12
MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-36 SEK MEN KEB SERI TANJONG, MELAKA (NF: umumkan ketibaan dif kehormat – nyanyian 3 lagu) SN: Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim ADUN Kawasan Pantai Kundor Yang Dihormati Encik Rahman bin Mat Yang Dipertua PIBG Sek Men Keb Seri Tanjong Yang Berusaha Puan Shaleha binti Abdol Pengetua Sek Men Keb Seri Tanjong

teks olahraga 2010

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks pengacaraan sukan tahunan sekolah

Citation preview

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-36

SEK MEN KEB SERI TANJONG, MELAKA

(NF: umumkan ketibaan dif kehormat nyanyian 3 lagu)

SN:

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Yang Berhormat

Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim

ADUN Kawasan Pantai Kundor

Yang Dihormati

Encik Rahman bin Mat

Yang Dipertua PIBG Sek Men Keb Seri Tanjong

Yang Berusaha

Puan Shaleha binti Abdol

Pengetua Sek Men Keb Seri Tanjong

Puan Rosni binti Leman

Guru Penolong Kanan PentadbiranTuan Haji Mohamad Mahbob bin Abdul Mokhsin

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Sahreah binti Md Zin

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Borhan bin Md Nor

Guru Penolong Kanan Program Persediaan Universiti

Barisan guru-guru kanan matapelajaran

Ahli Jawatankuasa PIBG

Guru-guru cemerlang

Guru-guru

Para peserta kejohanan

Warga Seri

Serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Satu Malaysia!Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari yang indah dan penuh ceria ini bagi memeriahkan lagi acara Kejohanan Olahraga Tahunan Sek Men Keb Seri Tanjong kali ke-36 bagi sesi persekolahan 2010.

Bagi pihak warga Sek Men Keb Seri Tanjong, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim, ADUN Kawasan Pantai Kundor atas kesudian tuan melapangkan masa untuk bersama-sama warga Seri dalam majlis pada petang ini.

Pihak majlis juga mengalu-alukan kehadiran Yang Dipertua PIBG Sek Men Keb Seri Tanjong bersama ahli jawatankuasa yang lain, serta semua hadirin ke MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEK MEN KEB SERI TANJONG KALI KE-36 bagi TAHUN 2010.

(NF: perbarisan masuk lintas hormat unit uniform)

SN:

Kini, perbarisan masuk lintas hormat diteruskan lagi dengan pasukan daripada kontinjen rumah-rumah sukan.

TUAH HEBAT PENUH BERGAYA, IBARAT SEMANGAT DATUK HANG TUAH KITA, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Kontinjen ini dipimpin oleh saudara Mohd Fahmi bin Ahmad, selaku pembawa bendera bersama _______ orang ahli, di bawah bimbingan Puan Normah binti Zainal. DI BAWAH PANJI HIJAU YANG MEMUKAU, KONTINJEN RUMAH TUAH!PANTANG UNDUR SEBELUM TEWAS, JEBAT MARA PENUH SEMANGAT PANGLIMA

Kontinjen ini dipimpin oleh saudara Mohd Faris bin Bakri, selaku pembawa bendera bersama _______ orang ahli, di bawah bimbingan Puan Haslina binti Ahmad. DI BAWAH PANJI BIRU YANG CERIA, KONTINJEN RUMAH JEBAT!

TAMPIL BERGAYA GAGAH PERKASA, LEKIR MARA TERUS MARADi bawah bimbingan Puan Mariah binti Jantan, kontinjen ini dipimpin oleh saudara Mohd Safari bin Ahmad bersama pembawa bendera, saudara Mohd Athari bin Aziman, dan disertai _______ orang ahli. DI BAWAH PANJI KUNING YANG BERCAHAYA, KONTINJEN RUMAH LEKIR!

LEKIU KELIHATAN HEBAT, BERJUANG TANPA KENAL ERTI PENAT, TEGUH GAGAH MENCAPAI MATLAMAT

Kontinjen ini dipimpin oleh saudara Mohd Nor Afif bin Mohd Amin, bersama pembawa bendera, saudara Mohd Basir bin Hambali, dan disertai ______ orang ahli. Mereka dibimbing oleh Puan Hajjah Rosiah binti Haron. DI BAWAH PANJI UNGU YANG MEMPERSONA, KONTINJEN RUMAH LEKIU!

KASTURI NAMA DIBERI, SEGAK MENAWAN MEMBAWA MISI, SEMANGAT KESUKANAN MENJADI PAKSI

Kontinjen ini dipimpin oleh saudara Mohd Anuar bin Abd Aziz, bersama pembawa bendera, saudara Mohd Fadzil bin Othman, dan disertai _______ orang ahli, dibimbing oleh Puan Marina binti Hashim. DI BAWAH PANJI MERAH YANG MEMBARA, KONTINJEN RUMAH KASTURI.Biar terik mentari memancarIndah warna menceria suasana

Bendera dikibar teruslah berkibar

Semangat kesukanan membawa jaya

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim kerana sudi menerima tabik hormat sebentar tadi.

(NF: - Bacaan doa

Ucapan pengetua Ucapan YB Haji Abdul Rahaman)

SN:

Sempurna sudah perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Sek Men Keb Seri Tanjong Kali Ke-36 bagi sesi persekolahan 2010. Ribuan terima kasih majlis rakamkan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis kini diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.

Untuk makluman semua, bendera kejohanan pada tahun ini akan dinaikkan oleh pasukan pengakap sekolah Sek Men Keb Seri Tanjong yang diketuai oleh saudara Amirul Qasimmi bin Ali.

(bendera dinaikkan)

Seterusnya, upacara lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh olahragawan sekolah, saudara Mohd Shaffiq bin Sajahan, bersama pembawa bendera bagi setiap kontinjen rumah sukan.(bacaan ikrar)

(PKBM masuk padang buka barisan jemput YB periksa barisan)

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Shaleha binti Abdol, Pengerusi Pengelola Kejohanan, untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim, untuk memeriksa barisan, dan diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan bagi setiap kontinjen yang mengambil bahagian pada petang ini. Majlis mempersilakan.

(Hanafiah-PKBM jemput YB periksa barisan)(YB periksa barisan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk, kerana sudi memeriksa barisan kontinjen sebentar tadi.

(PKBM tutup barisan pusing)

Kini, perbarisan lintas keluar kontinjen

(NF: - Persembahan seni silat gayong

Persembahan pasukan sorak

Tutup majlis perasmian

Mula kejohanan)

ACARA PENUTUPANUpacara penutup Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-36 akan diadakan sebentar lagi. Semua kontinjen diminta masuk ke padang.(KONTINJEN BARIS MASUK PADANG)

Kini tiba saat nya. Debaran semakin dirasai oleh setiap ahli kontinjen perbarisan dan rumah sukan yang terlibat dalam kejohanan olahraga kita pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi acara _______________________________________________. Sebelum itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan _______________________________________________ untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(RUJUK SENARAI KEPUTUSAN)Terima kasih diucapkan kepada ____________________ atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan _______________________________________________ untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah bagi acara ______________________________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(RUJUK SENARAI KEPUTUSAN)

Terima kasih diucapkan kepada ____________________ atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Kini tiba ke acara kemuncak, pengumuman _______________________________________________ bagi Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-36 bagi sesi persekolahan 2010.

Majlis dengan ini menjemput _______________________________________________ untuk mengiringi _________________________________ bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.(RUJUK SENARAI KEPUTUSAN)

Olahragawan: ___________________________________

Olahragawati: ___________________________________

Tempat Ketiga: __________________________________

Tempat Kedua: __________________________________

Juara : _________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ____________________ atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada _______________ kerana dinobatkan sebagai Juara keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-36 bagi sesi persekolahan 2010. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya dan kepada yang tidak berjaya, jangan sesekali mengeluh dan mengalah. Cuba lagi di Kejohanan yang akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada _______________________________________________ atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan Olahraga pada kali ini.

Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI.