Upload
xueylla
View
282
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Pengacara Majlis
Citation preview
Semua murid diminta berdiri tegak. Luruskan barisan.
1. Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang dihormati guru besar, Puan
Pauline Thomas, yang berusaha Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Kumbang
Timbang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Wong Sia Hui, Penolong
kanan Kokurikulum, Cikgu Louis Anding, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
2. Bersyukur kita kerana dengan izin_Nya kita dapat sama-sama
berkumpul di sini pada hari ini bagi menjayakan hari yang amat bermakna ini.
Dengan bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, saya mewakili
rakan-rakan yang lain mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru.
3. Bagi memulakan majlis sambutan hari guru kita pada hari ini, dijemput
guru-guru bersama-sama berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu
Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Semua murid diminta berdiri tegak.
1..2..nyanyi.
Hadirin dijemput duduk.
4. Hadirin dan hadirat sekalian,
Tak molek alu tiada lesungnya,
Tak berguna dayung tanpa sampannya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara,
Bagi meneruskan pengisian hari guru kita pada hari ini, dijemput puan
guru besar untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada puan guru besar di atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
5. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tidak sempurna rasanya andai
majlis kita tidak diserikan dengan persembahan. Bagi memeriahkan lagi majlis
ini, dijemput murid-murid tahun 1 dan 2 tampil menghiburkan kita dengan
persembahan mereka. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan atas hiburan yang diberikan.
6. Acara diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu
Pendidik Bumi Kenyalang daripada barisan para guru.
Terima kasih diucapkan.
7. Seterusnya, sekali lagi kita akan dihiburkan dengan persembahan
deklamasi sajak daripada murid Tahun 4. Dipersilakan.
Sekali lagi majlis merakamkan ribuan terima kasih.
8. Sebelum terlewat, saya mewakili rakan-rakan murid SK Ulu Meradong ini
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru di sini, di atas segala
tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami selama kami menimba ilmu di
sekolah ini.
9.Rakan-rakan serta guru-guru sekalian.
Acara yang dinanti telah tiba. Majlis diteruskan dengan acara memotong
kek Hari Guru. Dijemput guru besar diiringi ketiga-tiga Penolong Kanan tampil
ke hadapan untuk acara memotong kek Hari Guru.
Terima kasih guru besar dan Penolong kanan di atas acara sebentar tadi.
10. Tidak adil rasanya jika guru sahaja yang memotong kek. Sebagai
pengisian Program Guru Penyayang, majlis diteruskan dengan acara
memotong kek bagi murid-murid yang menyambut Hari Jadi pada bulan April,
Mei dan Jun ini. Nama yang akan dipanggil sebentar nanti diminta tampil ke
hadapan untuk acara meniup lilin dan memotong kek Hari Lahir.
Dominic Lijan, Brandly Salleh, Rovina Santa, Senorita Khelly, Andrian Daniel,
Izzami Irfan, Trinia Nyoh, Jasmine dan Prem Aliester.
Sebelum itu marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi
untuk rakan-rakan kita. 1..2.. nyanyi.
Dengan terlaksananya acara itu tadi, maka berakhirlah sambutan hari guru
kita pada hari ini. Semoga pada masa akan datang, sambutan yang lebih
meriah dapat kita adakan.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai ada tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan
Sekian, terima kasih.