5
MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SK SUNGAI BEDAUN 2015 CATATAN UCAPAN Ketibaan para jemputan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn Hj Abdul Rahman bin Hj Lamudin diiringi oleh ______________________________________ ke Dewan Permata SK Sungai Bedaun Nyanyian lagu Diminta kepada semua hadirin untuk berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu iaitu - Lagu Negaraku - Lagu Wilayah - Lagu Sekolah Hadirin dipersilakan duduk dan mengambil tempat. Ucapan aluan Yang Berusaha ( ) Tuan Hj Abdul Rahman bin Hj Lamudin ( ) En Awat Cally bin Moguring, Guru Besar SK Sungai Bedaun ( ) Puan Norliha binti Bayong, P.Kanan Pentadbiran ( ) Puan Sunah binti Tahir, P.Kanan Hal Ehwal Murid ( ) En Tahar bin Ibrahim, P.Kanan Kokurikulum Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat datang diucapkan ke Majlis Sambutan Ambang Merdeka bagi peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun bagi tahun 2015. Di sangkar merbah bertelur helang, Punai terlepas di hutan tarah, Berkibar megah Jalur Gemilang, Bagai mengibas lipatan sejarah.

Teks Mc Majlis Sambutan Ambang Merdeka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks pengacara majlis merdeka

Citation preview

Page 1: Teks Mc Majlis Sambutan Ambang Merdeka

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA

SK SUNGAI BEDAUN 2015

CATATAN UCAPANKetibaan para

jemputanMengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn Hj Abdul Rahman bin Hj Lamudin diiringi oleh ______________________________________ ke Dewan Permata SK Sungai Bedaun

Nyanyian lagu Diminta kepada semua hadirin untuk berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu iaitu

- Lagu Negaraku- Lagu Wilayah- Lagu Sekolah

Hadirin dipersilakan duduk dan mengambil tempat.

Ucapan aluan Yang Berusaha

( ) Tuan Hj Abdul Rahman bin Hj Lamudin( ) En Awat Cally bin Moguring, Guru Besar SK Sungai Bedaun( ) Puan Norliha binti Bayong, P.Kanan Pentadbiran( ) Puan Sunah binti Tahir, P.Kanan Hal Ehwal Murid( ) En Tahar bin Ibrahim, P.Kanan Kokurikulum

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat datang diucapkan ke Majlis Sambutan Ambang Merdeka bagi peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun bagi tahun 2015.

Di sangkar merbah bertelur helang,Punai terlepas di hutan tarah,Berkibar megah Jalur Gemilang,Bagai mengibas lipatan sejarah.

Jentik penutup persetua lara,Waktu meletus musuh dah tamat,Detik berdegup jiwa dam suara,31 Ogos 1957 sejarah keramat.

Page 2: Teks Mc Majlis Sambutan Ambang Merdeka

Pada tahun ini merupakan sambutan kemerdekaan yang ke-58 bagi tahun kita. Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah #sehatisejiwa yang mana dilipih kerana untuk mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. Contohnya gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia. Jadi, inilah antara sebab mengapa tema #sehatisejiwa dipilih untuk tahun 2015.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan ini menjemput Ustaz Sahrum bin Samlan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Sahrum atas bacaan doa sebentar tadi.

Ikrar rukun Negara

Seterusnya, dijemput untuk memimpin bacaan ikrar rukun Negara. Dengan ini majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _______________________ atas bacaan ikrar rukun Negara sebentar tadi.

Ucapan guru besar

(perutusan kemerdekaan)

+ gimik pelancaran merdeka/ laungan

merdeka 7x

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En Awat Cally bin Moguring untuk membacakan perutusan kemerdekaan

Ucapan Tn Hj Tentera berani menggenggam pusaka,Melangkah mati nyawa diberi,Jemputlah tuan berkongsi cerita,Pengalaman hidup jadi memori.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj Abdul Rahman bin Hj Lamudin untuk menyampaikan ucapan dan pengalaman beliau dalam

Page 3: Teks Mc Majlis Sambutan Ambang Merdeka

segmen renungan yang bertajuk “ Hargai Nikmat Kemerdekaan”.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Abdul Rahman bin Hj Lamudin atas perkongsian cerita sebentar tadi.

Acara memotong

kek

(kertas list nama)

Seterusnya, tibalah kita ke acara memotong kek. Dijemput

Tayangan video

kemerdekaan +

persembahan kompang selawat

Dari kedah ke bandar Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis akan diteruskan dengan tayangan video kemerdekaan. Sama-sama kita saksikan.

Baiklah, persembahan seterusnya merupakan persembahan kompang selawat dari Pasukan Kompang SKSB di bawah pimpinan Ustaz Sahrum b Samlan dan Ustaz Satalmizi bin Ismail. Buat pengetahuan semua, pasukan ini telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Kompang Selawat peringkat WPL dan telah menjadi wakil Labuan ke peringkat Kebangsaan di Negeri 9 baru-baru ini. Dengan ini majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kesemua persembahan yang menarik sebentar tadi.

Nyanyian lagu patriotik

Berjalan kaki di atas titi,Ke kedai Nyonya membeli roti,Ayuh semua kita berdiri,Menyanyi dengan riang hati.

Siding hadirin sekalian, marilah sama-sama kita berdiri dan menyanyikan ___ buah lagu iaitu

Tahniah diucapkan kepada semua atas nyanyian yang

Page 4: Teks Mc Majlis Sambutan Ambang Merdeka

bertenaga sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Penutup Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua saya pohonkan.

Kenangan lara akan terbuku,Pusaka bangsa suka dan duka,Laungan suara pekikkan Tunku,Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka!!

Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas kesudian memeriahkan majlis pada hari ini. Seribu kemaafan saya hulurkan jika sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini terdapat kesalahan tutur kata dan tersilap bicara. InsyaAllah jika Allah izinkan, tahun depan bersua lagi. Salam sayang, salam #sehati sejiwa buat semua. Assalamualaikum dan jumpa lagi.

Pengumuman