3
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 SK BAWANG ASSAN SESI 2014 Tarikh: 25 Januari 2014 Masa: 8.30 pagi Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Bawang Assan 1. Ketibaan  jemputan dan ibu bapa Diumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG En. Marcathy Ak Gindau diiringi Guru Besar SK Bawang Assan ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri. Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. ** Semua hadirin dipersilakan duduk. 2. Bacaan Doa Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Abdullah. Dipersilakan. ** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. 3. Pembukaan / Aluan Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang Berbahagia, En. Marcathy Gindau, Yang Dipertua PIBG Yang Berusaha, En. Nuah Ak Anssam, Guru Besar SK Bawang Assan Guru-guru Penolong Kanan, AJK PIBG SK Bawang Assan, Guru-guru, Ibu Bapa, Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam sembah selamat datang Sudi tuan ke majlis kami. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 SK Bawang Assan bagi tahun 2014. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada

Teks Pengacara Majlis Minggu Transisi Tahun 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks Pengacara Majlis Minggu Transisi Tahun 1 dan Guru Penyayang

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 SK BAWANG ASSAN SESI 2014

Tarikh: 25 Januari 2014Masa: 8.30 pagiTempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Bawang Assan

1. Ketibaan jemputan dan ibu bapaDiumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG En. Marcathy Ak Gindau diiringi Guru Besar SK Bawang Assan ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

** Semua hadirin dipersilakan duduk.

2.Bacaan DoaMenadah tangan tanda kerendahan,Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,Doa dipohon penuh pengharapan,Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Abdullah. Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3.Pembukaan / AluanAssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang Berbahagia, En. Marcathy Gindau, Yang Dipertua PIBGYang Berusaha, En. Nuah Ak Anssam, Guru Besar SK Bawang AssanGuru-guru Penolong Kanan, AJK PIBG SK Bawang Assan,Guru-guru, Ibu Bapa,Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jariSalam sembah selamat datang Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 SK Bawang Assan bagi tahun 2014. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Program Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharap telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

4. Ucapan Guru BesarHadirin yang dihormati, Tak molek jika alu tiada lesungnya,Tak berguna jika payung tiada perahunya,Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Nuah Ak Anssam selaku Guru Besar SK Bawang Assan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

5.Ucapan PerasmianOleh YDP PIBGPergi ke kota beli selasih,Sayang si dara senyum tertawa,Kata azimat simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan perasmian penutupan daripada Yang Berbahagia En. Marcathy Ak Gindau, Yang Dipertua SK Bawang Assan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

**Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian En. Marcathy Ak Gindau menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

6. Persembahan MuridMajlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid Tahun Satu.

Persembahan 1: SajakPersembahan 2: Bacaan Buku CeritaPersembahan 3: Nyanyian Bahasa Arab

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

7. Penyampaian Hadiah Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Yang Berbahagia En. Marcathy Ak Gindau ke pentas untuk menyampaikan anugerah.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta PTGP Thn 1.

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Penguasaan Literasi TerbaikAnugerah Penguasaan Numerasi TerbaikAnugerah Murid Paling Kemas Anugerah Murid Paling Aktif Anugerah Kumpulan Paling Aktif

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta Minggu Orientasi Prasekolah. ** Anugerah seterusnya ialah;Anugerah Murid Paling Kemas - Perry Shanley Ak Danstan Anugerah Murid Paling Menonjol Akademik - Frenycia Frander Anugerah Murid Paling Berdikari - Cynthia Ak AndrewAnugerah Murid Kreatif Melukis - Amielda Indung Ak George

** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP En. Marcathy Ak Gindau atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

8. Persembahan MuridMajlis diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian lagu The Fruits Song oleh murid Tahun Satu. Dipersilakan.

** Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menghiburkan hati sebentar tadi.

9. Penutup & JamuanKerjasama tuan puan sangat dihargai,Terima kasih sekalung budi,Kenangan nan indah simpanlah di hati,Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,Kadang tak sedar tersilap kata,Andai terlanjur patah bicara,Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutupan Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, semua hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.

Ibu bapa dipersilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.