TEKS PENGACARA JAMUAN

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2009 SMK TROLAK 16 NOVEMBER 2009 DEWAN TERTUTUP FTU, SUNGKAI PERAK NO PERKARA . 1. Saudara dan saudari / tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan untuk mengambil tempat duduk kerana Majlis akan bermula sebentar lagi. 2. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Bismillahi al-Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Selamat Sejahtera Buah langsat ditepi busut Mari dimuat didalam peti Besar hajat kami menjemput Besarlah niat didalam hati Anak cina main gelombang Nampak dari Tanjung jati Tuan umpama bunga yang kembang Sentiasa hidup didalam hati Meranti tiga sebatang Ditebang tiga pemuka Yang dinanti sudah pun tiba Apa perkara kan kita mula. Yang Berusaha Tn. Hj. Md Nasir B Moin Tuan pengetua SMK Trolak Yang dihormati Tuan Pn. Salina Bt Shuib Guru Penolong Kanan 1, SMK Trolak En. Muzamil B Sulaiman Guru Penolong Kanan HEM, SMK Trolak Pn. Salmiah Bt Ishak Guru Penolong Ko-kurikulum, SMK Trolak En. Tajul Azhar B Baharudin Pengerusi KGKT Wabarakatuh dan TINDAKAN

Pembuka kata

Barisan guru-guru kanan, guru-guru kaunselor, guru cemerlang, AJK KGKT 2009,guru-guru SMK Trolak serta warga SEMETRO yang diraikan sekalian. 3. Tuan-tuan dan Puan-puan yang diraikan sekalian Selamat Datang ke Majlis Jamuan Akhir Tahun KGKT SEMETRO 2009. Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita berkumpul bersama-sama dalam majlis untuk meraikan seluruh warga SEMETRO yang telah berpenat lelah menyumbang bakti yang tidak terhingga sama ada daripada pihak guru, pihak pengurusan dan pentadbiran mahupun kakitangan sokongan yang sentiasa memberikan kerjasama dengan satu matlamat iaitu untuk melahirkan anak-anak didik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 4. Tetak buluh panjang sepuluh Mari dijolok sarang penyengat Angkat tangan jari sepuluh Doa diminta biar selamat Untuk itu pihak majlis menjemput ustaz _________________untuk membacakan doa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Jutaan terimaa kasih kepada ustaz jamaluddin atas bacaan doa itu tadi. 5. Tuan-tuan dan puan-puan warga SEMETRO yang diraikan sekalian, Adat berbahasa menyampaikan pesan, Adat upacara menyampaikan ucapan alu-aluan. Sebagai pembuka bicara, pemanis kata, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Tajul Azhar B Baharudin selaku Pengerusi KGKT SEMETRO 2009 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alualuan itu tadi.... Hadirat hadirat sekalian, Kalau dilipat sebesar kuku Kalau dibentang seluas alam Yang jauh diimbau Yang dekat digamit Bacaan doa oleh Ustaz _________________

Seuntai salam sejambak kata Degup bicara, merisik rasa. Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang berusaha Tn Hj Md Nasir B Moin, Pengetua SMK Trolak untuk menyampaikan ucapan alualuan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.... Sejambak kata seulas bicara Santun melayu tinggi nilainya Amanat diberi sungguh berharga Menjadi pegangan kita semua Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Md Nasir B Moin, Pengetua SMK Trolak diatas ucapan itu tadi . Tuan-tuan dan puan-puan sekalian; Mendung cuaca tidak beralih Jemuran sidaian dibawah redupan Hadirnya tuan puan penyeri majlis Molek kiranya majlis diteruskan Berbaju kebaya tak lupa berselendang Untuk meraikan hari gemilang Pelbagai juadah telah dihidang Apalah kiranya jangan dipandang Makan sirih tidak berpinang Pinang dikait ditepi muara Juadah kini telah terhidang Sudilah kiranya menjamu selera Hadirin yang diraikan sekalian, majlis menjemput dan mempersilakan hadirin dan hadirat sekalian untuk menjamu selera. Cabutan bertuah Tuan-tuan dan puan-puan ahli KGKT yang dihormati sekalian. Tibalah kepada acara kemuncak Majlis kita pada malam ini iaitu acara cabutan nombor bertuah. Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama, Kok Kok Kok Kok berkayuh dah sampai ke muara berenang dah sampai ke tepian berlari dah sampai ke garisan berjalan dah sampai ke penghujung... Selingan lagu akan dimainkan @ karaoke

Musim kenduri pergi ke kedah Pengat setitik buburnya berangan Majlis kini berakhir sudah Kasihnya taulan diluntur jangan Mangkuk jorong pinggan jorong Si jorong berisi buah jati Dua tiga kata terdorong Jangan masukkan ke dalam hati Dengan kata-kata serta 2 rangkap pantun itu tadi, maka..... Selesailah sudah Majlis Jamuan Akhir Tahun KGKT 2009 SMK Trolak. Bagi pihak warga kerja KGKT dan semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam mengurus dan menjayakan Majlis pada hari ini, saya sebagai pengacara majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat berjumpa kembali di lain masa dan tempat. Saya sudahi dengan: Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.