4
) Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Gani, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati Puan Soh Rosie, Pen Kanan HEM, Puan Hajah Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. 2) Assalammualaikum dan salam 1Malaysia…. 3) Ceria wajah dalam majlis, Hati berkobar semangat dibawa, Sambutan merdeka penyeri majlis, Sematkan gagah di dalam jiwa. 4) Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Taman Molek. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan. 5) Anak-anak Molek, 6) Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersam melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik. 7) Dengan tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" , secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan ulangtahun yang ke- 57 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh

Teks Merdeka Azlan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks merdeka

Citation preview

Page 1: Teks Merdeka Azlan

) Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Gani, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati Puan Soh Rosie, Pen Kanan HEM, Puan Hajah Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. 

 

2)      Assalammualaikum dan salam 1Malaysia…. 

3)     Ceria wajah dalam majlis,Hati berkobar semangat dibawa,Sambutan merdeka penyeri majlis,Sematkan gagah di dalam jiwa.

4)  Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Taman Molek. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

5)      Anak-anak Molek,

6)    Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersam melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

7) Dengan tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" , secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan  ulangtahun yang ke-57 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

1)    Ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57 ini, hakikatnya menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957. Justeru, kita perlu mencerminkan impian dan harapan serta semangat

Page 2: Teks Merdeka Azlan

cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

9)  Ekoran itu, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia, terutama golongan muda inilah yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang. 

10)  Anak-anak molek,

11)  Ada pepatah mengatakan, nak tengok negara kita akan datang, lihatlah anak remaja sekarang. Jika baik, maka baiklah kelak. Jika sebaliknya, maka bersedialah. Lantaran itu, fikirlah sejenak apa akan jadi pada negara pada zaman kalian menjadi dewasa kelak.

12)  Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan dan teknologi yang sedang kita lalui. Kita semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas daripada sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin. 

13)  Hadirin sekalian,

14)  Sempena bulan kemerdekaan kali ke-57 ini, pihak penganjur program akan menjalankan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan sambutan. Untuk tujuan itu majlis diteruskan dengan menjemput .................................................... selaku penyelaras program bagi memberi penjelasan lebih lanjut.

15)  Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek, sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Dipersilakan....

16)  Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

17)  Keris Melayu Lambang Pusaka,Tapak Sirih Lambang Sejahtera,Negara Sudah Aman Merdeka,Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,Bebas Merdeka Dari Sengsara,Maruah Kita Hendaklah Dijaga,Benteng Kuat Pertahankan Negara.

18)  Hadirin sekalian,

Page 3: Teks Merdeka Azlan

19)  Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita nikmati dan kecapi sekarang ini akan terus berkekalan..Sama-samalah kita berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terus selamat dan terhindar daripada sebarang bala bencana.

20) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara    persembahan. Dipersilakan kumpulan koir ............................... dengan lagu Parajurit  Tanah Air dan Warisan, diikuti dengan sajak ............................................ yang akan  dibacakan oleh Siti Hazwany binti Zaini.

21)  Terima kasih atas persembahan tadi. Diminta semua murid berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Negaraku.

22)  Mengakhiri majlis, diminta ................................................... untuk membacakan doa.

23)  Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

24)  Sekian, terima kasih