3
TEKS MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENDEDAHAN KARYA KOMSAS TING2 & TING5 UTK J/U SABAH, SARAWAK DAN LABUAN DI BEVERLY HOTELS ,SABAH PADA 26-29 OKTOBER 2010. ACARA TEKS Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bismilaahirahmannirahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu Wassalamu Ala Asrafilanbiya’ Iwalmursalin Wa’ala alihi wasahbihi Ajmain. Yang berusaha, Encik Mohd Faudzan bin Hamzah, menjalankan tugas Ketua Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Yang dihormati barisan pegawai serta urusetia Bahagian Pembangunan Kurikulum; - Barisan fasilitator dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan peserta kursus KURSUS PENDEDAHAN KARYA KOMSAS TING2 & TING5 UTK J/U SABAH, SARAWAK DAN LABUAN DI BEVERLY HOTELS ,SABAH PADA 26-29 OKTOBER 2010 Assalamualaikum W.B.R Bermula kerja dengan bismillah, Bermula majlis dengan adat, Sudah berunding , bermuafakat, Sudah sampai jauh dan dekat , Sudah berhimpun taulan sahabat. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, pada pagi yang penuh dengan keberkatan maka dapat kita bersama-sama berhimpun di dewan yang serba indah ini bagi merealisasikan majlis perasmian penutupan Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekelian: Selama 4 hari 3 malam kita berkumpul dan berteratak di sini adalah bagi maksud memberikan pengetahuan dan kemahiran mengajarkan teks KOMSAS karya baharu. Ini adalah bertepatan dengan amanah yang dipikul oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum. Doa Setiap langkah yang dihayun,

Teks majlis penutupan kursus pendedahan karya komsas ting2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks majlis penutupan kursus pendedahan karya komsas ting2

TEKS MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENDEDAHAN KARYA KOMSAS TING2 & TING5 UTK J/U SABAH, SARAWAK DAN LABUAN DI BEVERLY HOTELS ,SABAH PADA 26-29 OKTOBER 2010.

ACARA TEKS

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Bismilaahirahmannirahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu Wassalamu Ala Asrafilanbiya’ Iwalmursalin Wa’ala alihi wasahbihi Ajmain.

Yang berusaha, Encik Mohd Faudzan bin Hamzah, menjalankan tugas Ketua Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Yang dihormati barisan pegawai serta urusetia Bahagian Pembangunan Kurikulum;

- Barisan fasilitator dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan peserta kursus KURSUS PENDEDAHAN KARYA KOMSAS TING2 & TING5 UTK J/U SABAH, SARAWAK DAN LABUAN DI BEVERLY HOTELS ,SABAH PADA 26-29 OKTOBER 2010

Assalamualaikum W.B.R

Bermula kerja dengan bismillah,

Bermula majlis dengan adat,

Sudah berunding , bermuafakat,

Sudah sampai jauh dan dekat ,

Sudah berhimpun taulan sahabat.

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, pada pagi yang penuh dengan keberkatan maka dapat kita bersama-sama berhimpun di dewan yang serba indah ini bagi merealisasikan majlis perasmian penutupan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekelian:

Selama 4 hari 3 malam kita berkumpul dan berteratak di sini adalah bagi maksud memberikan pengetahuan dan kemahiran mengajarkan teks KOMSAS karya baharu. Ini adalah bertepatan dengan amanah yang dipikul oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Doa Setiap langkah yang dihayun,

Page 2: Teks majlis penutupan kursus pendedahan karya komsas ting2

Setiap perkara yang disusun, dan

Setiap majlis yang dilangsung, sesungguhnya,

keberkatan Allah jua yang dipohon.

Untuk itu , majlis mempersilakan ,

En Mohd Ashri bin Ismail ,

dari SMK Kuala Krau , untuk melafazkan doa dan

sama-samalah kita mengaminkannya.

Dipersilakan.

___________ doa______________________

Terima kasih atas bacaan doa itu tadi

Penyampaian Sijil Berguru pada yang tahu

Menuntut pada yang patut

Mencontoh pada yang patuh

Meneladan pada yang sepadan

Sidang mursyidin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada barisan fasilitator dan jurulatih yang telah hadir dalam menjayakan kursus ini.

Bagi menyempurnakan maksud tersebut, majlis dengan hormat dan takzim mempersilakan Yang dihormati Encik Sairi bin Adnan untuk mengiringi Yang berusaha Encik Mohd Faudzan bin Hamzah bagi menyampaikan sijil.

(PENYAMPAIAN SIJIL : baca senarai)

Majlis megucapkan terima kasih kepada Yang berusaha Encik Mohd Faudzan bin Hamzah kerana telah sudi menyampaikan sijil sebentar tadi.

Serah majlis kepada JPN Sabah dan Sarawak

Marilah menyusun, si bunga seroja,

Kembang mekar, di taman kencana,

Kedatangan wakil JPN penuh bermakna

Majlis meriah , penuh ceriaTanpa melengahkan masa saya serahkan majlis ini kepada

wakil JPN Cik Suhani binti Daud bagi mengendalikan acara

Page 3: Teks majlis penutupan kursus pendedahan karya komsas ting2

seterusnya.

DipersilakanPenutup (jika perlu) Bunga seroja di atas para

Jatuh ditimpa buah berangan Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua kami pohonkan

Banyak keluk ke penarik Keluk tumbuk pohon kuini Nan Elok bawalah balik Nan tak elok tingallah di sini

Sekian sahaja daripada saya. Wabillahitaufik wal hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.