15
SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHNSON 71760 SEREMBAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN BAHARU SK LB JOHNSON DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 TAHUN 2011 0LEH YB DR HAJI MOHD PUAD BIN ZARKASHI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA PADA 31 MAC 2011 JAM 2.00 PETANG TEKS PENGACARA MAJLIS PENGACARA: EN SULAIMAN BIN ADNAN PN HJH NATAPAH BINTI HJ HARON

Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHNSON71760 SEREMBAN

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN BAHARU SK LB JOHNSON

DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 TAHUN 2011

0LEH YB DR HAJI MOHD PUAD BIN ZARKASHI

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

PADA 31 MAC 2011

JAM 2.00 PETANG

TEKS PENGACARA MAJLIS

PENGACARA:EN SULAIMAN BIN ADNAN

PN HJH NATAPAH BINTI HJ HARON

Page 2: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

ATURCARA MAJLIS

1. Ketibaan YB Dr.Haji Mohd Puad bin Zarkashi2. Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis3. Negaraku4. Bacaan Doa5. Ucapan Pengarah Pelajaran Negeri6. Ucapan Dato’ Hasim bin Rusdi7. Ucapan Perasmian YB Dr.Haji Mohd. Puad Zarkashi8. Aturcara Menandatangani Plak Perasmian 9. Penyampaian Sumbangan/Cenderamata10. Lawatan ke Bilik PPKI11. Sidang Media12. Jamuan13. Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2011

Page 3: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN SK LB JOHNSONDAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 TAHUN 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS

Housekeeping: (1.30 – 2.00 ptg)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Beberapa pengumuman penting untuk makluman para hadirin yang dimuliakan.

- Overview perjalanan majlis …

Majlis PerasmianMesyuarat Agung PIBG

- Minta kerjasama semua hadirin agar dapat berdiri sebaik pengumuman kehadiran tetamu kehormat Timbalan Menteri Pelajaran dan ketika nyanyian Lagu Negaraku.

- Para ibu-bapa dipersilakan mengambil tempat semula di dalam dewan selepas tamat majlis perasmian oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu selepas jamuan bagi menjalankan Mesyuarat Agung PIBG SK LB Johnson Kali ke-39.

- Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran akan mengadakan sidang media bertempat di bilik media selepas lawatan beliau ke bilik PPKI.

- Mohon kerjasama, seeloknya-eloknya sepanjang majlis sila ‘silent-mood’kan telefon bimbit tuan-tuan dan puan-puan supaya majlis berjalan lancar.

- Tuan-tuan, dan puan-puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan di khemah jamuan bersama-sama Timbalan Menteri Pelajaran dan Dif-dif kehormat selepas tamat sidang media.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

1. Pengumuman

Mengumumkan ketibaan, Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dengan diiringi oleh dif-dif kehormat dan tetamu khas ke dewan Sekolah Kebangsaan LB Johnson.

2. Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum wbtSalam Sejahtera, Salam Ceria dan salam penuh kemesraan

Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,

Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam.

Yang Berbahagia,Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus,

Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri

Yang Berusaha,

En. Hasnul bin MohamedPegawai Daerah dan Tanah Seremban

Tuan Haji Musa bin AbdullahPegawai Pelajaran Daerah Seremban

Tuan Haji Isahak bin ManapGuru Besar SK LB Johnson

En Kamal bin KamitYang DiPertua PIBG SK LB Johnson

Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah

Page 5: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

Para Pengetua dan Guru BesarDato’-dato, datin-datin, pemimpin-pemimpin masyarakat, tuan-tuan dan puan-puan, para ibu bapa dan para pelajar sekalian.

Alhamdulillah kami panjatkan,Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa,Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi,Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi,Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana,Ke atas segala ciptaanNya di langit dan di bumi.

Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semuabagi menjayakan kemurnian majlis

PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN BAHARU DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHNSON KALI KE-39, TAHUN 2011

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Pihak majlis mengambil ruang seawalnya untuk merakamkan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran tetamu kehormatYang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

juga dif-dif kehormat dan tetamu khas ke majlis perasmian bangunan tambahan dan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39, Tahun 2011 pada petang yang berbahagia ini.Terima kasih dan Selamat Datang kami ucapkan.

3. Bacaan Doa

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yangdimuliakan..

Demi memberkati acara dan majlis kita,pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..Yang BerbahagiaUstaz Zailani bin Mohd NorTampil ke pentas untuk memimpin bacaan doa pada petang ini.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..

Page 6: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepadaUstaz Zailani bin Mohd Nor atas pimpinan doa sebentar tadi.

4. Ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengarah Pelajaran

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan..

Majils diteruskan dengan menjemputYang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul RazakPengarah Pelajaran Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Majlis dengan segala hotmatnya mempersilakan…

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepadaYang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul RazakPengarah Pelajaran Negeriatas ucapan aluan yang telah disampaikan itu tadi.

5. Ucapan YB Dato’ Hasim bin Rusdi ADUN Labu

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan..

Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemputYang Berhormat Dato’ Hasim bin RusdiADUN Kawasan Labu merangkap Pengerusi Jawatankuasa bertindak Pembangunan Luar Bandar,Hal Ehwal Pengguna dan kemudahan Awam Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepadaYang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdiatas ucapan aluan yang telah disampaikan itu tadi.

6. Ucapan Perasmian YB Dr. Haji Mohd. Puad bin ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan…

Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;

Page 7: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

Madah dihulur salam diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Kini tibalah saat yang dinanti-nantiMajlis dengan segala hormatnya mempersilakanYang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran MalaysiaUntuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakanMajlis Perasmian Bangunan Tambahan Baharu dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan LB Johnson 2011Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dif-dif kehormat bersama-sama mengiringi Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia untuk menandatangani plak perasmian.Dipersilakan.

Majlis setulus hati merakamkan aprisiasi dan jutaan terima kasih kepadaYang Berhormat Dr. Haji Mohd Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Seterusnya, pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran serta dif-dif kehormat mengambil tempat di hadapan pentas

7. Persembahan Murid (Selingan)

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormatiSebagai menyerikan lagi majlis, kami mempersilakan kumpulan murid Tahun 4, Sekolah Kebangsaan LB Johnson yang akan mempersembahkan dua buah tarian iaitu, “Tarian Piring” dan “Awallah Dondang”. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas persembahan tadi.

8. Penyampaian Sumbangan dan Cenderamata

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’,datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang dimuliakan...

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Page 8: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

dengan diiringi Tuan Abdul Halim bin Abdul RazakPengarah Pelajaran Negeri Sembilan dan Tuan Hj. Isahak bin ManapGuru Besar SK LB Johnsonbagi menyampaiakan sumbangan kepada murid-murid miskin dan seterusnya Cenderamata Ahli Jawatankuasa PIBG SK LB Johnson Sesi 2010.Dengan hormatnya dipersilakan

- Rujuk Senarai nama: - Murid miskin- AJK PIBG

Orang berbudi kita berbahasaOrang memberi kita merasa

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, majlis denganhormatnya menjemput Yang Berusaha Tn. Hj. Isahak b. Manap, Guru Besar, SK LB Johnson untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.

9. Lawatan ke bilik PPKI

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang dimuliakan…

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi Timbalan menteri Pelajaran dengan diiringi oleh Yang Berhormat Dato’ Hasim Rusdi, Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran , PPD, Tuan Guru besar, dif-dif kehormat untuk melawat bilik PPKI.

10. Penutup

Dengan ini, berakhirlah Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Baharu dan Mesyuarat Agung PIBG SK LB Johnson kali ke-39, Tahun 2011.

Kami bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,

Page 9: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu,

Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul RazakPengarah Pelajaran Negeri Sembilan,

Dif-dif Kehormat, Tetamu-tetamu khasAhli Jawatankuasa Majlis Perasmian, tuan-tuan, puan-puan yang terlibat secara langsung bagi menjayakan majlis ini.

Sekian, wassalam wbt.

Page 10: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

MESYUARAT AGUNG PIBG SK LB JOHNSON KALI KE-39, TAHUN 2011TEKS PENGACARA MAJLIS

1. Alu-aluan Pengacara

Yang Berusaha Tuan Hj Isahak b. Manap, Guru Besar SK LB Johnson,

Yang Berusaha En. Kamal b. Kamit, Yang Dipertua PIBG, SK LB Johnson,

AJK PIBG,

Guru-guru,

Tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dimuliakan…

Alhamdulillah, dengan Kudrat dan IradatNya pada petang ini kita dapat berhimpun bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG SK LB Johnson Kali Ke-39, tahun 2011. Insya Allah , kita berharap dalam masa yang terhad ini kita selaku stake holder dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap organisasi PIBG khususnya, terhadap anak-anak murid dan SK LB Johnson keseluruhannya.

2. Mempersilakan pencatat minit mengambil tempat

Sebelum mesyuarat dimulakan sukalah saya mempersilakan pencatat minit untuk mengambil tempat. Terima kasih.

3. Ucapan GB

Seterusnya, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tn. Hj. Isahak b. Manap, Guru Besar SK LB Johnson untuk menyampaikan amanatnya. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar.

4. Ucapan YDP PIBG

Seterusnya pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Kamal b. Kamit, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada YDP di atas ucapan itu tadi.

Page 11: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

5. YDP Mengendalikan Mesyuarat

Tuan-tuan dan puan-puan,

Banyak keluk ke penarik,Keluk tumbuh pohon kuini;Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan En. Kamal b. Kamit untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39.

Dan dengan itu, setakat di sini sahaja peranan kami mengendalikan majlis, Segala kekurangan mohon kemaafan.

Saya serahkan pembesar suara kepada YDP. Dipersilakan.

6. Mesyuarat dijalankan

7. Cabutan bertuah

8. Penutup dan bersurai

Page 12: Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baharu & Pibg

Lampiran 1

SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2010

1. TN HJ ISAHAK BIN MANAP2. EN KAMAL BIN KAMIT3. EN BUKHARI BIN HJ OTHMAN4. EN ZAKARIA BIN OMAR5. PN NUR AISAH BINTI RAHIM6. EN ROHAIMI BIN ISHAK7. EN SULAIMAN BIN ADNAN8. EN RASHID BIN SUKOR9. EN ROSLI BIN SIDEK10. EN MOHD ZIN BIN BIDIN11. PN HAMZARINA BINTI ABD HAMID12. PN HJH KAMIZAN BINTI KASIM13. PN HJH FAZILAH BINTI BORHAN14. EN RUHAIZAT BIN A RAZAK15. EN HAMIZON BIN MOHD ARIS16. PN SHARIFAH FITRY BINTI SYED RASHID17. PN HJH NATAPAH BINTI HJ HARON18. EN MOHD SHAZALI BIN MOHAMAD19. EN KAMARUDIN BIN KHAMIS