Teks Pengacara Anugerah Kualiti Ppendidikan Islam 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ucapan

Citation preview

  • 5/24/2018 Teks Pengacara Anugerah Kualiti Ppendidikan Islam 2014

    BISMILLAHIRAHMIAANIRRAHIIM,

    ASSALAAMU ALAYKOM WRT WBT. ROBBISROH LI SODRI, WAYYASSIRLI AMRI,

    WAH LUL UKDATAN MIN LISAANI YAFQOHU QAULI.

    Yang Berbahagia TN HJ ABDULLAH BIN MD DIN PENGARAH BAHAGIAN

    PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Yang Berusaha EN. NUZRIN BIN NUIMAN Timbalan Pengarah Jab.Pendidikan Negeri

    Perlis, mewakili Pengarah Pendidikan Perlis

    Yang Berusaha TN HJ MUHAMMAD B HJ ABD GHANI, Ketua Sektor Pendidikan

    Islam Jpn Perlis,

    Yang Berbahagia TN.HJ MUHAMMAD ZAKI B. HUSIN, Ketua Sektor Pengurusan

    Dakwah dan Syiar Islam

    Pegawai Pegawai Dari Bahagian Pendidikan Isam Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pengetua-pengetua dan Guru Besar

  • 5/24/2018 Teks Pengacara Anugerah Kualiti Ppendidikan Islam 2014

    Pegawa-pegawai ikhtisas sektor Pendidikan Islam JPN Perlis

    Guru-guru cemerlang., para tetamu

    Para Mursyid dan Mursyidah

    Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang di rahmati

    Allah S.W.T. sekalian.

    Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat

    datang, Awal bismillah pembuka bicara.

    Jejaran mengkudu berbias kesuma, Di celah angsana di Bandaraya; Ucapan Aluan

    pembuka bicara, Di dewan indah kita bersua.

    Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian ke

    KE MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN ISLAM

    SEMPENA DAURAH MURSYID DAN HARI KUALITI GURU PENDIDIKAN ISLAM

    NEGERI PERLIS TAHUN 2014.

    Alhamdulillah, Bersyukur kita ke Hadrat Allah SWT, Kerana dengan Berkat Limpah

    Kurnia-Nya yang tidak terhingga, Dapat kita berkumpul pada hari yang berbahagia ini di

    Dewan Al Faizin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau.yang indah ini,

  • 5/24/2018 Teks Pengacara Anugerah Kualiti Ppendidikan Islam 2014

    UCAPAN PERASMIAN PENGARAH BPI

    HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN;

    Daun semulur di pekan Sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur hajat diberi,

    Mohon tuan sampaikan Kata Perasmi.

    MAJLIS dengan sukacitanya MEMPERSILAKAN Yang Berbahagia Tn. Hj Abdullah bin

    Md Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia

    UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN seterusnya MERASMIKAN Daurah Mursyid dan

    Hari Kualiti Guru Pendidikan Islam Negeri Perlis tahun 2014 MAJLIS DENGAN

    SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN. ******

    Majlis merakamkan UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG

    BERBAHAGIA Tn. Hj Abdullah bin Md Din atas ucapan perasmian itu tadi.

    ********************

    Hadirin Yang Di Hormati Sekalian; Acara di teruskan lagi dengan penyampaian watikah

    Pelantikan Mursyid dan Mursyidah Guru-guru Pendidikan Islam.. Untuk makluman

    para hadirin sekalian seramai 34 orang Guru Pendidikan Islam telah dipilih dan dilantik

    sebagai mursyid dan mursyidah program Bina Upaya Guru-guru Pendidikan Islam

    negeri Perlis. Bagi menyempurnakan acara ini, Majlis dengan segala hormatnya

    menjemput Tn.Hj. Zulkifli bin Deraoh untuk mengiringi Yang Berbahagia En.Nuzrin Bin

    Nuiman, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis untuk menyampaikan watikah

    Pelantikan kepada mursyid dan Mursyidah ******** Dengan ini majlis mempersilakan

    para mursyid dan mursyidah untuk tampil ke pentas. ******* LIST NAMA ******* 1. 2. 3.

  • 5/24/2018 Teks Pengacara Anugerah Kualiti Ppendidikan Islam 2014

    *********** Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En.Nuzrin

    Bin Nuiman, Timbalan Pengarah Pendidikan atas kesudian menyampaikan watikah

    Pelantikan kepada mursyid dan Mursyidah sebentar tadi.

    Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian

    Sekolah adalah merupakan institusi pendidikan yang amat penting bagi melahirkan

    generasi berilmu yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti.Prasarana

    yang lengkap dan selamat adalah aspek penting untuk memastikan murid dapat belajar

    dalam suasana yang ceria dan selesa. Menyedari hakikat dan hasrat tersebut, bermula

    pada tahun 2011 maka Sektor Pendidikan Islam telah merancang dan melaksanakan

    suatu program yang dinamakan Program KILAT iaitu singkatan daripada perkataan

    KIPAS, LAMPU dan TINGKAP.disemua sekolah SMKA dan SABK di negeri Perlis.

    Melalui program ini pihak sekolah di pohon untuk memastikan peralatan asas ini

    sentiasa selamat dan sedia untuk digunakan. Maka bagi merasmikan pelancaran

    Program KILAT ini majlis dengan sukacitanya menjemput Tn.Hj Muhammad bin Hj Abd

    Ghani Ketua Sektor Pendidikan Islam untuk menjemput dan mengiringi Tuan

    Hj.Abdullah bin Md Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan

    Malaysia untuk ke pentas pelancaran..di persilakan

    (Pengarah potong riben.montaj)

    Dengan ini dijemput pengetua dan Guru Besar sekolah SMKA dan SABK untuk

    menerima Banting pelancaran program.Dipersilakan :

    1. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau

    2. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(P) Alawiyah Kangar

  • 5/24/2018 Teks Pengacara Anugerah Kualiti Ppendidikan Islam 2014

    3. Pengetua SMA al Madrasah al Alawiyah ad Diniah Arau

    4. Pengetua Sekolah Agama Al Islahiyah(Men) Behor Mali

    5. Guru Besar Sekolah Agama Al Islahiyah (Ren) Behor Mali

    6. Guru Besar Sekolah Rendah Islam 1

    7. Guru Besar Sekolah Rendah Islam 2 dan

    8. Guru Besar Sekolah Rendah Islam 3

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian aturcara majlis diteruskan lagi

    dengan Penyampaian anugerah mengikut ..

    Bagi anugerah PROGRAM KILAT.

    - Bagi kategori minimum kerosakan KIPAS penerimanya ialah SMKA(P) Kangar

    - Bagi kategori minimum kerosakan Lampu penerimanya adalah..SAIR.dan

    - Bagi kategori minimum kerosakan Tingkap penerimanya adalah.SRI 3

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

    - Seterusnya anugerah PENCAPAIAN KHATAM AL-QURAN TERBAIK 2013SK

    Sg. Berembang

    - =============================

    PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN BPI KPD JPN

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian..

  • 5/24/2018 Teks Pengacara Anugerah Kualiti Ppendidikan Islam 2014

    Bahagian Pendidikan Islam merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan

    Pendidikan Negeri Perlis atas kerjasama dan komitmen yang tinggi yang telah diberikan

    kepada Sektor Pendidikan Islam dan Bahagian Pendidikan Islam. Sebagai tanda

    penghargaan dan terima kasih majlis dengan segala hormatnya menjemput dan

    mempersilakan Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis En. Nuzrin bin

    Nuiman mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Perlis untuk menerima sijil penghargaan

    **********************************

    Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasaseterusnya sebagai

    tanda penghargaan dan terima kasih majlis dengan segala hormatnya sekali lagi

    menjemput tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis En.Nuzrin bin Nuiman

    untuk menyampaikan cenderahati kepada yang berbahagia Tn Hj. Abdullah bin Md.Din

    Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Majlis merakamkan ribuan terima kasih.(Pengarah BPI dan Timbalan turu n)

    +++++++++++++++++++++++++++++++++

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian dengan berakhirnya

    penyampaian hadiah itu tadi maka Majlis kita sudah sampai ke pengakhirannya; Majlis

    sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada Penerima Anugerah serta ucapan

    penghargaan dan terima kasih atas kehadiran para hadirin.

    Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak

    elok tinggallah di sini.

  • 5/24/2018 Teks Pengacara Anugerah Kualiti Ppendidikan Islam 2014

    Harumanis sedap rasanya, Harganya mahal tidak terkira; Kalau tersilap tutur bicara,

    Jemari disusun maaf dipinta..Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

    Majlis mempersilakan Ketua sektor pendidikan Islam untuk menjemput Pengarah

    Bahagian Pendidikan Islam,Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pengetua2

    Guru Besar, penerima2 hadiah ke dewan jamuan

    Marilah sama-sama kita akhiri majlis dengan tasbih kafarah dan suratul asr

    Sekian wabillahi taufiq walhidayah wassalamua alaikum warahmatullahi wabarakatuh.