14
1 TEKS PENGACARA MAJLIS FORUM PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 TARIKH : 15 MEI 2015 (JUMAAT) MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, ALOR SETAR, KEDAH

TEKS PENGACARA FORUM PENDIDIKAN

  • Upload
    hairi65

  • View
    859

  • Download
    19

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TEKS PENGACARA FORUM PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015

Citation preview

14

TEKS PENGACARA MAJLISFORUM PENDIDIKANSEMPENASAMBUTAN HARI GURUPERINGKAT KEBANGSAAN 2010TARIKH : 15 MEI 2015 (JUMAAT)MASA : 3.00 PETANGTEMPAT : DEWAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, ALOR SETAR, KEDAH

TEKS PENGACARAAN MAJLIS FORUM PENDIDIKAN 2015AKTIVITITEKS

Pengacara majlis membuat pengumuman tatasusila majlis kepada hadirinDi sini ada beberapa pengumuman. Mohon kerjasama hadirin agar tidak membuat bising atau berbual-bual semasa majlis sedang berlangsung.Sila matikan telefon bimbit anda atau diletakkan dalam mod senyap.

Pengumuman tentang UjanaSebagai makluman jemputan budiman, di luar ini ada Ujana Buku DBP (Ujana merupakan perkataan Sasnkrit yang bermaksud Taman), iaitu Toyota Hilux yang telah diubah suai menjadi van istimewa untuk memasarkan buku-buku terbitan DBP. Kepada seluruh jemputan dipersilakan untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP melalui Ujana DBP yang menawarkan buku-buku dengan harga istimewa. Jangan lepaskan peluang keemasan ini

Acara 1Mengumumkan ketibaan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MalaysiaMengumumkan ketibaanYbhg. Dato Haji Ahmad Tajuddin bin JabTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Operasi Pendidikan)Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diiringi olehYbhg. Professor Dr. Zaharani bin AhmadTimbalan Ketua Pengarah (Dasar)Dewan Bahasa dan Pustaka

Ybhg. Tuan Haji Mohd Mustafa bin AhmadPengarahInstitut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Ybhg. Tuan Haji Asmi bin TajuddinKetua Sektor Pengurusan AkademikJabatan Pendidikan Negeri Kedah

Ke Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015.

(LAGU NEGARAKU)

Para tetamu kehormat, dif-dif jemputan dan para hadirin dipersilakan duduk.

Acara 2Bacaan doaTuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Tangan ditadah penuh inayahMajlis dibuka penuh rahmatMohon keberkatan serta hidayahMoga majlis senantiasa selamat

Untuk itu dijemput Al-fadhil UstazTuan Haji Othman Azumi bin AhmadPensyarah, Jabatan Pengajian Islam dan MoralInstitut Pendidikan Guru Kampus DarulamanUntuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin-amin ya Robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Al-fadhil UstazTuan Haji Othman Azumi bin Ahmad atas pimpinan doa sebentar tadi

Acara 3Alu-aluan Pengacara MajlisBismillah......Assalamualaikum wbt

Bermula majlis dengan basmalahLambang berkat adat temurunAdat kita menyambut tetamuSalam dihulur mesra bertamuHamparkan tikar lebarkan pintuPemanis bicara aluan didahulu

Ybhg. Dato Haji Ahmad Tajuddin bin JabTimbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia(Bahagian Operasi)Kementerian Pendidikan Malaysia

Ybhg. Professor Dr. Zaharani bin AhmadTimbalan Ketua Pengarah (Dasar)Dewan Bahasa dan Pustaka

Ybhg. Tuan Haji Mohd Mustafa bin AhmadPengarahInstitut Pendidikan Guru Kampus DarulamanYbg. Tuan Haji Asmi bin TajuddinKetua Sektor Pengurusan AkademikJabatan Pendidikan Negeri Kedah

Yang berbahagiaPengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri

Yang dihormati,Ketua-ketua JabatanAhli-ahli Jawatankuasa Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015Kontinjen-kontinjen pendidikan dari seluruh negaraPengetua-pengetua, guru-guru besar,Guru-guru, pelajar-pelajar danHadirin hadirat yang dimuliakan

Salam 1 Malaysia, Salam Kedah Aman Makmur dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu sebagai mewakili Jawatankuasa Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudiaan Ybhg. Dato Ahmad Tajuddin bin JabTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Operasi Pendidikan)Kementerian Pendidikan Malaysia

Menghadiri Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015 yang bertemakan Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Penganjuran forum pendidikan ini bertujuan:1. Untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang sumbangan dan cabaran guru dalam mendidik anak bangsa.

2. memberi kesedaran kepada masyaraakt bahawa pendidik merupakan pemacu pendidikan negara dan masyarakat wajar menghargai sumbangan murni guru ke arah pembangunan pendidikan negara.

3. Memberi pendedahan maklumat kepada masyarakat tentang hasrat kerajaan khususnya tentang fokus sambutan Perayaan Hari Guru Tahun 2015, iaitu Keberhasilan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 hingga 2015

Untuk mengupas dengan lebih lanjut tentang perkara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakanYbhg. Tuan Haji Nadzri bin KaharPenerbit Ekesekutif/ Editor/ Penyampai ASTRO AwaniYang akan bertindak sebagai moderator forum pada hari ini untuk menjemput serta mengiringi barisan ahli panel yang terdiri daripada

1. Ybhg. Professor Madya Dr. Nuraini binti YusuffKetua Penyelaras, Unit Bahasa Melayu,Jabatan Canselori, Universiti Utara Malaysia

2. Ybhg. Professor Madya Dr. Sivamurugan Pandian,PensyarahPusat Pengajian Sains KemasyarakatanUniversiti Sains Malaysia

3. Ybhg. Encik Chai Loon GuanMantan Pendidik di SMK Metodist Tanjong,Jurulatih Nilam Negeri Perak

Untuk mengambil tempat di atas pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Acara 4Baca biodata moderator dan ahli2 panelSebelum forum pendidikan dimulakan, izinkan saya membaca serba ringkas biodata moderator dan ahli-ahli panel forum 1. ModeratorYbhg. Tuan Haji Nadzri bin KaharMerupakan seorang pengacara sering muncul di saluran ASTRO Awani untuk menyampaikan isu-isu semasa yang berlaku di negara kita dan juga di luar negeri. Beliau merupakan Penerbit Eksekutif, Editor dan Penyampai di saluran ASTRO Awani

2. Ybhg. Professor Madya Dr. Nuraini binti Yusuff dilahirkan di Cameron Highlands, Pahang. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru dan seterusnya bertugas sebagai pensyarah di Institut Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada tahun 1987 beliau mula berkhidmat di Universiti Utara Malaysia hingga kini. Beliau berkelulusan B.A. (Hons), Dip. Ed, dan M.Ed daripada Universiti Malaya. Beliau kemudiannya berjaya memperoleh PhD daripada University of Hull. Beliau kini mengendalikan kursus dalam bidang pendidikan bahasa, Bahasa Melayu dan kesesuasteraan.Beliau boleh dihubungi melalui e-mel [email protected]. Ybhg. Professor Dr. Sivamurugan PandianMerupakan pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. Beliau telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya (Antropologi & Sosiologi) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Aoyama Gakuin, Jepun (Politik Antarabangsa). Beliau kemudian kembali ke Universiti Malaya (Sosiologi Politik) untuk pengajian peringkat kedoktoran beliau. Penyelidikan beliau tertumpu dalam bidang kepimpinan, tingkah laku politik/pilihan raya, dan hubungan etnik. Antara buku penulisan beliau yang boleh ditemui di pasaran adalah buku Legasi Mahathir; buku Isu-Isu Sosial di Malaysia; buku Agenda Pembangunan Sosial Ke Arah Pembentukan Masyarakat Sejahtera dan Saksama; buku Abdullah Ahmad Badawi: Tiga Tahun di Putrajaya; Managing Success in Unity; Voting Behaviour In The Permatang Pauh Parliament Constituency; serta Kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi dan Transformasi Kesejahteraan Sosial Negara. Buku suntingan Hubungan Etnik Di Malaysia: Warisan, Watan Dan Wawasan terbitan IKLIN, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional dilancarkan pada Isnin lalu.Beliau juga merupakan salah seorang peserta US Government International Visitor Leadership Program; penerima ASEAN Republic Of Korea Academic Exchange Fellowship; Sumitomo Foundation, Japan Fellowship; Visiting Fellow di University of Tokyo, Jepun; Seoul National University dan SungKyunKwan University, Korea Selatan. Tahun 2014 beliau menerima JASSO fellowship dari kerajaan Jepun dan mulai Julai sehingga Ogos 2015, beliau akan berada di Tokyo di bawah Japan Foundation Fellowship.Beliau merupakan salah seorang penerima anugerah Tokoh 1 Malaysia dari kerajaan Malaysia; menganggotai Panel Penasihat Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional; Panel Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan; Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia; dan kini adalah ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia; Ahli Jawatankuasa Think Tank Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan; Ahli Jawatankuasa Think Tank Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri dan Karyawan Tamu Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia serta kolumnis Pena Dr.Siva Utusan Malaysia. Beliau juga banyak menyumbang penulisan dalam akhbar tempatan dan majalah selain daripada jurnal-jurnal akademik tempatan dan antarabangsa. Beliau boleh dihubungi di [email protected]. Ybhg. Encik Chai Loon GuanBeliau dilahirkan pada 9 Februari 1960 di Tanjung Malim, Perak Darul RidzuanMemulakan kerjaya guru pada 4 Januari 1982 sehingga 1 Mac 2015. Beliau mendapat pendidikan daripada Maktab Perguruan Ilmu Khas, Maktab Perguruan Raja Melewar Institut Aminudin Baki, Institut Bahasa dan Rancangan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2002, 2009 dan 2014), Anugerah Khas Hari Guru Daerah Batang Padang (2007) Munsyi Dewan (2008), Guru Cemerlang Bahasa Melayu (2008), dan Anugerah Pingat Penghormatan Guru Negeri Perak (2013).Beliau menekuni dalam bidang penulisan sajak, cerpen dan esei Bahasa Melayu yang termuat dalam beberapa akhbar dan majalah terkemuka di Malaysia.Beliau turut memenangi beberapa hadiah Sayembara Sastera. AntaranyaHadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008-2009 dan Hadiah Sastera Darul Ridzuan IV 2014Karya-karya sastera telah diterbitkan dalam beberapa antologi, baik antologi individu mahupun antologi bersama.

Acara 5Forum PendidikanDengan ini, majlis menjemput Ybhg. Tuan Haji Nadzri bin Kahar untuk mengendalikan forum pendidikan kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Acara 6Selesai acara forumMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ybhg. Tuan Haji Nadzri bin Kahar, Ybhg. Professor Madya Dr. Nuraini binti Yusuff, Ybhg. Professor Madya Dr. Sivamurugan Pandian dan Ybhg. Encik Chai Loon Guan di atas kesudiaan menjayakan Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015.

Mawar putih mekar berseriCantik terserlah penyeri lamanJunjungan kasih kalungan budiTerpahat indah manis kenangan

Tiada kata secantik bahasaHendak diluah segala rasaSempurna sudah majlis bermaknaPasti dikenang sepanjang masa

Terima kasih yang tidak terhinggakepada semua warja kerja Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015

Tersilap tersalah harap diampunTerkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kataSelamat Hari Guru dan Salam 1 MalaysiaSekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Acara 7Jamuan ringan

Majlis seterusnya mempersilakan Ybhg. Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman untuk menjemput serta mengiringi Ybhg. Dato Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan tetamu kehormat lainnnya ke majlis jamuan ringan di Bilik Santapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan

Pengumuman tentang UjanaSekali lagi, sebagai makluman jemputan budiman, di luar ini ada Ujana Buku DBP (Ujana merupakan perkataan Sasnkrit yang bermaksud Taman), iaitu Toyota Hilux yang telah diubah suai menjadi van istimewa untuk memasarkan buku-buku terbitan DBP. Kepada seluruh jemputan dipersilakan untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP melalui Ujana DBP yang menawarkan buku-buku dengan harga istimewa. Jangan lepaskan peluang keemasan ini