The present document can't read!
Please download to view
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Teks Pengacara Hari Guru 2015

by wak90

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

3

views

Comments

Description

tentatif
Download Teks Pengacara Hari Guru 2015

Transcript

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT 2015 Pengumuman …Assalamualikum wbt..selamat sejahtera.. Tuan2 dan puan2.. Disini ada beberapa makluman yang ingin kami sampaikan… 1. Mohon kerjasama  semua warga dewan untuk mematikan telefon bimbit atau menukar kepada mode senyap sebaik sahaja majlis bermula. 2. Hadirin juga dimohon untuk tidak meninggalkan majlis sehingga tetamu kehormat kita meninggalkan dewan.. kerjasama semua sangat2 diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Zulkurnain bin Hj. Kamisan Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor. Nyanyian Lagu: - Bangsa Johor - Selangkah Ke Hadapan Para hadirin dipersilakan  duduk Solutasi: Assalamualaikum wbth…Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia , Salam Muafakat Johor Istana kota sebelas tingkat Tempat baharu nakhoda pekan Sama kata sama sepakat Hari guru kita  raikan. Hendak disimpan bunga selasih Beralas sutera di dalam peti Menuai budi bersulam kasih Jasamu guru bertakhta di hati. Batu permata tidak terbilang Bersinar Indah di atas pa Guru aktif dan inovatif sentiasa cemerlang Membina Ilmu Menyempurna Akhlak Duduk santai di atas kerusi Minum air beralas dulang Pencetus kreativiti Penjana Inovasi Pelajar Cemerlang Negara Terbilang Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada petang ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat  bagi tahun 2015  yang bertemakan ‘Guru :Pembina Ilmu Menyempurna Akhlak....’. Salam keberkatan dan selamat datang diucapkan khasnya kepada .. · Yang Berhormat Dato Zulkurnain bin Hj. Kamisan Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor. · Yang Berusaha En. Ab Rahim bin Lamin Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat · dif-dif kehormat, dan jemputan · tuan-tuan pengetua, · para guru besar, · guru-guru yang dihormati · seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian -Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. -Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Bacaan Doa: Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi; Doa dibaca memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa diberkati. -Bagi memberkati majlis pada malam ini, majlis dengan sukacitanya menjemput  Ustaz Tn. Hj Maskor bin Haji Abas  untuk memimpin bacaan doa.memohon keselamatan dan keredhaan Allah dan selanjutnya membaca doa makan. Dipersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Tn. Hj Maskor bin Haji Abas  atas  bacaan doa sebentar tadi. Makan/ persembahan Demikianlah rangkaian lagu medley 1. Terima Kasih Cikgu 2. Kami Anak Merdeka dan 3. Guru Anak Kampung yang dipersembahkan oleh Kumpulan Koir dari SMK Sultan Abdul Jalil. Kumpulan Koir ini diketuai oleh Pn Khalisah bt Zulkifli dibawah pimpinan En Mohd Ridzuan b Lebai Ariffin Majlis merakamkan jutaan terima kasih . Ucapan: Tuan2 dan puan2 para hadirin yang dimuliakan -Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En. Ab Rahim bin Lamin Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat  bagi menyampaikan ucapan alu-aluan ‘Malam Cinta Guru’ sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014. Dipersilakan tuan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Abd Rahim bin Lamin Pegawai Pendidikan  Daerah Batu Pahat di atas ucapan sebentar tadi.  Ucapan Perasmi Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin Zaini Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor. Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan ‘Malam Cinta Guru’ sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan. Terbang melayang si anak kedidi, terima kasih di ucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin Zaini Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor di atas ucapan itu tadi. (GIMIK PELANCARAN) & (MULTIMEDIA) Bacaan Ikrar / Presiden dan Pengerusi PEKASAM - EN. RASHID BIN SULAIMAN MAJLIS GURU BESAR - EN HAMZAH BIN JAMAK MAJLIS GABUNGAN GPK 1 - EN. ABD RAHMAN HASSAN MAJLIS GABUNGAN GPK HEM – TN HJ TAAT BIN KASRIN MAJLIS GABUNGAN GPK KOKURIKULUM - EN ABU ZAYIN BIN ABDULLAH MAJLIS GURU BESAR SJKC - EN. SOH LIP SOON Nyanyian lagu Guru Malaysia Tuan-tuan dan puan-puan Penyampaian Anugerah Tuan-tuan dan puan2 Para hadirin yang dihormati sekalian Acara diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada  guru-guru. Dengan itu  majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Abd Rahim bin Lamin Pegawai Pendidikan  Daerah Batu Pahat untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin Zaini Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor. Untuk menyampaikan anugerah pada ‘Malam Cinta Guru’ sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014.Dipersilakan tuan. · Guru Inovatif · Guru Aktif dan Kreatif · Tokoh Guru 2014 Penyampaian cenderamata Maju Bangsa Kerana Bahasa, Adap Menghiasi Jambangan Jiwa; Ingatan Diberi Tidak Seberapa, Penghargaan Tanda Pernah Bersua. Kepada tuan Timbalan yg sudi hadir pada malam ini diucapkan jutaan terima kasih. Tiada ungkapan selayaknya pengganti masa dan keikhlasan tuan Tiada Hanya cenderamata tanda kenangan Bukti dan Saksi sebuah pertemuan Malam Cinta Guru pd mala mini yg begitu cemerlang. Lagu Negaraku /Penutup           Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Abd Rahim bin Lamin Pegawai Pendidikan  Daerah Batu Pahat untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin Zaini Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor. Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Bersenjatakan pena keramat Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat Melangkah sang guru penuh semangat Ke gelanggang Pendidikan untuk berkhidmat Dengan satu misi dan matlamat Semoga  jasa guru mendapat rahmat Demikian sifat guru berkualiti Kerana sememangnya Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda Sebelum majlis menutup tirainya Terima kasih daun keladi Panjang umur kita sambut lagi Buat guru kami  sudahi Selamat hari guru buatmu dikasihi Jasa guru terpahat dihati Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku Sekuntum terima kasih kami berikan, Sebagai mengharumkan hatimu yang suci, Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati, Menjadi insan bijak bestari, Engkau pencetus evolusi kami, Terimakasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang berarti tuk hari depan Terimakasih cikgu yang telah membantukami memahami sebuah realiti kehidupan. Terimakasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup dalam kegelapan Terimakasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dada Terimakasih cikgu yang tak pernah menyerah membimbing kami menjadi manusia-manusia tangguh Terimakasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang BERSENJATAKAN PENA KERAMAT BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT SEMOGA  JASA GURU MENDAPAT RAHMAT DEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITI KERANA SEMEMANGNYA.. GURU PENJANA TRANFORMASI  PENDIDIKAN NEGARA. TINGGI BUKIT SILANG GEMILANG AIR PASANG TENANG-TENANGAN BUDI SEDIKIT TIDAKKAN HILANG DALAM HATI KENANG-KENANGAN TERIMA KASH DAUN KELADI PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI BUAT GURU KAMI  SUDAHI SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI JASA GURU TERPAHAT DIHATI Maju Bangsa Kerana Bahasa,                                       Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;                              Ingatan Diberi Tidak Seberapa,                                       Penghargaan Tanda Pernah Bersua.           Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........ untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia .............,dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang Berbahagia......................,dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Sidang dewan yang dimuliakan, Andai berkayuh dah sampai ke seberang Andai memanjat dah sampai ke pucuk Andai mendaki dah sampai ke puncak Setiap yang bermula pasti akan berakhir Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini sebagai penutup bicara, Sisir pelepah meraut lidi, Menganyam daun atap jerami, Yang indah, yang berseri bawalah pergi Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami. Dagang singgah membeli kajang, Tambat perahu di muara Deli. Kalau ada umur yang panjang, InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi. Teratai Melati Melur dan Mawar, Bunga-Bungaan Harum dan Wangi, Guru Laksana Pelita Pelajar, Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.
Fly UP