Sayid Al anamMemberi rahmat siang dan malam.’

Di sini kita bermadah,

mengucap syukur, Alhamdulillah...

Semoga majlis dilimpah barkah.

Yang Berusaha Pn Norhayati binti Saad, Pengetua SMK .........,

Tn. Hj. Samsudin bin yusof, Penolong Kanan,

Pn. Zakiah binti Ariffin,Penolong Kanan HEM

Pn. Rosni binti Ladin, PK Kokurikulum

Pn. Norfarida binti Mohamed Sheraj, PK ting. 6

Barisan Guru Kanan

Guru-guru,, dan para pelajar yang disayangi sekalian

2. KATA ALU-ALUAN

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur kita ke hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang maha tinggi dan maha perkasa, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan da kesempatan untuk bersama-sama berhimpun di Dataran warga SMK Ghafar Baba ini dalam majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2011. Syukur juga kerana dengan izin-Nya, kita dapat berteduh berbumbungkan redup langit dan damai rasa ceria suasana.

3. NYANYIAN

Memulakan majlis kita, satu penghayatan bersama..

Semua guru dan pelajar diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya memurnikan bibir dengan lagu tema sambutan, lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

XXXXXX

Awan bersua citra berkisah

Ukiran sukma kilauan kelisa

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa berkumandang sudah

Bingkisan ucapan menyusul pula

Page 2: Teks Pengacara Minggu Bahasa

Kalungan penghargaan buat semua.

Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

Guru-guru dan para pelajar yang dihormati,

Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober di seluruh negara. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini adalah merupakan suatu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu, bahasa sejagat wahana perpaduan rakyat.

4. DOA

Tetak buluh panjang sepuluh,

Mari jolok sarang penyengat,

Angkat tangan jari sepuluh,

Doa diminta biar selamat.

Agar pertemuan ini diredai, majlis dirahmati,

Pihak majlis mempersilakan Ustaz ................................................. untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan..

XXXXXXX

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz .......................atas bacaan doa sebentar tadi.

5. UCAPAN PERASMIAN

Selasih mekar di tengah desa

Mencelah sama kembang melati

Bahasa kebangsaan jiwa bangsa

Perpaduan disemai bersatu hati

Melilit rotan di dahan Ara

Di celah angsana mekar sekata

Ucapan alu-aluan pembuka bicara

Puan pengetua bermadah kata

Page 3: Teks Pengacara Minggu Bahasa

Rajan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi.

Pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Nohayati binti Saad, Pengetua SMK DHMT untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan SMK Dato’ Hj Mohd Taib tahun 2013.

Dipersilakan..

XXXXXXX

Demikianlah ucapan telus membawa mesej kudus Pn Norhayati binti Saad.

Pihak majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian yang telah disampaikan.

Tingkap papan kayu bersegi

Sampan sarat di Pulau Angsa

Indah tampan kerana budi

Bermartabat bangsa kerana bahasa

Pihak Panitia Bahasa Melayu telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini. Para pelajar boleh merujuk maklumat berkaitan aktiviti di papan maklumat kelas dan papan kenyataan Panitia Bahasa Melayu. Diharapkan pelajar-pelajar memberi sokongan dan kerjasama bagi setiap aktiviti yang telah dirancang.

Cincin suasa tersemat di jari

Hiasan tersohor Dato Bahaman

Bahasa Kebangsaan indah terperi

Menjulang martabat zaman berzaman

6. PERSEMBAHAN

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu noktah, majlis akan diserikan dengan persembahan kebudayaan.

XXXXXXXXX

Pihak majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan atas persmbahan yang telah disampaikan.

Majlis kita sampai ke penghujungnya.

Page 4: Teks Pengacara Minggu Bahasa

Yang kurik itu kendi

Yang merah itu saga

Yang molek itu budi

Yang indah itu bahasa

Jejaran mengkudu bias kesuma

Dicelah angsana di Kuala Sedeli

Akhir di sini noktah bersama

Di lain masa bersua kembali

Sekian, Wassalamualaikum Wbt.