21
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI SEKOLAH TINGGI KLUANG KE-5 (2014) MASA ATURCARA UCAPAN FIRDAUS BACA 1.30 ptg 1. (pelajar dan ibu bapa mengambil tempat duduk) Assalamualaikum warahmatullah i wabarakatuh Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, dapat bersama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini, Majlis Graduasi, Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah Kluster kecemerlangan kali ke 5. Bagi pihak jawatankuasa sambutan dan seluruh warga Sekolah Tinggi Kluang, kami mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa, guru-guru dan para graduan ke majlis ini. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Mohon kerjasama para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, Pihak kami ingin memohon kerjasama daripada tuan- tuan,puan-puan dan para graduan untuk mematikan telefon bimbit anda atau menetapkan telefon bimbit anda kepada mod senyap atau mod getaran supaya majlis tidak terganggu. sepanjang majlis penyampaian sijil dan hadiah, pihak sekolah ada menyediakan khidmat jurugambar khas.Justeru, kami memohon agar tuan-tuan dan puan-puan tidak tampil di hadapan pentas untuk mengambil gambar anak masing-masing. Para graduan juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar semasa berada di dalam dewan sepanjang majlis berlangsung. 2.30 ptg 2. Ketibaan jemputan khas VVIP - Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain Ketua Wanita Umno Johor - Pegawai PPD/ Wakil - YDP PIBG/ Wakil - Penolong Kanan-Penolong Kanan Menjemput tetamu berdiri (kompang berbunyi) Sidang hadirin di minta berdiri Perarakan besar masuk ke dewan [VIP, pentadbir dan para guru] MENGUMUMKAN PERARAKAN MASUK TETAMU KEHORMAT MASUK KE DEWAN. HADIRIN DI MINTA BERDIRI. 1

Teks Pengacara Majlis Graduasi 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks Pengacaraan Majlis Gradusi

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI SEKOLAH TINGGI KLUANG KE-5 (2014)

MASA ATURCARA UCAPANFIRDAUS BACA

1.30 ptg

1.

(pelajar dan ibu bapa mengambil tempat duduk)

Assalamualaikum warahmatullah i wabarakatuh

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, dapat bersama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini, Majlis Graduasi, Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah Kluster kecemerlangan kali ke 5.

Bagi pihak jawatankuasa sambutan dan seluruh warga Sekolah Tinggi Kluang, kami mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa, guru-guru dan para graduan ke majlis ini.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Mohon kerjasama para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, Pihak kami ingin memohon kerjasama daripada tuan-tuan,puan-puan dan para graduan untuk mematikan telefon bimbit anda atau menetapkan telefon bimbit anda kepada mod senyap atau mod getaran supaya majlis tidak terganggu.

sepanjang majlis penyampaian sijil dan hadiah, pihak sekolah ada menyediakan khidmat jurugambar khas.Justeru, kami memohon agar tuan-tuan dan puan-puan tidak tampil di hadapan pentas untuk mengambil gambar anak masing-masing. Para graduan juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar semasa berada di dalam dewan sepanjang majlis berlangsung.

2.30 ptg

2.

Ketibaan jemputan khas VVIP - Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain Ketua Wanita Umno Johor - Pegawai PPD/ Wakil- YDP PIBG/ Wakil- Penolong Kanan-Penolong Kanan

Menjemput tetamu berdiri

(kompang berbunyi)

Sidang hadirin di minta berdiri

Perarakan besar masuk ke dewan[VIP, pentadbir dan para guru] MENGUMUMKAN PERARAKAN MASUK TETAMU KEHORMAT

MASUK KE DEWAN. HADIRIN DI MINTA BERDIRI.

1

[MUZIK GAMELAN MULEH DIMAINKAN] (1)[muzik dimainkan selepas pengumuman dibacakan][perlahankan muzik jika dengar muzik silat bermula]

[ Setelah tetamu kehormat, GPK dan para guru sudah bersedia berdiri di tempat duduk masing-masing, muzik gamelan dimatikan]

[Persembahan Silat]

LAGU BANGSA JOHOR (2) DAN LAGU SEKOLAH BERSEDIA (3)

4. Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah

[LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH DIMAINKAN]

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

6. Perisytiharan Majlis Graduasi oleh Tuan Pengetua/GPK HEM

[Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya isytiharkan Majlis Graduasi Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah Kluster Kecemerlangan kali ke 5 kini dibuka]

Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis menjemput Yang berusaha, Encik Mohd Kassim bin Sharif, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Tinggi Kluang untuk mengisytiharkan Majlis Graduasi Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi kali ke 5, bermula.

[GONG DIPALU]7. Kata Aluan Pengacara Bilmillahirahmanirahim,

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.

Yang Berbahagia, Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain Ketua Wanita Umno Johor,

Yang Dihormati,

Pegawai Pelajaran Daerah Kluang

Yang Berusaha,

Wakil RasmiYang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan GuruSekolah Tinggi Kluang.

2

Barisan Penolong Kanan, Guru Kanan Mata pelajaran, Ketua-ketua Unit, para guru, para ibu bapa, para graduan yang diraikan serta sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Hadirin yang dihormati, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat kita bersama-sama bertemu dan berkumpul dalam majlis ceria dan penuh bermakna pada hari ini.

Bagi pihak sekolah, kami mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada hari yang bersejarah ini. Sesungguhnya hari ini merupakan acara kemuncak yang pasti akan menjadi detik bersejarah dan sering dinanti-nantikan oleh para pelajar. Inilah saat paling gemilang untuk kita memberi apresiasi atas kejayaan hasil usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang pengajian mereka.

[USTAZ BERSEDIA UNTUK BACAAN DOA]

8. Bacaan Doa Pembuka Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula,moleklah kiranya kita menadah tangan memohon limpah dan rahmatNya. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan fadhilatul ustaz, Ustaz Azmi bin Setapa, untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan ustaz.

[DOA DI BACA]

Amin amin Ya Rabbal’alamin.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Azmi.

5. Persembahan Pelajar (1) PERSEMBAHAN GHAZAL – ____ BUAH LAGU

Hadirin sekalian, persembahan ghazal itu tadi adalah daripada Kumpulan Ghazal Sinar Emas, Sekolah Tinggi Kluang.

9. Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua Dengan penuh hormat dan takzimnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Encik Mohd Kassim bin Sharif, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah Kluster Kecemerlangan, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan hormatnya dipersilakan.

[UCAPAN WAKIL PENGETUA]

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

3

10. Ucapan Perasmian Oleh Perasmi Sidang Hadirin sekalian,

Dengan penuh hormat dan takzimnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Dato’ Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor untuk menyampaikan ucapan perasmian.

Majlis mempersilakan.

[Ucapan Tetamu Jemputan]

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dato’ Sharifah Azizah binti Syed Zain atas ucapan perasmian itu tadi.

11. Gimik Perasmian @Persembahan Ghazal

Hadirin sekalian, Seterusnya majlis mempersilakan ________

Dengan ini, majlis mempersilakan.

[PERSEMBAHAN PELAJAR]

PENERIMA ANUGERAH PENGETUA PRAU DAN PELAJAR PRAU BERGERAK KELUAR- ___ orang

RAHINA BACA

12. Memperkenalkan para graduan

Teksnya:Izinkan saya mengumumkan,Bahawa pada majlis graduasi kali ke-5 ini,Seramai 90 graduan PraUniversiti akan dianugerahkan anugerah dan sijil-sijil seperti berikut:

Anugerah Pengetua seramai 4 orang

Sijil PraUniversiti seramai 86 orang

[Berhenti seketika]

Dijemput Tuan Haji Baharuddin bin Razali, Penolong Kanan Pra Universiti, Sekolah Tinggi Kluang untuk memperkenalkan para graduan.

[ MEMPERKENALKAN GRADUAN- baca teks]

4

Yang berbahagia,Dato’ Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor, saya dengan segala hormatnya, mempersilakan yang berbahagia, untuk penyempurnakan penyampaian Sijil-Sijil kepada graduan seperti yang tercatat dalam buku cenderamata.

13. Penyampaian Anugerah oleh Tetamu Jemputan

Majlis menjemput Yang Berbahagia, Dato’ Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor untuk menyampaikan ANUGERAH.

14. Penyampaian Anugerah Pengetua oleh tetamu jemputan

[LAGU MALAY INSTRUMENTAL ON PIANO][4] – volume ditinggikan

sikit, tapi pastikan suara pengacara dapat didengar

[ LAGU INSTRUMENTAL MALAY DIMATIKAN ]

ANUGERAH PENGETUAAnugerah ini diberikan kepada graduan yang mencapai kecemerlangan Akademik dengan mendapat keputusan peperiksaan Percubaan STPM terbaik dengan Purata Nilai Gred Kumulatif antara 3.75 hingga 4.00.

Berikut diumumkan nama-nama graduan bagi ANUGERAH PENGETUA.

Dipersilakan saudara :-- Soh Jiang Wen. Graduan ini telah mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif terbaik iaitu 3.96 dalam peperiksaan percubaan stpm yang lalu.

- E Chou Chean. Graduan ini telah mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif 3.88.

-Saudara Lim Xian Yang. Dengan Purata Nilai Gred Kumulatif 3.75.

- Saudara Tey Wan Jin. Purata Nilai Gred Kumulatif graduan ini pada peperiksaan percubaan yang lalu adalah 3.75.

15. Penyampaian Sijil-Sijil PRAUOleh tetamu jemputan

[LAGU MALAY INSTRUMENTAL ON PIANO][4] – volume ditinggikan

sikit, tapi pastikan suara pengacara dapat didengar

[LAGU -Muzik Instrumental Asli - Sekapur Sirih Seulas Pinang_1]

[5]– secara perlahan jangan sampai suara pengacara tidak

Seterusnya, dipersilakan penerima Sijil-Sijil Pra Universiti naik ke pentas.

[BACA SENARAI NAMA PENERIMA SIJIL PRAU HINGGA HABIS]

- 84 orang

5

dengar

[ LAGU INSTRUMENTAL ASLI DIMATIKAN ]

SELEPAS SENARAI NAMA HABIS DIBACA]

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dato’ Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor kerana sudi menyampaikan sijil kepada para graduan.

16. Persembahan oleh Seterusnya Majlis akan dihidangkan dengan persembahan oleh ______________

[PERSEMBAHAN ]

Terima kasih kepada Saudara/saudari___________ atas persembahan yang menarik.

ANUGERAH PENGETUA T5 DAN SIJIL T5

PENERIMA ANUGERAH PENGETUA (9 org)DAN SIJIL T5 ( ST1, ST2 , ST3)

BERGERAK KELUAR- 100 orang

FIRDAUS BACA

17. Memperkenalkan para graduan

Izinkan saya mengumumkan,Bahawa pada majlis graduasi kali ke-5 ini,Seramai 211 graduan SPM akan dianugerahkan anugerah dan sijil-sijil seperti berikut:

Anugerah Pengetua seramai 9 orang

Sijil Ting 5 seramai 202 orang

[Berhenti seketika]

Yang berbahagia,Dato Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor, saya dengan segala hormatnya, mempersilakan yang berbahagia, untuk menyempurnakan penyampaian Sijil-Sijil kepada graduan SPM seperti yang tercatat dalam buku cenderamata.

Hadirin yang di hormati, majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Puan Tee Peck Khoon, Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik, Sekolah Tinggi Kluang, untuk memperkenalkan para graduan.

[ MEMPERKENALKAN GRADUAN ]

6

18. Penyampaian Anugerah oleh Tetamu Jemputan

Dengan ini, majlis menjemput Yang berbahagia, Dato Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor untuk menyampaikan ANUGERAH.

Penyampaian Anugerah Pengetua Tingkatan 5 (Sains)

[LAGU SUMBANGSIH INTRUMENTAL) [6] – secara perlahan

[LAGU SUMBANGSIH DIHENTIKAN]

Majlis diteruskan dengan penyampaian, Anugerah Pengetua Graduan SPM

Untuk makluman, Anugerah Pengetua berikut diberikan kepada graduan cemerlang yang berjaya mencapai Gred Purata Kumulatif bawah 1.00 dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang lalu. Dipersilakan.

1. Nadia Hizzati binti Said – 5A+ 4A2. Teo Zu Qi – 5A+ 4A3. Jason woon Zhe Xuan – 6 A+ 3A 1A-4. Ng Jing Yi – 5A+ 4A 1A-5. Sri Vally A/P Paranthaman – 4A+ 4A 1A-6. Lim Wan Xin – 3A+ 4A 3A-7. Wong Qin Lin 4A+ 2A 4A-8. Ooi Hui Ching – 3A+ 4A 3A-9. Gan Sze Yin – 3A+ 4A 3A-

Penyampaian Sijil – Sijil Tingkatan 5 (ST1, ST2. ST3)

[LAGU SUMBANGSIH INTRUMENTAL) [6] – secara perlahan

[[LAGU Irama Melayu - Aladom) [7]– secara perlahan. Jika habis sambung lagu Instrumental Melayu Asli – Damaq [8] Sambuang Flowers of Malaysia - Bunga Rampai_0 [9]- kemudian ulang semula lagu 7

[LAGU DIHENTIKAN]

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil-Sijil Graduan Tingkatan 5. Dipersilakan.

[Baca senarai nama penerima sijil]- 100 ORANG

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor atas penyampaian anugerah itu tadi.

RAHINA BACA

20. Penyampaian Sijil SPM kemanusiaan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil-Sijil graduan SPM bagi bidang kemanusiaan.

Mengumumkan nama-nama graduan...

7

[LAGU Instrumental Melayu Asli - Damaq [8]–secara perlahan.

[LAGU Instrumental Melayu Asli - Damaq DIMATIKAN]

[ 102 ORANG]

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dato Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor atas penganugerahan sijil graduasi itu tadi.

FIRDAUS BACA

22. Penyampaian Cenderahati kepada VIP

VVIP KEPADA YDP PIBG

VVIP KEPADA PPD

PENGETUA KEPADA VVIP

Seterusnya, majlis menjemput, Yang berusaha, Encik Mohd Kassim bin Sharifi, mengiringi sekali lagi Dato Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor untuk penyampaian cenderahati .

Dengan segala hormatnya dijemput.

- Dipersilakan Tuan Haji Mohd Noh bin Hj Ibrahim, Yang Dipertua PIBG, Sekolah Tinggi Kluang untuk menerima cenderahati.

Dijemput Dato Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor untuk menyampaikan cenderahati kepada _________________________Pegawai Pelajaran Daerah Kluang. Dipersilakan.

Seterusnya dijemput Yang Berusaha, Encik Mohd Kassim bin Sharif, untuk menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada Dato Sharifah Azizah binti Syed Zain, Ketua Wanita Umno Johor. Dipersilakan.

[penyampaian cenderahati]

Terima kasih diucapkan kepada tetamu kehormat kerana sudi menerima dan menyampaikan cenderahati itu tadi.

[tetamu duduk]

23. Perisytiharan Penangguhan Majlis Graduasi

Sudah sampai kita pada kemuncak majlis, sekali lagi, majlis ingin menjemput, Yang Berusaha, Encik Mohd Kassim bin Sharif, penolong Kanan Hal Ehwam Murid, Sekolah tinggi Kluang untuk mengistiharkan Majlis Graduasi, Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah Kluster Kecemerlangan kali ke 5, ditutup.

8

Dengan segala sukacitanya diisytiharkan,Majlis Graduasi Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah Kluster Kecemerlangan kali kelima bagi tahun 2014 kini ditutup.

Majlis mempersilakan.

[Peristiharan Penutup Graduasi oleh Tuan pengetua]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Mohd Kassim bin Sharif, atas peristiharan itu tadi.

Alhamdullillah [syukur], Majlis Graduasi, Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah kluster Kecemerlangan kali ke 5, telah sempurna dilaksanakan. Bagi pihak Jawatankuasa Sambutan kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan, semoga kejayaan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan dalam peperiksaan sijil tinggi persekolahan dan Sijil Pelajaran Malaysia yang sebenar.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada semua hadirin yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan majlis ini.

LAGU NEGARAKU BERSEDIA [11]

24. Nyanyian Lagi Negaraku Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.

Para Hadirin di minta berdiri.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU [MUZIK]

25. Perarakan Keluar Dewan

MUZIK GAMELAN DI MAINKAN – lagu Kompang dan Gamelan Remix [12]

Diumumkan PERARAKAN TETAMU KEHORMAT DAN PARA PENTADBIR SEKOLAH TINGGI KLUANG , KELUAR DEWAN

[PERARAKAN KELUAR BERMULA]

26. Fotografi Perhatian kepada hadirin sekalian, sebentar lagi satu sesi fotografi bagi semua graduan dan para tetamu akan diadakan. Para graduan diminta untuk mengambil tempat bagi sesi fotografi tersebut.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum wmt wbt

9

Perisytiharan Pembukaan

Dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim,

Saya mengisytiharkan

Majlis Graduasi

Sekolah Tinggi Kluang,

Sekolah Kluster Kecemerlangan

kali ke 5 bagi tahun 2014,

kini dibuka

(PUKUL GONG]

10

Perisytiharan Penutup

Dengan Segala Sukacitanya,

Saya mengisytiharkan

Majlis Graduasi

Sekolah Tinggi Kluang,

Sekolah Kluster Kecemerlangan

kali ke 5 bagi tahun 2014,

ditutup.

11

MEMPERKENALKAN GRADUAN PRAU(TN HJ BAHARUDIN RAZALI)

Izinkan saya mengumumkan,Bahawa pada majlis graduasi kali ke-5 ini,

Seramai 90 graduan PraUniversiti akan dianugerahkan anugerah dan

sijil-sijil seperti berikut: Anugerah Pengetua seramai 4 orang

Sijil seramai 86 orang

[Berhenti seketika]

Yang berbahagia,DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI SYED ZAIN,

Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia,saya dengan

segala hormatnya, mempersilakan yang berbahagia, untuk penyempurnakan

penyampaian Sijil-Sijil kepada graduan seperti yang tercatat dalam

buku cenderamata.

12

MEMPERKENALKAN GRADUAN SPM(PN TEE PECK KHOON)

Izinkan saya mengumumkan,Bahawa pada majlis graduasi kali ke-5 ini,

Seramai 211 graduan SPM akan dianugerahkan anugerah dan sijil-sijil seperti berikut: Anugerah Pengetua seramai 9 orang

Sijil-sijil SPM seramai 202 orang

[Berhenti seketika]

Yang berbahagia,DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI SYED ZAIN,

Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, saya dengan segala hormatnya,

mempersilakan yang berbahagia, untuk menyempurnakan penyampaian

Sijil-Sijil kepada graduan SPM seperti yang tercatat dalam

buku cenderamata.

[DUDUK]

13

14

15

DISEDIAKAN : PN SALMIAH RAMLI 17/10/2012

16

TEKS PERISTIHARAN MAJLIS GRADUASI BERMULA(TN HJ ROZALI BIN JEMALI)

Bismillahirahnirahim,Dengan segala sukacitanya diisytiharkan,Majlis Graduasi Sekolah Tinggi Kluang,Sekolah Kluaster Kecemelangan Kali Ke tiga di buka.

TEKS MEMPERKENALKAN PARA GRADUANDAN MENJEMPUT TETAMU MENYAMPAIKAN ANUGERAH[ Tn Hj Baharuddin]

Izinkan saya mengumumkan,Bahawa pada majlis graduasi kali ke-3 ini,Seramai 112 graduan STPM akan dianugerahkan anugerah dan sijil-sijil seperti berikut:

Anugerah Pengetua – 5 orang Sijil Emas – 33 orang Sijil Perak dan Gangsa – 74 orang

[Berhenti seketika]

Yang berbahagia,Tuan Haji Tuan Haji Hasidin bin Haji Zaini saya dengan segala hormatnya, mempersilakan yang berbahagia,

17

untuk menyempurnakan penyampaian Sijil-Sijil kepada graduan seperti yang tercatat dalam buku cenderamata.

TEKS MEMPERKENALKAN PARA GRADUANDAN MENJEMPUT TETAMU MENYAMPAIKAN ANUGERAH[ Encik Mohd Kassim bin Sharif]

Izinkan saya mengumumkan,Bahawa pada majlis graduasi kali ke-3 ini,Seramai 228 graduan SPM akan dianugerahkan anugerah dan sijil-sijil seperti berikut:

Anugerah Pengetua – 7 orang Sijil-sijil –221 orang

[Berhenti seketika]

Yang berbahagia,Tuan Haji Tuan Haji Hasidin bin Haji Zaini saya dengan segala hormatnya, mempersilakan yang berbahagia, untuk menyempurnakan penyampaian Sijil-Sijil kepada graduan SPM seperti yang tercatat dalam buku cenderamata.

18

[Yang berbahagia, Tuan Haji Hasidin bin Haji Zaini,Saya mempersilakan Yang berbahagia, menganugerahkan kepada graduan-graduan yang berikut yang namanya disenaraikan dalam buku acara Majlis Graduasi bagi Anugerah Pengetua Tingkatan 5 dan Sijil-Sijil Tingkatan 5.]

19