Surat pembatalan tempahan

Embed Size (px)

Citation preview

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN MENGKIBOL, KM 3, JALAN RENGGAM, 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM.

E-mail : [email protected] Tel No : 07 - 7725303 Fax No : 07 7726303 Ruj.Kami: JEA 2030/ Tarikh : 05 JAN 2012 PENERBIT LONGMAN MALAYSIA SDN. BHD. Lot 2, Jalan 215, Off Jalan Templer, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. PEMBATALAN PESANAN BUKU AMALI TERBITAN LONGMAN Berhubung dengan perkara diatas, dengan ini dimaklumkan pihak kami dengan dukacita terpaksa membatalkan pesanan buku- buku berikut kerana tidak mematuhi kriteria yang diperlukan: 1. Amali Sains Tingkatan 1 (360 buah buku) 2. Amali Sains Tingkatan 4 (260 buah buku) 3. Amali Biologi Tingkatan 4 (120 buah buku) 2. Bagi memenuhi perancangan pengajaran untuk tahun ini, kami memerlukan buku amali yang mempunyai kandungan dwi-bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, sedangkan buku amali yang disediakan oleh pihak tuan hanya mengandungi kandungan bahasa Melayu sahaja. 3. Harap perkara ini berada dalam makluman dan kerjasama daripada pihak tuan dan kami ingin meminta maaf atas kesulitan yang timbul. Semoga perkara ini tidak menghalang untuk kita berurusan lagi pada masa hadapan. Sekian terima kasih. Yang menurut perintah, ............................................