7
Teks pengacara majlis perasmian pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional. Ketibaan Pensyarah- pensyarah Mengumumkan ketibaan pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Insitut Pendidikan Guru Kampus Gaya ke Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM 3112 Permainan Tradisional Senamrobik Majlis dengan sukacitanya menjemput para pensyarah untuk bersama-sama pelajar PISMP Matematik dan Bahasa Cina untuk acara senamrobik. Dipersilakan. Majlis Perasmian pembukaan Bunga seroja semerbak kembang, Cantik dipandang menghias taman, Terima kasih sudi bertandang, Kehadiran tuan kami alu-alukan. Selamat datang diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani ke Ujian Amali PJM 3112 PISMP Matematik dan Bahasa Cina semester 5. Yang berusaha, Encik Sony Teh Eng Chong, Encik Rayme bin Abu Bakar dan Encik Hisham bin Mohamed , pensyarah PJM3112, Encik Noni Maki dan En. Ravi a/l Margapandu selaku panel penilai jemputan, yang berusaha Saudara Redzuan Bin Salleh, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Matematik, Sherene Liaw Pei Yi, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Bahasa Cina, Ahli Jawatankuasa majlis seterusnya para hadirin yang dikasihi sekalian. Bacaan Doa Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa ke hadrat ilahi memohon barakah perjalanan program pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan penuh

Teks Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional

Teks pengacara majlis perasmian pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan

Tradisional.

Ketibaan

Pensyarah-

pensyarah

Mengumumkan ketibaan pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan Insitut Pendidikan Guru Kampus Gaya ke

Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM 3112 Permainan

Tradisional

Senamrobik Majlis dengan sukacitanya menjemput para pensyarah untuk

bersama-sama pelajar PISMP Matematik dan Bahasa Cina untuk

acara senamrobik. Dipersilakan.

Majlis

Perasmian

pembukaan

Bunga seroja semerbak kembang,

Cantik dipandang menghias taman,

Terima kasih sudi bertandang,

Kehadiran tuan kami alu-alukan.

Selamat datang diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan

Pendidikan Jasmani ke Ujian Amali PJM 3112 PISMP Matematik

dan Bahasa Cina semester 5. Yang berusaha, Encik Sony Teh Eng

Chong, Encik Rayme bin Abu Bakar dan Encik Hisham bin

Mohamed , pensyarah PJM3112, Encik Noni Maki dan En. Ravi a/l

Margapandu selaku panel penilai jemputan, yang berusaha

Saudara Redzuan Bin Salleh, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP

Matematik, Sherene Liaw Pei Yi, selaku pengerusi PJM 3112

PISMP Bahasa Cina, Ahli Jawatankuasa majlis seterusnya para

hadirin yang dikasihi sekalian.

Bacaan Doa Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama

menadah tangan memanjatkan doa ke hadrat ilahi memohon

barakah perjalanan program pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan

penuh takzim menjemput Saudara Mohd Haidin Bin Rubin,untuk

memimpin bacaan doa.

Ucapan alu-

aluan oleh

Pengerusi

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya, majlis

menjemput dan mempersilakan Saudari Sherene Liaw Pei Yi,

selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Bahasa Cina untuk

menyampaikan sepatah dua kata sebagai ucapan alu-aluan.

Page 2: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional

Dipersilakan.

Ucapan

Perasmian

dan gimik

Terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi. Kini tibalah

masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan perasmian pembukaan

Ujian Amali PJM 3112. Oleh yang demikian, majlis dengan segala

hormatnya menjemput dan mempersilakan En. Sony Teh Eng

Chong, wakil pensyarah PJM 3112 untuk menyampaikan ucapan

seterusnya merasmikan Ujian Amali PJM 3112 Permainan

Tradisional PISMP Matemati dan Bahasa Cina Semester lima 2012.

Lawatan

Pameran

Negeri Sabah di bawah bayu,

Indah nian setiap sisi,

Permainan tradisional warisan Melayu,

Disanjung tinggi dijulang generasi.

Terima kasih diucapkan kepada En. Sony Teh atas kesudian

merasmikan Ujian Amali PJM 3112 sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, dengan gimik itu tadi, maka rasmilah

sudah Ujian Amali PJM 3112 ini. Majlis dengan ini menjemput tuan-

tuan dan puan-puan untuk melawat gerai-gerai pameran yang telah

disediakan di sebelah kanan dewan yang terdiri daripada pelbagai

jenis permainan tradisional yang bakal dipertandingkan pada hari

ini.

Sarapan pagi Terima kasih atas lawatan tuan-tuan dan puan sebentar tadi.

Dengan lawatan tersebut maka berakhirlah majlis perasmian

pembukaan Ujian Amali PJM 3112 pada pagi ini. Tuan-tuan

dipersilakan untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang

disediakan sementara pelajar-pelajar bersedia dengan permainan

tradisional masing-masing. Akhir kata, selamat berusaha kepada

semua peserta. Semoga Ujian Amali PJM 3112 ini berjalan lancar

dengan semangat yang berkobar-kobar daripada anda semua.

Bagi pihak majlis, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan

andai berlaku kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian,

terima kasih.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional

Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Ujian Amali PJM 3112 Permainan

Tradisional

Ketibaan

Encik Mohd

Farid Bin

Abdullah

Mengumumkan ketibaan Encik Mohd Farid Abdullah, Ketua

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan

Guru Kampus Gaya ke Majlis Perasmian Penutup Ujian Amali PJM

3112.

Bersiul pungguk rindukan bulan,

Menanti cinta kasih bersemi,

Suka kami menyambut tuan,

Meluang masa sudi merasmi.

Yang berusaha, Encik Mohd Farid bin Abdullah, Ketua Jabatan

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru

Kampus Gaya, Yang berusaha, Encik Sony Teh Eng Chong, Encik

Rayme bin Abu Bakar dan Encik Hisham bin Mohamed, pensyarah

PJM3112, Encik Noni Maki dan En. Ravi a/l Margapandu selaku

panel penilai jemputan, yang berusaha Saudara Redzuan Bin

Salleh, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Matematik, Sherene

Liaw Pei Yi, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Bahasa Cina, Ahli

Jawatankuasa majlis seterusnya para hadirin yang dikasihi

sekalian.

Nyanyian

Lagu

Hadirin dipersilakan berdiri untuk menyanyikan empat buah lagu

iaitu Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Kami Guru Malaysia dan

Institu Pendidikan Guru dengan iringan muzik.

Bacaan Doa Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Bagi memulakan majlis

kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan

memanjatkan doa ke hadrat ilahi memohon barakah perjalanan

program pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan penuh takzim

menjemput Saudara Mohd Haidin Bin Rubin,untuk memimpin

bacaan doa.

Ucapan

Pengerusi

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya, majlis

menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd Redzuan Bin

Page 4: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional

Salleh, pengerusi Ujian Amali PJM3112 PISMP Matematik untuk

menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan spenuh takzim

mempersilakan.

Ucapan

Perasmian

dan gimik

perasmian

penutupan

Terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Cantik Si Merak pada warnanya,

Gagah Sang Enggang paruh dikendong,

Selesai sudah semua acara,

Rasminya penutup dek paluan gong.

Hadirin sekalian, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik

Mohd Farid Bin Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup

seterusnya menutup rasmi Amali PJM3112 Permainan Tradisional

PISMP Matematik dan Bahasa Cina Semester 5 2012. Majlis

dengan penuh takzim mepersilakan.

Persembahan Hadirin yang dihormati, sekarang marilah kita sama-sama

menyaksikan persembahan menarik daripada pelajar-pelajar

PISMP Matematik dan Bahasa Cina. Untuk pengetahuan hadirin,

dua kumpulan tarian ini akan mempersembahkan beberapa jenis

tarian yang terdiri daripada tarian tradisional dan tarian moden.

Majlis mempersilakan.

Penyampaian

Hadiah

Begitulah tadi persembahan bertenaga daripada pelajar-pelajar

PISMP Matematik dan Bahasa Cina Semester 5.

Sekarang, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian

hadiah kepada para pemenang. Untuk itu, majlis dengan segala

hormatnya menjemput Encik Mohd Farid bin Abdullah diiringi En.

Sony Teh Eng Chong untuk menyampaikan hadiah kepada para

pemenang.

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

Page 5: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

Terima kasih atas kesudian Encik mohd Farid Bin Abdullah atas

kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Seterusnya, majlis

menjemput saudara Mohd Redzuan bin Salleh untuk

menyampaikan cenderamata kepada pensyarah-pensyarah dan

penilai Amali PJM 3112 . Dipersilakan.

Page 6: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohd Redzuan atas

penyampaian cenderamata sebentar tadi. Seterusnya, majlis sekali

lagi menjemput En. Sony Teh Eng Chong untuk menyampaikan

cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang

berusaha Encik Mohd Farid Bin Abdullah atas kesudian beliau

meluangkan masa untuk hadir ke Majlis perasmian penutup Amali

PJM 3112 pada hari ini.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah sebentar tadi,

maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. Tahniah

diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih yang tidak

terhinggan diucapkan kepada para pensyarah yang sudi hadir ke

Ujian Amali ini. Kami bagi pihak majlis menyusun 10 jari memohon

kemaafan andai terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang

majlis ini berlangsung. Hadirin dan hadirat dijemput untuk

menikmati jamuan yang telah disediakan. Sekian.