2
Bismillah……. Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senibong, Puan Hajah Nor`Aini binti Atan, Yang dihormati Encik Suhaimee bin ................................. Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Senibong Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Senibong, Guru- guru yang diraikan serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia. Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Senibong 2015. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2015 dengan tema Membina ilmu Menyempurnakan Akhlak. Awal Bismillah pembuka bicara Kata disusun untuk keberkatan, Semoga kebaikan datang jua, Doa tulus pinta dilafazkan. Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz Muhd Fariq bin Aziz. Dijemput dengan hormatnya…. (bacaan doa) Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah. Hadirin yang dihormati sekalian, Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan Lagu 1 Malaysia. Sidang hadirin dipersilakan berdiri. Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Sidang dewan dipersilakan duduk. Hadirian yang dihormati sekalian, Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan ....................................................................... ...selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan... Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Sidang hadirin sekalian, Seterusnya dipersilakan Puan Hajah Nor`Aini binti Atan, Guru besar Sekolah Kebangsaan Senibong untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.... Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Seterusnya Bacaan Perutusan... Dipersilakan Puan Normawati Binti Jori, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan... Majlis merakamkan ucapan terima kasih. .Seterusnya dipersilakan Puan Nurnazhatulshima binti Abu Hassan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Sidang hadirin sekalian, Sidang dataran yang dimuliakan,

Teks MC Hari Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kongsi

Citation preview

Bismillah.Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senibong, Puan Hajah Nor`Aini binti Atan, Yang dihormati Encik Suhaimee bin .................................Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan SenibongYang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Senibong, Guru-guru yang diraikan serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikumdan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Senibong 2015.Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2015 dengan tema Membina ilmu Menyempurnakan Akhlak.

Awal Bismillah pembuka bicaraKata disusun untuk keberkatan,Semoga kebaikan datang jua,Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz Muhd Fariq bin Aziz. Dijemput dengan hormatnya.

(bacaan doa)Amin Ya Rabbal Alamin.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan Lagu 1 Malaysia.Sidang hadirin dipersilakan berdiri.Majlis merakamkan jutaan terima kasih.Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan ..........................................................................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan Puan Hajah Nor`Aini binti Atan, Guru besar Sekolah Kebangsaan Senibong untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan Puan Normawati Binti Jori, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...

Majlis merakamkan ucapan terima kasih..Seterusnya dipersilakan Puan Nurnazhatulshima binti Abu Hassan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,Moden tradisional bersatu senada;Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru Sekolah Kebangsaan Senibong tampil ke atas pentas bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh Ustaz Muhammad Fariq bin Aziz , Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Dipersilakan....Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema Hari Guruoleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.Sidang hadirin sekalian ;

Andai berkayuh dah sampai ke seberangAndai memanjat dah sampai ke pucukAndai mendaki dah sampai ke puncakSetiap yang bermula pasti akan berakhirBegitu juga dengan majlis kita pada hari ini

Untuk mengakhiri majlis kita pada pagi ini marilah kita bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku. Untuk itu, dijemput semua hadirin untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikannya. Dipersilakan...

Sisir pelepah meraut lidi,Menganyam daun atap jerami,Yang indah,yang berseri bawalah pergiYang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Segalayang baik, yang indah dan yang sempurnaitu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangandan kepincanganmajlis iniadalahkelemahandaripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.SELAMAT HARI GURU