Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutup

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM JEJAK SYAHBANDAR GEMILANG 2012 ANJURAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMASHAH DENGAN KERJASAMA EMPOWER RAUB & IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN KULIAH B TETAMU KEHORMAT: PENGACARA : MUHAMMAD ARIF BIN MAZLAN MUNIRAH BINTI MOHAMAD

1.Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

1. Bismillahhirrahmanirrahim.., Assalamualaikum dan salam sejahtera, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW Serta sahabat dan keluarga baginda.

2. a) Yang berbahagia, En Sudar bin Kiman, Pegawai Pelajaran Daerah Raub.

b) Yang berusaha En Zamani bin Ibrahim, Ketua Unit Pembangunan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,

c) Yang Dihormati En Hafizi bin Mohd Din, wakil Empower Raub.

d) Yang Dihormati Cik Soranam a/p Rajaratnam, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain e) Guru-guru penolong kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain, Guru-guru pengiring, barisan fasilitator, dan para peserta Kem Jejak Shahbandar Gemilang 2012

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu waTaala Kerana dengan limpah kurnia-Nya Diberi-Nya kita peluang Untuk berkumpul bagi mengikuti majlis perasmian penutup Kem Jejak Shahbandar Gemilang 2012.

3. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput saudara Nik Muhamad Anuar bin Nik Marzuki untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-BACAAN DOA-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Nik Muhamad Anuar bin Nik Marzuki atas pimpinan doa sebentar tadi.

4. Hadirin yang dihormati, Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video sepanjang Kem Jejak Shahbandar Gemilang 2012 berlangsung, yang telah disediakan oleh saudari Nor Iylia Irina. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-tayangan video-

5. Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara Luqman Afif bin Zulkifli, wakil peserta Kem Jejak Shahbandar Gemilang 2012 untuk memberi ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

-ucapan wakil peserta-

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

6. Hadirin-hadirat sekalian,

Seterusnya, majlis menjemput Cik Soranam a/p Rajaratnam, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato Shahbandar Hussain untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

-ucapan Cik Soranam-

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.

7. Majlis diteruskan dengan menjemput En Zamani bin Ibrahim , Ketua Unit Pembangunan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-ucapan En Zamani-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.

8. Majlis pada hari ini diteruskan dengan menjemput En Sudar bin Kiman, Pegawai Pelajaran Daerah Raub untuk memberikan ucapan perasmian penutup Kem Jejak Shahbandar Gemilang 2012. Majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan.

- ucapan En Sudar bin Kiman-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.

9. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik setiap kumpulan. Majlis menjemput En Sudar bin Kiman, Pegawai Pelajaran Daerah Raub diiringi En Roselan bin Ahmad dan

Cik Soranam a/p Rajaratnam untuk menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik setiap kumpulan.

Peserta terbaik dari kumpulan pertama ialah: Peserta terbaik dari kumpulan kedua ialah: Peserta terbaik dari kumpulan ketiga ialah: Peserta terbaik dari kumpulan keempat ialah: Peserta terbaik dari kumpulan kelima ialah: Peserta terbaik dari kumpulan keenam ialah: Peserta terbaik dari kumpulan ketujuh ialah: Peserta terbaik dari kumpulan kelapan ialah: Peserta terbaik dari kumpulan kesembilan ialah: Peserta terbaik dari kumpulan kesepuluh ialah:

10. Seterusnya, majlis menjemput wakil-wakil berikut untuk menerima cenderahati daripada En Sudar bin Kiman : 1) barisan fasilitator Kem Jejak Shahbandar Gemilang 2012 2) En Zamani bin Ibrahim, wakil IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dan seterusnya, 3) En Hafizi bin Mohd Din, wakil dari Empower Raub

Seterusnya, majlis menjemput Cik Soranam a/p Rajaratnam untuk menyampaikan cenderahati kepada En Sudar bin Kiman.

- Penyampaian cenderahati-

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Bagi pihak majlis, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan dan kelemahan sama ada yang disedari ataupun tidak.

11. Majlis menjemput En Zamani bin Ibrahim dan Cik Soranam a/p Rajaratnam bagi mengiringi En Sudar bin Kiman untuk

meninggalkan majlis.

SEKIAN...

Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualaikum warahmatullah...