3
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI PRA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SENGKANG. Masa/ Pembaca Atur cara Teks 8.00 am Ketibaan tetamu Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi tahun 2013. Hadirin yang dimuliakan, Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan. Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. 8.15 am Ketibaan Jemputan Mengumumkan ketibaan yang dihormati, En Shariff bin Mohmmed, Dengan diiringi oleh yang berusaha En Zainal Bin Ahmad, Tetamu- tetamu jemputan serta barisan Guru Penolong kanan Sekolah Kebangsaan Sengkang masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat. Sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku. Mohon para jemputan dan para hadirin mengambil tempat. Ucapan Alu- aluan BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.Perlis Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S).

Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MC

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI PRA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SENGKANG.

Masa/ Pembac

a

Atur cara Teks

8.00 am Ketibaan tetamuAssalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi tahun 2013.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

8.15 am Ketibaan Jemputan

Mengumumkan ketibaan yang dihormati, En Shariff bin Mohmmed, Dengan diiringi oleh yang berusaha En Zainal Bin Ahmad, Tetamu-tetamu jemputan serta barisan Guru Penolong kanan Sekolah Kebangsaan Sengkang masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat.

Sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku.

Mohon para jemputan dan para hadirin mengambil tempat.

Ucapan Alu-aluan BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.PerlisYang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.Guru-guru SKPBS, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang

Page 2: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan

Sirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010. Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan

saya Puan Noranizah Omar, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.