Surat Pembatalan Insuran Aviva

Embed Size (px)

Citation preview

Ahmad Munzir Bin Mohamad No. A/4, Lorong Timah 4, Taman PKNK, 09000 Kulim, Kedah D. A. (012-5606369)

(u/p: Kausar) CIMB Aviva Takaful Berhad, Level 8, 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

15 SEPTEMBER 2011

Tuan/Puan/Cik Memohon Membatalkan Plan Takaful Insuran CIMB Aviva Merujuk perkara diatas, saya Ahmad Munzir Bin Mohamad, No. K/P 860930-35-5167 memohon untuk membatalkan Plan Takaful Insuran dengan pihak anda. 2. Untuk makluman, saya tidak pernah menerima surat atau polisi insuran dari pihak anda setakat ini, walaupun sebelum ini saya ada menerima beberapa kali panggilan telefon untuk menerangkan pakej insuran yang anda sediakan. Saya tidak pernah menyatakan hasrat bersetuju untuk melanggan pakej insuran tersebut. Beberapa bulan sebelum ini, saya mendapati duit dalam akaun saya kurang dari jumlah sebenarnya. Oleh yang demikian, saya pun bergegas pergi ke CIMB yang berdekatan untuk menyemak penyata dan mendapati duit tersebut telah dipotong oleh pihak tuan untuk pembayaran Plan Takaful Insuran Aviva yang akaunnya bernombor TSR201100007386. Saya rasa amat kecewa dan berhasrat untuk membatalkan plan insuran ini. 3. Saya berharap agar pihak anda dapat membatalkan plan insuran ini secepat mungkin serta memulangkan kembali duit yang telah diambil. Sekian, terima kasih

Yang benar,

_________________________ (Ahmad Munzir Bin Mohamad)