3
TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP 2012 -SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK) TARIKH : 16 JUN 2012 HARI: SABTU MASA: 8.00- 12.30 TGH (1) Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia {Yang Berusaha, Pn Hajah Hamidah Binti Hj Abd. Rahman, Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma} {Yang dihormati, Puan Farhana binti Embi, selaku penceramah jemputan} {Yang Berusaha Pn Hajah Nor Rohani binti Ratu, Penolong Kanan Kurikulum} { Pn Hajah Norhaidah binti Sabaruddin, Penolong Kanan HEM} {En. Sarul Zaman bin Mohd Lazim, Penolong Kanan Ko kurikulum} {Pn Hajah Fairose binti Shamsudin, Penolong Kanan Petang} {Pn Amalina binti Munim , Penolong Kanan Tingkatan 6} Guru-guru Kanan Mata Pelajaran Kaunselor dan guru- guru yang dikasihi sekalian Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali ke 2 bagi tahun 2012 yang memfokuskan kepada Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Untuk memberkati majlis, dengan segala hormatnya dijemput Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor untuk bacaan doa. DOA……………………………….. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Hajah Hamidah Binti Hj Abd Rahman selaku Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pn Hajah Hamidah atas ucapan tadi.

Teks pengacara majlis spsk

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks pengacara majlis spsk

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM LADAP 2012 -SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)TARIKH : 16 JUN 2012HARI: SABTUMASA: 8.00- 12.30 TGH

(1) Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia

{Yang Berusaha, Pn Hajah Hamidah Binti Hj Abd. Rahman, Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma}

{Yang dihormati, Puan Farhana binti Embi, selaku penceramah jemputan}

{Yang Berusaha Pn Hajah Nor Rohani binti Ratu, Penolong Kanan Kurikulum}

{ Pn Hajah Norhaidah binti Sabaruddin, Penolong Kanan HEM}

{En. Sarul Zaman bin Mohd Lazim, Penolong Kanan Ko kurikulum}

{Pn Hajah Fairose binti Shamsudin, Penolong Kanan Petang}

{Pn Amalina binti Munim , Penolong Kanan Tingkatan 6}

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran

Kaunselor dan guru- guru yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali ke 2 bagi tahun 2012 yang memfokuskan kepada Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).

Untuk memberkati majlis, dengan segala hormatnya dijemput Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor untuk bacaan doa.

DOA………………………………..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Hajah Hamidah Binti Hj Abd Rahman selaku Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma untuk menyampaikan ucapan alu- aluan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pn Hajah Hamidah atas ucapan tadi.

Page 2: Teks pengacara majlis spsk

Hadirin sekelian,

Sebagaimana yang kita semua maklum, mulai tahun 2012, SMK Bandar Tasik Kesuma akan melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini adalah bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Dalam usaha membantu warga sekolah memahami tentang perlaksanaan SPSK, maka Unit Kurikulum SMK BTK telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program pada hari ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Taklimat akan disampaikan oleh penceramah jemputan, Pn Farhana bt Embi. Berpengalaman sebagai seorang guru selama 17 tahun dan pada masa ini beliau bertugas sebagai Guru Media di SMK Cheras Perdana. Selain itu beliau juga merupakan fasilitator SPSK Daerah Hulu Langat. Semestinya beliau adalah seorang yang banyak pengalaman dalam perlaksanaan SPSK (SMK Cheras Perdana adalah merupakan antara sekolah yang dipilih sebagai perintis melaksanakan SPSK di Daerah Hulu Langat). Semoga taklimat yang akan disampaikan oleh beliau akan dapat membantu warga SMK Bandar Tasik Kesuma untuk memahami perlaksanaan SPSK.

Dengan ini, tanpa melengahkan masa majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Farhana binti Embi untuk menyampaikan taklimat.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada Pn Farhana atas taklimat sesi 1.

Hadirin sekalian,Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 15 minit. Semua diminta berkumpul semula di Bilik Kesuma pada jam 10.15 pagi untuk meneruskan Taklimat Sesi 2.

REHAT

Majlis menjemput Pn Farhana bt Embi untuk menyampaikan taklimat bagi sesi ke 2

……………………………………………………………………….……………………………………………………………………….

Demikianlah tadi taklimat yang telah disampaikan oleh Pn Farhana. Semoga pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi oleh beliau akan dapat menyuntik semangat kepada warga SMK Bandar Tasik Kesuma untuk melaksanakan SPSK. Diharap perlaksanaan SPSK dapat memberi pendedahan kepada semua guru dan warga SMKBTK tentang pengurusan berkualiti dan berkesan dalam semua aspek terutama pengurusan kurikulum.

Page 3: Teks pengacara majlis spsk

Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah, majlis menjemput Pn Hajah Hamidah binti Abd Rahman, Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma untuk menyampaikan sijil dan cenderahati kenang- kenangan kepada Pn Farhana binti Embi. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis mengucapkan terima kasih kepada tetamu jemputan, para pentadbir dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.

Sekian. Wassalamualaikum wbt

Disediakan oleh,

SITI ZURAIDAH BT ISMAILSMK BANDAR TASIK KESUMA