...

Teks Pengacara Forum

by anis-nasri

on

Report

Category:

Documents

Download: 1

Comment: 0

14

views

Comments

Description

tajuk gejala sosial
Download Teks Pengacara Forum

Transcript

Bismillah Hirrahmanirrahim.... Alhamdulillahhirabbilalamin... Wassolatuwassalamuala alihi wasohbihi ajmain. *** Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. *** Melayang serindit di atas permatang,  Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang,  Awal BismilLah pembuka bicara. Dari Raub pergi ke Pontian, Terus pula ke Kuala Perlis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan Majlis. (KALAU ADA) Yang Berusaha PUAN ROSMAHWATI BINTI ABDUL HAMID, GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM, merangkap Guru Besar SK KAJANG UTAMA Yang berbahagia, ENCIK MOHD SYAHMI BIN ZAMRI, SELAKU MODERATOR FORUM “TELADANI AKHLAK RASULULLAH S.A.W pada hari ini. Yang berbahagia, AHLI-AHLI PANEL FORUM IAITU SAUDARI CHE NUR HIDAYAH BINTI SAUFI DAN NOR HASANAH BINTI REMELI, (kalau ada) Yang dihormati guru-guru Penolong Kanan, Para guru, serta semua murid-murid tahun 4 dan 5 sekolah kebangsaan kajang utama yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t. *** Sarung ketupat berisi inti,  Dibawa budak sambil berlari,  Kehadiran semua sangat dihargai,  Moga Majlis bertambah seri. Bunga mawar cantik tersemat,  Dipetik gadis di tepi titi, Doa dibaca memohon Rahmat,  Moga Majlis sentiasa diberkati. Oleh itu, bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput SAUDARA MOHAMAD FAIZUDIN BIN ABDUL LATIF  untuk membacakan doa. Dipersilakan. Aamiin2, ya robbal ‘aalamin... Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA MOHAMAD FAIZUDIN BIN ABDUL LATIF atas bacaan doa itu tadi. *** Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, tujuan kita berhimpun di dewan ini pada pagi yang indah ini adalah untuk mendengar sebuah forum yang bertajuk “Teladani Akhlak Rasulullah S.a.w.” yang akan disampaikan oleh guru-guru pelatih sekolah kebangsaan kajang utama. Oleh itu, semua murid diminta menyediakan bahan catatan untuk mencatat segala ilmu yang akan disampaikan oleh ahli-ahli panel kerana pada akhir forum nanti akan diadakan satu kuiz spontan untuk semua murid tahun 4 dan 5. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara. Oleh itu, bagi tidak membuang masa, saya selaku pengacara majlis dengan ini menyerahkan majlis ini kepada saudara Mohd Syahmi Bin Zamri selaku moderator forum “teladani Akhlak Rasulullah S.A.W.” untuk memulakan forum. Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan. Forum. Alhamdulillah, Terima kasih diucapkan kepada saudara moderator dan kedua-dua ahli panel atas forum yang telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain. KUIZ SPONTAN Baiklah, sekarang kami akan mengadakan kuiz spontan kepada semua murid. Soalan yang diberikan adalah sebanyak 10 soalan sahaja. Mana-mana murid yang ingin menjawab, sila terus tampil ke hadapan. Soalan pertama: Soalan kedua hingga seterusnya, Tahniah kepada semua murid yang pantas tampil ke hadapan dan menjawab soalan kuiz dengan betul. Berikan tepukan yang gemuruh kepada diri masing-masing. PENUTUP Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat mempelai direnjis dipilis, Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah kita di penghujung Majlis. Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan forum kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah SWT. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian semua untuk hadir memeriahkan Forum “Teladani Akhlak rasulullah saw” ini. Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli,  Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali. Marilah sama-sama kita akhiri majlis forum pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al  ‘Asr. Majlis bersurai.
Fly UP