teks pengacara

  • Upload
    luvfy

  • View
    2.346

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SUNGAI DUA, KARAK. HARI KANAK-KANAK 2010 TEKS PENGACARA MAJLIS salam sejahtera.... Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Hari Kanak-kanak SJK(C) Sungai Dua Tahun 2010 . Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam dewan. UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong. (Cue) YB mengambil tempat. Lagu Negaraku akan berkumandang. Hadirin diminta berdiri dan turut sama menyanyi. UCAPAN PROTOKOL (Cue) Apabila YB dan semua dif jemputan duduk Yang Berhormat Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong. Yang Berusaha Puan Chua Li Yong, Guru Besar SJK (C) Sungai Dua Yang dihormati, En. Lee Ah Kau, YDP PIBG SJK (C) Sungai Dua serta ahli jawatankuasanya. Dif-dif jemputan, Guru-guru Penolong Kanan, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. UCAPAN ALU-ALUAN Selamat pagi. Terlebih dahulu, kami mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Dato' Seri Liow Tiong Lai ke majlis Hari Kanak-kanak SJK (C) Sungai Dua Tahun 2010. Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua hadirin yang sudi melapangkan masa, hadir dan memeriahkan majlis ini. Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan Puan Chua Li Yong, Guru Besar SJK (C) Sungai Dua untuk melafaz kata mengungkap bicara sepatah dua. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Chua Li Yong, Guru Besar SJK (C) Sungai Dua atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan pula Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong untuk tampil menyampaikan ucapan dan merasmikan Hari Kanak-kanak Tahun 2010. Yang Berhormat dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai atas ucapan perasmian itu tadi. Seterusnya majlis menjemput En. Lee Ah Kau, YDP PIBG SJK (C) Sungai Dua untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan beliau itu tadi. PERSEMBAHAN Bagi meneruskan acara, hadirin akan dihiburkan dengan sebuah tarian yang akan dipersembahkan oleh kanak-kanak prasekolah SJK (C) Sungai Dua. Dipersilakan. Persembahan tarian itu tadi di bawah bimbingan Cik Lee Ying Ying. Majlis mengucapkan terima kasih. Hadirin sekalian, Majlis Hari Kanak-kanak SJK (C) Sungai Dua 2010 diteruskan dengan mempersilakan murid-murid Tahun 3 yang akan menyanyikan sebuah lagu berjudul Dang Wo Men Tong Zai Yi Qi. Dipersilakan. Nyanyian berharmoni itu tadi dibimbing dan dilatih oleh Pn. Ng Hui Yen. Majlis mengucapkan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sekarang, bersama-sama kita saksikan persembahan tarian moden berjudul No body yang akan dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 5 SJK (C) Sungai Dua . Dipersilakan. Untuk makluman hadirin, persembahan tarian moden itu tadi telah dilatih dan dipimpin oleh Cik Chia Mei Teng. Majlis mengucapkan terima kasih. PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID BUDIMAN Para hadirin sekalian, segmen seterusnya adalah penyampaian Anugerah Murid Budiman. majlis mempersilakan Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai untuk naik ke pentas dengan diiringi oleh Puan Chua Li Yong, Guru Besar SJK (C) Sungai Dua. Dipersilakan. Penerima Anugerah Murid Budiman 2010 ialah adik Lim Cin Ming

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan Puan Chua Li Yong, Guru Besar SJK (C) Sungai Dua untuk menyampaikan cenderamata kepada Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai. Dipersilakan. Terima kasih Yang Berhormat. PERTANDINGAN BINTANG KECIL DAN PAKAIAN TERCANTIK KANAK-KANAK Acara pertandingan akan dimulakan sebentar lagi. Para peserta dan tetamu dipersilakan mengambil tempat. Terima kasih. Izinkan saya memperkenalkan tiga orang panel hakim pertandingan. Yang pertama, selaku ketua hakim. Kedua, Ketiga, Keputusan hakim adalah muktamad, dan sebarang bantahan tidak dibenarkan. Pertandingan Bintang Kecil dan Pakaian Tercantik Kanak-Kanak dimulakan dengan menjemput peserta pertama dari kelas Cue Selesai persembahan peserta pertama, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Demikian persembahan penuh kreativiti peserta pertama. Seterusnya majlis mempersilakan peserta kedua dari kelas Cue Selesai persembahan peserta kedua, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Terima kasih. Satu persembahan yang mengkagumkan. Kini tiba giliran peserta ketiga. Peserta dari kelas dijemput. Cue Selesai persembahan peserta ketiga, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Selain terhibur, persembahan peserta ketiga sebentar tadi menampilkan mesej untuk direnungkan. Nampaknya saingan kian hangat. Hadirin hadirat. Mari kita tumpukan perhatian terhadap persembahan peserta keempat dari kelas Cue Selesai persembahan peserta terakhir, dan mereka selamat turun pentas. Dengan berakhirnya persembahan peserta terakhir, debaran kian memuncak. Peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan Pertandingan Bintang Kecil dan Pakaian Tercantik Kanak-Kanak?

Kita beri masa kepada panel hakim untuk memuktamadkan keputusan. Sementara itu kesempatan masa yang ada boleh digunakan untuk berinteraksi dan bertanya khabar dengan para peserta yang hebat-hebat belaka.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN Cue Muzik instumental (cd) dimainkan Setelah hakim menyerahkan keputusan pertandingan, muzik instrumental dihentikan Kini tiba detik yang dinantikan, iaitu pengumuman keputusan yang sudah pun berada di tangan pengacara. Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis saya dengan sukacitanya mempersilakan Puan Chua Li Yong, Guru Besar SJK (C) Sungai Dua mengiringi Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah. Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Diumumkan pemenang ketiga jatuh kepada peserta dari kelas Dipersilakan naik ke pentas. Cue Selesai penyampaian hadiah kepada pemenang ketiga, dan mereka selamat turun pentas Pemenang kedua jatuh kepada kelas Syabas. Dipersilakan. Cue Selesai penyampaian hadiah kepada pemenang kedua, dan mereka selamat turun pentas Pemenang kedua jatuh kepada kelas Syabas. Dipersilakan. Cue Selesai penyampaian hadiah kepada johan , dan mereka selamat turun pentas Terima kasih Y.B. Dato' Seri Liow, dan Pn Chua. Tahniah kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang lain yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman ini satu kenangan manis yang pernah kalian lalui. PENUTUPAN Hadirin, hadirat sekalian, Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis perasmian yang diadakan pada hari ini.

Selepas ini para jemputan, guru dan pelajar dijemput untuk sesi bergambar di perkarangan bangunan dan kemudiannya ke majlis jamuan yang telah disediakan. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Dengan ini majlis bersurai.

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SUNGAI DUA, KARAK. 13 OKTOBER 2010 (SABTU) 8.00 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 9.10 pagi 9.30 pagi Kanak-Kanak Mengambil Tempat Ketibaan Para Jemputan Ketibaan Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong. Lagu Negaraku Ucapan Puan Chua Li Yong, Guru Besar SJK (C) Sungai Dua Ucapan Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong Persembahan Khas Kanak-Kanak Penyampaian Anugerah Murid Budiman Pertandingan Bintang Kecil dan Pakaian Tercantik Kanak-Kanak Penyampaian Cenderamata dan Hadiah. 12.00 t.hari 12.30 t.hari Jamuan Makan Tengahari Majlis Bersurai