Skrip Sketsa Pantomin Hari Guru 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ini merupakan karya yang diolah semula oleh cikgu Qamarul Aqramin Bin Rosli untuk persembahan kumpulan Tunas Seni SK Sungai Udang, Melaka sempena sambutan Hari Guru 2014. Moga bermanfaat buat semua yang ingin jadikan skrip ringan ini sebagai contoh. :)

Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG76300 MELAKA___________________________________________________

SKRIP SKETSA PANTOMIN HARI GURU 2014AMIR SAYANG CIKGU!___________________________________________________

IDEA DAN OLAHAN SKRIP:CIKGU QAMARUL AQRAMIN BIN ROSLI

PELAKON & SUARA:KUMPULAN TUNAS SENI

SINOPSIS:Cerita ini berkisar tentang seorang murid yatim yang miskin, pintar tetapi nakal sekali. Ramai guru di SK Kiambang Bertaut sudah masak dengan tingkahnya yang nakal itu. Akan tetapi, murid ini sangat rajin membantu guru-gurunya di sekolah. Mari sama-sama kita saksikan.

BABAK 1Pencerita: Amir sedang berehat di tepi kantin. Tiba-tiba Cikgu Noor, seorang guru yang sangat mengambil berat terhadap anak-anak muridnya melalui tempat itu dan berhenti betul-betul di depan Amir.

Cikgu Noor: (nada mesra) Amir, boleh tolong tak kamu tolong cikgu?Amir: Tolong cikgu? (muka hairan) Err... Tolong apa cikgu?Cikgu Noor: Kamu tolong cikgu buat persiapan untuk majlis hari guru esok. Boleh?Amir: Owh... Boleh je cikgu (sambil menghirup minumannya). Pukul berapa cikgu?Cikgu Noor: Hmm... sekarang? Boleh? Amir: Okay, cikgu... (muka berkerut sedikit) uhuk! Uhuk! (Amir terbatuk- batuk sambil mengurut dadanya)Cikgu Yuyu: (nada risau) Eh Amir, kamu sakit? Cikgu tengok muka kamu pucat ni.Amir: Err... Emm.. Saya tak apa-apa cikgu. (ekspresi gelisah)Cikgu Yuyu: Betul kamu tak apa-apa nie? (wajah bimbang) Kalau sakit, beritahu saya segera ya? Amir: Baik... cikgu. (senyuman terpaksa)

BABAK 2Amir sedang menolong Cikgu Noor menghias dewan untuk majlis hari guru.

Cikgu Noor: Amir, boleh tolong cikgu angkat kerusi nie?Amir: Boleh cikgu, Nak letak mana?Cikgu Noor: Herm... Kamu letakkan di tepi pentas tu ya!.Amir: Tepi pentas tu ya? Baik cikgu. (mengangkat sambil terketar-ketar)Cikgu Noor: Boleh tak nie amir? Kalau tak boleh kamu panggil kawan-kawan tolong.Amir: Eh, takpe cikgu. Ringan je ni. Saya ni lelaki kuat (menggayakan postur ahli bina badan)Cikgu Noor: (tersenyum) Yelah tu. Hati-hati tau.[ Amir kemudiannya terlepas kerusi tersebut dan jatuh tersungkur di situ. Cikgu Noor dan murid-murid lain terkejut dan segera mendekati Amir dengan wajah bimbang ]

Cikgu Noor: Amir! (mendekati Amir dan meminta seorang murid lain mengalihkan kerusi tadi ke tepi) Kenapa ni?Amir: Maaf cikgu... (riak takut)Cikgu Noor: Kamu tak apa-apa? (wajah bimbang) Macam mana boleh terjatuh ni?Amir: Saya... Okay cikgu... (mengibas baju dan seluarnya) Tergelincir sikit tadi.Cikgu Noor: Betul ni? Amir, cikgu tengok kamu pucat sangat ni. Kamu sakit ke?Amir: Betul saya takde apa-apa. Pucat? Eh, mana ada cikgu.Cikgu Noor: Dah, jangan bercakap lagi. Saya akan hantar kamu pulang sekarang. Faris, kamu dan kawan-kawan terus tolong cikgu Khairul dan cikgu Murni ya? (membawa Amir pergi dari situ)Faris: Baik cikgu.

BABAK 3Pencerita: Amir duduk temenung di depan pintu, memikirkan hadiah apa yang dia boleh berikan kepada Cikgu Noor. Sementara itu, ibunya Mak Kundur sedang melipat baju di ruang tamu.

Emak: Amir, jauh benar kau termenung.Amir: Eh, takdelah mak. Saje tengok luar ni. Berangin je.Emak: Yelah tu. Kamu menungkan sape? Makwe ye? Atau cikgu Noor yang hantar kamu tadi? (nada mengusik)Amir: Eh, mana ada. Mak ni ada-ada je. (kembali memandang luar)Emak: Kalau bukan, kenapa ni nak? Kepala kau masih sakit ke?Amir: Emak... Esok kan hari guru... Amir tak tahulah nak bagi hadiah apa kat Cikgu Noor. Cikgu tu baik sangat dengan Amir.Emak: Owh... Itu rupanya. (wajah lega) Herm... Amir bagilah hadiah yang akan buat cikgu tu terkenang selalu.Amir: Tapi... Amir takde duit nak beli... (nada sayu)Emak: Amir... Amir. Kau bagilah hadiah yang tak perlu guna duit, nak. Asalkan kau ikhlas. Cikgu kau tu mesti suka nanti. (nada memujuk)Amir: Yeke mak? Herm... (berfikir sejenak) Haa!! Amir dah tau! Terima kasih mak. Amir masuk dulu! (wajah seronok dan teruja)Emak: Opocot! Hish budak nih! Yeke? Ha, pergilah. (menggelengkan kepala) Tak habis-habis menyakat orang.

BABAK 4Amir berjumpa dengan Cikgu Noor untuk memberi hadiah sempena hari guru. Selangkah demi selangkah kaki Amir menuju ke arah cikgu Noor. Amir tiba-tiba rebah...

Cikgu Noor: Amir. Amir! Kenapa ni? (wajah panik)Amir: Cikgu...ni... Hadiah untuk cikgu... (nada suara tersekat-sekat dan diselangi dengan batuk)Cikgu Noor: Amir! Bangun Amir! (mulai rasa ingin menangis)Cikgu Yazid: Cikgu Khairul, cepat hubungi ibu Amir ni.Cikgu Khairul: Baik cikgu.Amir: ......Cikgu Noor: Amir!!![ Semua cikgu dan murid-murid mengerumuni Cikgu Noor. Cikgu Khairul dan Cikgu Yazid mengangkat Amir dan dibawa ke tepi untuk diberi rawatan. Ketika badan Amir diangkat, tiba-tiba kotak hadiah Amir terlepas dari tangannya. Dia mengambilnya dan membuka surat yang berada pada kotak ]

"Selamat Hari Guru, Cikgu Noor. Terima kasih sebab dah banyak mencurah ilmu kepada saya. Hadiah ini je yang mampu saya berikan pada cikgu. Amir sayang cikgu!"

[ Selesai membaca surat surat yang ada pada kotak tu, Cikgu Noor benar-benar rasa tersentuh dan mengalir turun air matanya. Perlahan-lahan, kotak hadiah itu dibuka dengan perasaan yang amat berat. Namun begitu, tiba-tiba... ]

Cikgu Noor: Arghhhhhhhhhhhhhhh, KATAK!!! (terkejut dan tercampak kotak tersebut)[ Amir yang terkejut mendengar jeritan tersebut mula membuka matanya dan segera lari meninggalkan kawasan itu ]Cikgu Noor: AMIR!!!- TAMAT -

4