The present document can't read!
Please download to view
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Teks pengacara Hari Q 2014.doc

by sazilah

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

1

views

Comments

Description

Download Teks pengacara Hari Q 2014.doc

Transcript

Teks pengacara Mesyuarat PIBG SK Sebatu kali ke-37 2013. Mengumumkan ketibaan , Yang berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj Abu, Pengerusi JKKK Kg. Sebatu, dengan diiringi oleh En. Hairudin bin Ngadiron, Yang Dipertua PIBG SK Sebatu, Pn. Lamah bt Salleh, Penolong Kanan Kurikulum SK Sebatu serta semua Penolong Kanan SK Sebatu. Assalammualaikun wbt. Yang Dialu-alukan , Dr. Ahmad bin Hj Abu, Pengerusi JKKK Kg. Sebatu, Yang Berusaha , En. Hairudin bin Ngadiron, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sebatu, Yang Berbahagia, ,Pn. lamah binti Salleh, Penolong Kanan Kurikulum SK Sebatu , Guru-guru Penolong Kanan, AJK-AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Sebatu, guru-guru, ibu bapa seterusnya para hadirin dan anak didik yang dikasihi sekalian. Salam Satu Malaysia, Salam Melaka maju Negeriku saying, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka maju Fasa 2. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam Sembah selamat datang Sudi Tuan ke majlis kami. Alhamdulillah , marilah kita bersama-sama melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang berbahagia, ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi menjayakan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sebatu tahun 2014. Bagi seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sebatu , kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj. Abu, Pengerusi JKKK Kg. Sebatu bagi merasmikan majlis pada pagi ini, serta semua tetamu sekalian  ke majlis kita pada petang ini. Sesungguhnya kehadiran hadirin sekalian amatlah bermakna bagi menyokong dan mendorong pelajar sekolah ini ke arah memantapkan dan melahirkan pelajar yang cemerlang. Hadirin sekalian, Bagi memulakan majlis pada pagi ini, dijemput Ustaz Noramin bin Said untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Normin bin Said atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada petang ini berjalan lancar dan mendapat berkat daripada Allah s.w.t. Seperti yang diketahui oleh hadirin sekalian, Hari Anugerah Kecemerlangan pada kali ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan , sokongan dan dorongan serta sebagai suntikan semangat kepada pelajar untuk berjaya dengan lebih cemerlang serta dalam usaha bagi merealisasikan hasrat agar visi dan misi sekolah ini dapat dicapai. Hadirin sekalian, Kita mulakan acara pada pagi ini dengan persembahan oleh murid Prasekolah. Murid-murid ini di bawah pimpinan dan didikan Pn. Hanipah bt. Hasbollah dan Pn. Norhidayah bt. Abd Rahman. Marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan menarik daripada anak-anak Prasekolah . Dipersilakan. Begitulah tadi persembahan menarik daripada murid-murid Prasekolah Tahun 2014. Kepimpinan diteladani, Program dirancang dan direalisasi, Muafakat kata menjadi paksi, Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam mimpi. Bagi meneruskan acara kita pada kali ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Pn. Lamah bt Salleh, Penolong Kanan Kurikulum SK untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan. Begitulah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Pn. Lamah bt Salleh, Penolong Kanan SK Sebatu. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi. Hadirin sekalian, Dalam suka ada duka, setiap aktiviti penglibatan tidak terkecuali, sentiasa memberi sumbangan dan sokonga serta dorongan , agar segala perancangan dapat direalisasikan bersama. Bagi menghargai segala sokongan daripada pihak PIBG SK Sebatu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, En Hairudin bin Ngadiron, YDP PIBG SK Sebatu untuk menyampaikan ucapan sempena Hari Anugerh Kecemerlangan SK Sebatu Tahun 2014. Dipersilakan. Begitulah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh En. Hairudin bin Ngadiron, YDP PIBG SK Sebatu. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi. Kini tibalah masa yang dinanti, iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj. Abu, Pengerusi JKKK Kg Sebatu. Majlis dengan sukacita mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Ahmad Fauzi untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari anugerah Kecemerlangan SK Sebatu tahun 2014. Dipersilakan. Terima kasih atas ucapan dan kesudian Doktor merasmikan Hari anugerah Kecemerlangan SK Sebatu tahun 2014. Hadirin sekalian, dengan ucapan perasmian itu tadi, maka dengan rasminya, Mesyuarat Agong PIBG akan dimulakan sebentar lagi. Namun sebelum Mesyuarat Agong PIBG kali ke-37 ini dijalankan, suka untuk saya memaklumkan, bahawa, walaupun sekolah ini adalah sekolah yang terletak di luar bandar, tetapi dengan usaha yang gigih dan berterusan oleh guru-guru serta dengan adanya sokongan oleh ibu bapa pelajar sekolah ini sma ada melalui Persatuan PIBG, Persatuan ALUMNI dan sebagainya, kecemerlangan dalan kalangan pelajar sentiasa dapat dihasilkan, dengan adanya murid yang mencapai kejayaan cemerlang iaitu 5A di dalam peperiksaan UPSR. Prestasi keseluruhan juga sentiasa meningkat dan kita mengharapkan agar peningkatan itu dapat direalisasikan dengan kelulusan 100% pada tahun ini, dan tahun-tahun akan datang. Insya-Allah. Bagi menghargai kejayaan murid-murid sekolah in yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan ibu bapa mereka, pihak PIBG akan memberikan hadiah tanda penghargaan kepada semua murid yang berjaya mendapat 5A dan 4A dalam peperiksaan UPSR tahun 2012. Untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang ini, majlis dengan hormatnya menjemput, En. Kamaruzaman bin Tawi, Guru Besar SK Sebatu bagi mengiringi Dr. Ahmad Fauzi bin Hj.Abu , Yang Dipertua Persatuan ALUMNI SK Sebatu untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar cemerlang. Pelajar yang mendapat 5A: i. Nur Amirah Nadiah bt. Abd. Ghani ii. Nur Athirah bt. Othman Kedua-dua pelajar ini bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga dalam bidang kokurikulum, malahan sering mewakili sekolah dalam pelbagai jenis pertandingan yang diadakan. Tahniah dan syabas kepada kedua -dua pelajar ini. Ini jelas membuktikan, bahawa kecermerlangan dalam kokurikulum itu sebenarnya seiring dengan kecemerlangan dalam pelajaran . Namun usaha dan semangat gigih juga diperlukan. Seterusnya, seramai 7 orang pelajar lain turut cemerlang dengan mendapat 4A 1B dan 4A 1C dalam peperiksaan UPSR yang lepas (2012). Kesemua mereka adalah murid target yang disasarkan oleh pihak sekolah untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Pelajar tersebut ialah : i. Danial Fikri Wirahadi bin Mohd. Zaini ii. Khairul Fitri bin Mazlan iii. Nur Aina Shahirah bt. Azaman iv. Siti Aisyah Asmahan binti Azali v. Nasrul Azim bin. Mohd. Diah vi. Nurul Atiqah bt. Abdullah vii Nursyatirah Hanim binti Abdullah. Terima kasih kepada Dr. Ahmad Fauzi kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR bagi tahun 2012 sebentar tadi. Kepada semua anak-anak murid jangan lupa, kejayaan yang diperolehi adalah berkat usaha serta doa daripada ibu bapa dan guru-guru. Bakat bukan sebarang bakat, Bakat diasuh oleh guru; Berkat bukan sebarang berkat, berkat doa ibu bapa dan guru. Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR tahun 2012. Marilah kita sama-sama berdoa agar semua anak-anak kita terus cemerlang dan semakin gemilang ada masa akan datang. Seterusnya, majlis menjemput En. Hairudin bin Ngadiron, Yang Dipertua PIBG SK Sebatu, untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj. Abu atas kesudian beliau merasmikan majlis Mesyuarat Agong PIBG SK Sebatu kali ke-37 ini. Dipersilakan. Terima kasih Kepada En. Hairudin kerana menyampaikan cenderahati itu tadi. Sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Yang Dipertua PIBG SK Sebatu , En. Hairudin bin Ngadiron , saya mewakili pihak majlis amat berbesar hati dan berharap agar semua ibu bapa dan hadirin yang hadir dapat menunggu sehingga selesai mesyuarat ini kerana pada akhir mesyuarat ini ada cabutan nombor bertuah dan pihak jawatankuasa telah menyediakan sebanyak 20 hadiah cabutan nombor bertuah. Tambahan lagi menu jamuan pada kali ini amat membuka selera. Dengan itu, saya menyerahkan majlis kepada En. Hairudin bin Ngadiron, Yang Dipertua PIBG SK Sebatu untuk memulakan Mesyuarat Agong PIBG pada kali ini. Dengan itu maka berakhirnya majlis kita pada pagi ini. Dipersilakan YB Datuk dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar , serta semua GPK untuk menikmati jamuan yang disediakan. Dipersilakan. Kami bagi pihak majlis ingin memohon maaf andai sepanjang majlis ini berlangsung ada tersalah kata atau menyinggung mana-mana pihak. Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak, terutama semua guru yang telah memberikan kerjasama bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar serta ibu bapa atau penjaga yang hadir pada kali ini. Akhir kata wabillahitaufik wassalammualaikum w.b.t
Fly UP