4
TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Dr. Razaleigh bin Muhamat @Kawangit, Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia . Hadirin mohon berdiri. (Nanyian Lagu Varsiti) Hadirin dipersilakan duduk. Sang Nuri hinggap di pohon cemara, Pohon Cemara terletak di muara , Assalammualaikum mulanya kata, Awal Bismillah pembuka bicara. (SILA BACA SALUTASI) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa kan ke hadrat Robbul Izzati, kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang penuh barakah ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Pembukaan Minggu Mahasiswa Dinamik sesi 2012. Majlis merakamkam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin hadirat di atas kesudian menghadiri majlis pada pagi yang mulia ini. MAHASISWA PENJANA TRANSFORMASI SEJAGAT”, begitulah tema MINGGU MAHASISWA DINAMIK pada kali ini. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program ini adalah anjuran Kelab Pengajian Dakwah dan Kepimpinan dengan kerjasama Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Semua Pihak Yang Terlibat dalam menjayakan program ini.

Teks Mc (Pembukaan ) MMD

Embed Size (px)

DESCRIPTION

CONTOH TEKS MC

Citation preview

Page 1: Teks Mc (Pembukaan ) MMD

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Dr. Razaleigh bin Muhamat @Kawangit, Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia .

Hadirin mohon berdiri.

(Nanyian Lagu Varsiti)

Hadirin dipersilakan duduk.

Sang Nuri hinggap di pohon cemara,

Pohon Cemara terletak di muara ,

Assalammualaikum mulanya kata,

Awal Bismillah pembuka bicara.

(SILA BACA SALUTASI)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan ke hadrat Robbul Izzati, kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang penuh barakah ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Pembukaan Minggu Mahasiswa Dinamik sesi 2012.

Majlis merakamkam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin hadirat di atas kesudian menghadiri majlis pada pagi yang mulia ini.

“MAHASISWA PENJANA TRANSFORMASI SEJAGAT”, begitulah tema MINGGU MAHASISWA DINAMIK pada kali ini. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program ini adalah anjuran Kelab Pengajian Dakwah dan Kepimpinan dengan kerjasama Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Semua Pihak Yang Terlibat dalam menjayakan program ini.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang mulia ini, dijemput Saudara Mohd Amir bin Ismail untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan ini mempersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin ya Rabbal ‘Alamin

Page 2: Teks Mc (Pembukaan ) MMD

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohd Amir bin Ismail atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Yang Maha Esa.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Minggu Mahasiswa Dinamik atau dengan ringkasnya MMD, akan berlangsung selama 5 hari. Bermula pada 12 mac sehingga 16 mac 2012. Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung antaranya:

Interfaith dialogue Forum Cinta Bengkel Penulisan Dakwah Bicara Dakwah Sukan Pertandingan Debat Bengkel Khat Indoor Game Wanita dan Gubahan

Hadirin Sekalian,

Bagi memulakan agenda kita pada pagi ini, majlis menjemput saudari Nor ‘Asyikin binti Mohamad Addenan selaku Ketua Pengarah Program Minggu Mahasiswa Dinamik 2012 untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

(Ucapan Ketua Pengarah)

Terima kasih kepada saudari Ketua Pengarah atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit merangkap Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis perasmian pembukaan Minggu Mahasiswa Dinamik 2012. Dijemput dan dipersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit di atas ucapan yang penuh manfaat sekaligus atas perasmiaan majlis pembukaan sebentar tadi.

(Gimik Perasmian)

Page 3: Teks Mc (Pembukaan ) MMD

Hadirin Hadirat sekalian,

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh pihak kami. Sama-sama kita saksikan.

(Persembahan Multimedia)

Demikian tadi tayangan multimedia yang cukup menarik untuk tatapan kita semua.

Seterusnya,

Pihak Majlis menjemput Dr.Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit diiringi oleh Ketua Pengarah Minggu Mahasiswa Dinamik, Saudari Nor ‘Asyikin binti Mohd Addenan untuk menerima cenderamata dari pihak majlis.

Dijemput Ketua Pengarah Minggu Mahasiswa Dinamik untuk menyampaikan cenderamata kepada Dr. Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.

Pihak Majlis menjemput Yang Berbahagia Dr. Razaleigh bin Muhamat @Kawangit dan tetamu jemputan untuk menikmati juadah yang disediakan.

Akhir kalam,

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kita tangguh majlis ini dengan kafaratul majlis dan surah al-‘asr....

(Majlis bersurai)

Page 4: Teks Mc (Pembukaan ) MMD