7
Majlis Program Hari Mesra Keluarga PKPB SK Semenggok 6 Ogos 2009 PEKARA TEKS UCAPAN CATATAN UCAPAN PEMBUKAAN Selamat pagi dan salam sejahtera.... Pohon Meranti tiga sebatang Ditebang orang tiga pemuka Tuan dinanti sudahlah datang Apa perkara nan kita buka... UCAPAN PEMBUKAAN Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan Kasih dan setiaNya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Hari Mesra Keluarga PKBP SK Semengok 2009. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil tempat duduk masing-masing. UCAPAN PROTOKOL Yang berbahagia En. Saing Jantanie selaku Yang Dipertua PKBP SK Semenggok. Yang dihormati En. Johana bin Haji Nai Guru Besar SK Semenggok. Yang Berusaha En.Mohd. Ismadi bin Juih Penyelaras PKBP SK Semenggok. AJK Khas PKBP En.Thomas Calbert dan Encik Ninja.

Skrip Pengerusi Majlis Hari Keluarga PKBP

  • Upload
    wiss99

  • View
    9.827

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip Pengerusi Majlis Hari Keluarga PKBP

Majlis Program Hari Mesra Keluarga PKPBSK Semenggok6 Ogos 2009

PEKARA TEKS UCAPAN CATATAN

UCAPAN

PEMBUKAAN

Selamat pagi dan salam sejahtera....

Pohon Meranti tiga sebatang

Ditebang orang tiga pemuka

Tuan dinanti sudahlah datang

Apa perkara nan kita buka...

UCAPAN

PEMBUKAAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan Kasih dan

setiaNya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Hari Mesra Keluarga

PKBP SK Semengok 2009.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan

puan-puan.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,

majlis akan bermula sebentar lagi.

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil

tempat duduk masing-masing.

UCAPAN

PROTOKOL

Yang berbahagia En. Saing Jantanie selaku Yang Dipertua PKBP SK

Semenggok.

Yang dihormati En. Johana bin Haji Nai Guru Besar SK Semenggok.

Yang Berusaha En.Mohd. Ismadi bin Juih Penyelaras PKBP SK

Semenggok.

AJK Khas PKBP En.Thomas Calbert dan Encik Ninja.

Guru-guru, staf-staf sokongan, ibu bapa dan para murid sekalian.

Page 2: Skrip Pengerusi Majlis Hari Keluarga PKBP

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pelajar PKBP sekolah ini terdiri

daripada pelajar yang bermasalah pembelajaran yang mempunyai

ciri-ciri seperti berikut:

1. Sindrom Down

2. Austisme

3. Disleksia

4. Terencat Akal Minima

5. Slow Learner dan sebagainya

Adalah bukan mudah untuk membentuk peribadi, mengubah

kebiasaan tingkah laku, seterusnya mendidik anak-anak istimewa ini

menjadi insan yang mampu bergaul dengan rakan-rakan. Apatah lagi

untuk menguasai kemahiran membaca dan mengira. Namun begitu

usaha tanpa jemu para guru dan ibu bapa sendiri telah menampakan

hasil yang boleh dibanggakan dan terus diperkembangkan.

UCAPAN ALU-

ALUAN OLEH

PENYELARAS

PKBP EN.

MOHD ISMADI

JUIH.

Hadirin yang dihormati,

Kalau dilipat sebesar kukuKalau dibentang seluas alam

Yang jauh diimbauYang dekat digamit

Seuntai salam sejambak kataDegup bicara, merisik rasa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar

ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha En. Mohd. Ismadi bin Juih

selaku Penyelaras PKBP SK Semenggok.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

SELESAI

UCAPAN

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang

Berusaha En Ismadi Juih di atas ucapan alu-aluan itu tadi.

UCAPAN GURU

BESAR

EN.JOHANA

BIN HAJI NAI

Untuk meneruskan majlis kita pada pagi yang indah ini, dijemput

Yang dihormati En.Johana bin Haji Nai Guru Besar SK Semenggok

untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau.

Page 3: Skrip Pengerusi Majlis Hari Keluarga PKBP

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SELESAI

UCAPAN

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan Yang

dihormati En.Johana bin Haji Nai yang disampaikan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN

BACAAN

CERITA MURID-

MURID PKBP

“SEMUT DAN

MERPATI”.

Seterusnya, marilah kita menyaksikan persembahan bacaan cerita

daripada murid-murid PKBP SK Semenggok. Anak-anak istimewa

yang kita sayangi ini akan menunjukkan kemahiran yang luar biasa

dan kadangkala sukar dilakukan walaupun berada dalam serba

kekurangan berbanding rakan sebaya mereka yang normal. Untuk

pengetahuan hadirin, mereka telah berlatih tidak sampai seminggu

dalam keadaan cuaca dan kesihatan yang kurang memuaskan. Bagi

anak-anak ini, kemahiran membaca bukanlah sesuatu yang mudah

dilakukan. Mereka telah cuba sedaya upaya untuk belajar mengeja

dan membaca walaupun terdapat pelbagai halangan dan kekurangan

diri. Namun begitu usaha yang berterusan memungkinkan perkara ini

terjadi. Hadirin dan hadirat sekalian, kini dipersembahkan pelajar

PKBP dalam bacaan cerita “Sang Semut dan Merpati” di bawah

bimbingan Cikgu Tinah Juki dan guru-guru PKBP. Majlis

mempersilakan adik Arfan Zuhair, adik Reduan Shah, adik Stephanie

Claudia dan adik Miller Selong untuk bacaan cerita “Sang Semut dan

Merpati”.

Slot ini

bergantung

kepada

kehadiran

murid dan

keputusan

penganjur.

SELESAI

BACAAN

CERITA

Begitulah tadi, bacaan yang dipersembahkan oleh murid-murid. Jelas

terbukti, walau berada dalam serba kekurangan, anak-anak ini masih

dapat mengeja dan membaca seperti pelajar-pelajar lain.

INFO

KESIHATAN

OLEH

EN.DONNY

PAYAR

Seperti yang kita ketahui wabak Influenza AH1N1 kini semakin

membimbangkan di pelusuk negeri Sarawak dan melibatkan 12

kematian seluruh Malaysia sehingga semalam. Untuk mengetahui

dengan lebih lanjut tentang wabak ini, Majlis mempersilakan

En.Donny Payar untuk berkongsi info kesihatan tersebut. Dengan

segala hormatnya dipersilakan.

Page 4: Skrip Pengerusi Majlis Hari Keluarga PKBP

SELESAI

TAKLIMAT

KESIHATAN

OLEH

EN.DONNY

PAYAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Donny di atas

perkongsian maklumat berguna itu tadi. Diharapkan kita semua

mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan

influenza AH1N1.

PAKAIAN

BERAGAM

Untuk memeriahkan lagi Majlis kita pada pagi ini sekarang

dipersembahkan acara pakaian beragam dengan tema “VARIASI

PKBP, SUMBER ILHAM” yang membawa maksud semua wajah dan

ciri-ciri yang terdapat dalam diri anak-anak PKBP merupakan

keistimewaan yang kami persembahkan seadanya. Wajah, gerak geri,

tutur bicara, semua kekurangan dan semua kelebihan yang

dimiliki....itulah diri PKBP sebenarnya.

Dengan ini Majlis mempersilakan adik...

1. ……………………dengan tema pakaiannya......................

2. ……………………

3. ……………………

4. ……………………

(sebut nama murid dan tema pakaian yang digunakan)

SELESAI

PAKAIAN

BERAGAM.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik-adik kita di atas

persembahan yang sangat menarik itu tadi.

PERSEMBAHAN

SENAMROBIK

BERSAMA IBU

BAPA DAN

GURU-GURU

PKBP

Hadirin sekalian…

Sekarang tibalah kita ke acara yang agak “Suprise” , sesuai dengan

tema hari mesra keluarga dan kini kita berada di dalam “Atmosfera

PKBP”. Semua ibu bapa diminta berdiri dan bersama-sama

melakukan senaman ringan.

Page 5: Skrip Pengerusi Majlis Hari Keluarga PKBP

Baiklah…semua ibu bapa dijemput untuk berdiri sekarang.

Dengan itu dijemput Kumpulan PKBP Senamrobik dari gabungan ibu

bapa dan guru PKBP untuk mengetuai senamrobik kita. Dipersilakan.

Diharapkan semua menikmati senaman ini.

SELESAI

SENAMROBIK

Begitulah tadi senamrobik yang nampaknya menghangatkan lagi

majlis kita pada pagi ini. Kita harus besyukur dalam keadaan cuaca

yang tidak menentu ini kita masih mampu melakukan sedikit

senaman.

PENYAMPAIAN

BANTUAN

KWAMP

“Kumpulan

Wang Amanah

Pelajar Miskin”

Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang

berkemampuan Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) telah memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu

keluarga yang memerlukan. Bantuan ini dinamakan sebagai

“Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” atau nama ringkasnya

KWAMP.

Bagi menyempurnakan acara penyampaian bantuan ini, dijemput

En.Saing Jantanie naik ke pentas bagi mengiringi Guru Besar, Encik

Johana bin Haji Nai untuk menyampaikan bantuan KWAMP kepada

ibu bapa pelajar yang berkenaan.

Dengan ini dijemput:

1...............................

2...............................

3...............................

(Nama ibu bapa atau penjaga).

Selesai

penyampaian

bantuan KWAMP

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Johana

bin Haji Nai dan En. Saing Jantanie di atas kesudian itu tadi.

Page 6: Skrip Pengerusi Majlis Hari Keluarga PKBP

Jamuan Ringan Dengan berakhirnya majlis penyampaian KWAMP itu tadi, maka

berakhirlah Hari Mesra Keluarga PKBP SK Semenggok 2009. Jutaan

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan

dan menghadiri program ini. Majlis seterusnya menjemput Yang

Berbahagia En Saing Jantanie diiringi Guru Besar, para tetamu

jemputan, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar sekalian untuk

menikmati Jamuan Ringan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Sebelum berpisah dengarkanlah dua rangkap pantun daripada saya,

Tuan puteri pergi ke Rasah

    Pulang semula sebelah pagi

Kita bertemu akhirnya berpisah

    Diizin Tuhan bersua lagi

Kiri jalan kanan pun jalan

Tengah-tengah pohon mengkudu

Selamat jalan kami ucapkan

Berhati-hati ketika memandu

Ucapan Penutup Dengan kata-kata ini maka,

Selesailah sudah Majlis kita pada hari ini. Salam sejahtera dan terima

kasih.