7
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DENGAN UNIVERSITI PUTERA MALAYSIA PADA 13 JULAI, 2008 MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI 3.00 Ptg Ketibaan Tetamu Khas Mengumumkan Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu diiringi Y.B. Tuan Haji Ashaari bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri. Ramlah Tetamu Khas Duduk Selesai Tetamu Khas Duduk Sirih Berlipat Sirih Pinang Sirih Dari Pulau Mutiara Pemanis Kata Selamat Datang Awal Bismillah Pembuka Bicara Bismillahirahmanirahim. Assalamu'alaikum wbt. Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Y.B. Tuan Haji Ashaari bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Yayasan Pembangunan Keluarga Ramlah Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 1

TEKS EMCEE MAJLIS MENANDATANGANI MOU

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Majlis Menandatangani MOU diantara YPKT dan UPM

Citation preview

Page 1: TEKS EMCEE MAJLIS MENANDATANGANI MOU

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU)

ANTARA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DENGAN UNIVERSITI PUTERA MALAYSIA

PADA 13 JULAI, 2008

MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI

3.00 Ptg Ketibaan Tetamu Khas

Mengumumkan Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu diiringi Y.B. Tuan Haji Ashaari bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri.

Ramlah

Tetamu Khas Duduk

Selesai Tetamu Khas Duduk

Sirih Berlipat Sirih PinangSirih Dari Pulau MutiaraPemanis Kata Selamat Datang Awal Bismillah Pembuka Bicara

Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Y.B. Tuan Haji Ashaari bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu

Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R. AbdullahNaib Canselor, Universiti Putra Malaysia

Pensyarah-Pensyarah Universiti Putra Malaysia

Ramlah

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 1

Page 2: TEKS EMCEE MAJLIS MENANDATANGANI MOU

Yang Berusaha Encik Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Ketua-Ketua Jabatan, Pihak Media, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian.

Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu dengan Universiti Putra Malaysia.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. Bismilallahirahmanirahim...........

Selesai Bacaan Fatihah

Amin. Ya Rabbilalamin. Ramlah

Ucapan Y.Bhg Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,Majlis pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R. Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Ramlah

Selesai ucapan Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia

Demikian tadi, ucapan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ramlah

Ucapan BalasYAB Menteri Besar

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganuuntuk menyampaikan ucapan. Denganhormatnya dipersilakan.

Ramlah

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 2

Page 3: TEKS EMCEE MAJLIS MENANDATANGANI MOU

Selesai Ucapan YAB Menteri Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R. Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia di atas ucapan itu tadi.

Ramlah

Majlis menandatangani MOU antara YPKT dengan UPM

Bandaraya Kuala Terengganu baru dilancarkanMenjadi kebanggaan rakyat TerengganuTibalah masa yang dinanti-nantikanBersama saksikan acara tandatangan MOU

Majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan YBhg. Encik Mohd Shafarudin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu dan Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R. Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia untuk menandatangani Buku MOU.

Majlis Menandatangani MOU ini akan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu dan YB Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dipersilakan.

Ramlah

Selesai Majlis Menandatangani MOU

Dipersilakan Tuan Pengarah dan Y.Bhg Prof. Datuk untuk bertukar Buku MOU.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’, Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Y.Bhg Prof. Datuk dan Tuan Pengarah diatas sempurnanya majlis menandatangani MOU sebentar tadi.

Ramlah

Majlis Penyampaian Cenderamata

Majlis dengan sukacitanya menjemput YAB Menteri Besar untuk Menyampaikan Cenderahati kepada YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor. Dipersilakan.Dijemput YBhg. Prof. Untuk menyampaikan cenderahati kepada YAB Dato’. Dipersilakan.

Ramlah

Selesai Majlis Penyampaian Cenderamata

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Ramlah

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 3

Page 4: TEKS EMCEE MAJLIS MENANDATANGANI MOU

Sidang Akhbar

Jamuan Ringan dan Bersurai

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) diantara Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan Universiti Putra Malaysia.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pihak Media, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang hadir menjayakan majlis yang penuh bermakna pada petang ini.

Gunung Pantai tinggi mengawanNampak dari Padang TemuSampai di sini tuan dan puan,Ada hayat kita bertemu

Sebelum berpisah, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengarah Yayayasan Pembangunan Keluarga Terengganu untuk menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat, Y.Bhg Datuk dan Yang Berhormat ke Sessi Sidang Akhbar.

Dijemput para tetamu untuk menikmati jamuan ringan di Bilik sebelah.

Sekian, selamat sejahtera dan Assalamu'alaikum wbt.

Ramlah

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 4

Page 5: TEKS EMCEE MAJLIS MENANDATANGANI MOU

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU)

ANTARA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DENGAN UNIVERSITI PUTERA MALAYSIA

13 JULAI, 2008 (Ahad)

3.00 Petang

Tingkat 18, Wisma Darul ImanKuala Terengganu

Ramlah binti IdrisPengacara Majlis

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 5