8
 TEKS PENGACARAAN MAJLIS 1 MASA QUE/CATATAN A N N / T E K S 11:00 PENGUMUMAN A s s a l a m u a l a i k u m … d a n s e l a m a t p a g i . Untuk pengetahuan semua, pertandingan paluan kompang akan bermula sebentar sahaja lagi. Jadi diminta kepada para peserta serta hadirin sekalian untuk mengambil tempat yang telah disediakan. MULA PERT. B i s m i l l a h i r a h m a n i r a h i m   Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Selamat datng kami ucapkan, Moga diiring restu illahi. Bagi mendapat rahmat kasih Illahi, kita buka majlis dengan bacaan Umul-Furqan, Al-fatihah… Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. (Salutasi) Yang Berusaha, 1. 2. 3. - Yang arif lagi bijaksana, para juri, -peserta-peserta, -serta Tuan tuan dan puan-puan yang dikasihi Allah S.W.T.

Teks Mc Kompang

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS PENGACARAAN MAJLIS MASAQUE/CATATANANN/TEKS

11:00PENGUMUMANAssalamualaikum dan selamat pagi.Untuk pengetahuan semua, pertandingan paluan kompang akan bermula sebentar sahaja lagi. Jadi diminta kepada para peserta serta hadirin sekalian untuk mengambil tempat yang telah disediakan.

MULA PERT.Bismillahirahmanirahim

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali,Selamat datng kami ucapkan,Moga diiring restu illahi.

Bagi mendapat rahmat kasih Illahi, kita buka majlis dengan bacaan Umul-Furqan, Al-fatihah

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

(Salutasi)Yang Berusaha,1.2.3.

- Yang arif lagi bijaksana, para juri,

-peserta-peserta,

-serta Tuan tuan dan puan-puan yang dikasihi Allah S.W.T.

Assalamualaikum dan Selamat datang kePERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SK/SMK PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 2014

Majlis mengucapkan terima kasih dan berbesar hati dan mengalu-alukan hadirin sekalianDari Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Kem Tentera. Kita akan melihat kehebatan peserta paluan kompang dan formasi yang akan dipersembahkan oleh peserta peserta pertandingan yang telah mewakili sekolah masing - masing

Sebentar nanti, kita akan menyaksikan 8 kumpulan dari;

Rujuk lampiran

Majlis ini diterajui oleh barisan para juri yang arif lagi bijaksana. Dengan itu, saya akan memperkenalkan barisan para juri tersebut.(LAMPIRAN NAMA HAKIM)

1.2.3.

Bagi kelacaran majlis pada hari ini, berikut saya bacakan syarat-syarat pertandingan secara ringkas.

( LAMPIRAN SYARAT )

Hadirin dan hadirat,Untuk tidak melengahkan masa(ketika waktu permulaan sahaja).Majlis mempersilakan kumpulan yang mendapat undian ...................... untuk mempersembah paluan kompang dan formasi mereka. Majlis mempersilakan.

persmbahan berlangsung.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Dengan persembahan daripada kumpulan terakhir tadi. Maka berakhirlah pertandingan PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SK/SMK PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 2014

Majlis mengucapkan terima kasih atas komitmen daripada para juri, peserta, barisan Ahli Jawatankuasa Pertandingan serta para hadirin yang bekerjasama dalam menjayakanprogram tahunan paluan kompang dan formasi daerah sandakan tahun 2014.

Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Persiapan majlis penutupanMengumumkan ketibaan,Yang Berusaha,Vip:...

serta tetamu-tetamu jemputan masuk ke dewan.Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan duduk.

(VVIP selesai duduk dan dapat buku program)

Pergi bendang membuat titi,Jangan papan menimpa padi,Tuan bertandang kami menanti,Bertemu tuan yang baik budi.

(RUJUK LAMPIRAN SALUTASI)

11.35 pagi

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Paluan Kompang Dan Formasi Sk/Smk Peringkat Daerah Sandakan Tahun 2014

Bacaan doa

Sidang hadirin sekalian,Tetak buluh kajang sepuluh,Mari jolok sarang penyengat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.

Dengan itu majlis mempersilakan ......................... untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

.......................... Bacaan doa.............................

Amin.... ya. Rab..... Majlis mengucapkan terima kasih.

Sidang dewan yang dikasihi,Untuk pengetahuan semua, pertandingan paluan kompang dan formasi sk/smk peringkat daerah sandakan tahun 2014 ini telah dijalankan pada pukul ........... sehingga pukul .......... Alhamdulillah, segala berjalan dengan lancar dengan izin-Nya.

Pertandingan ini juga telah diadili oleh para juri jemputan yang dijemput khas dari ...........................................................................................................................................................................................................................................................................

Jadi, tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan Yang Dihormati, ..........................................................., Ketua Hakim Pertandingan bagi memberi ulasan pertandingan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ulasan yng diberikan.

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis menjemput Pn Ainie Bte Hj Omar, Guru Besar SK Kem Tentera selaku tuan rumah untuk memberikan sepatah dua kata..Majlis mempersilakan

Terima kasih atas ucapan

Pengumuman dan penyampaian hadiah.

Seterusnya dijemput. Dan diiringi bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SK/SMK PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 2014,

HAFIDZ

Sidang hadirin sekalian,Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Untuk itu, majlis dengan hormatnya mempersilakanYANG BERUSAHA, Vip..

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SK/SMK PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 2014.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

..........................UCAPAN........................

Majlis mengucapkan terima kasih ..

Dengan ini selesailah sudah Majlis Perasmian Penutupan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SK/SMK PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 2014

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang atas kesudian menyempurnakan ..

Majlis juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.Orang daik pulang ke daik,Bawa berangan bersama kandis,Datang baik pulang pun baik,Pulang dengan kenangan manis.

12.30 tgh hari

Mengumumkan Yang Bahagia ....................................................serta tetamu tetamu jemputan meninggalkan majlis

(Tetamu kehormat selesai keluar)

Sekian sahaja, Assalamualaikum wtb

LAMPIRAN SALUTASIBISMILLAH.1) YANG BERUSAHA, ...

2) YANG BERUSAHA, ...

3) YANG DIHORMATI,...

4) PARA PENSYARAH

5) GURU-GURU PENGIRING DAN PARA PESERTA PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SK/SMK PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 20146) PARA URUS SETIA PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SK/SMK PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 2014

7) SETERUSNYA HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN.

ASSALAMUALIAKUM W.R.K.T.H DAN SALAM SATU MALAYSIA.5