Skrip Pengacaraan Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan Upsr

  • Upload
    eida-as

  • View
    168

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR/PMR/SPM PARLIMEN PADANG RENGAS TAHUN 2012 Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri diiringi oleh dif-dif kehormat. Ke pekan kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Kepada semua hadirin, dipohonkan untuk berdiri. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin.

Melayang serindit di atas permatang, Merbau berkicau di hujung muara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas dan Ketua UMNO bahagian Padang Rengas

Yang Berhormat Dato Siti Salmah bt Mat Jusak ADUN kawasan Chenderoh merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian padang Rengas

1

Yang Berusaha Tuan Haji Mat Lazim bin Idris Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar

Yang Berusaha.. Pengetua SM Teknik Padang Rengas

Yang Dihormati Encik Hamdan bin Rukun Pengerusi Program merangkap Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Padang Rengas

Yang Dihormati Encik Kamarulzaman bin Abd Rahman Timbalan Ketua UMNO bahagian Padang Rengas

Yang Dihormati Tuan Haji Zainon bin Mat Nor Naib Ketua UMNO bahagian Padang Rengas Merangkap Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dif-dif kehormat, pemimpin-pemimpin masyarakat, Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian, ahli jawatankuasa Biro Pelajaran, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-Nya, kita dapat berkumpul di dewan SM Teknik Padang Rengas ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Parlimen Padang Rengas kali ke-6 bagi tahun 2012.

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi.

2

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Encik Suffian bin Razali, ahli jawatankuasa Biro Pelajaran untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. BACAAN DOA

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Suffian bin Razali atas bacaan doa sebentar tadi.

Tidak molek, jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya, Tidaklah lengkap majlis tanpa suara pembuka bicara.

Tirai ucapan pada petang ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan oleh Yang Dihormati Encik Hamdan bin Rukun, Pengerusi Biro Pelajaran Bahagian Padang Rengas. hormatnya majlis mempersilakan. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI BIRO Dengan segala

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Hamdan bin Rukun, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Parlimen Padang Rengas kali ke-6 bagi tahun 2012. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. UCAPAN PERASMI

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan kesudian Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.3

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian hadiah kepada para pelajar dan guru-guru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah-sekolah dalam Parlimen Padang Rengas. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mat Lazim bin Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar diiringi oleh Pengerusi Biro, Encik Hamdan bin Rukun untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2011. PENYAMPAIAN HADIAH UPSR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mat Lazim bin Idris atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berhormat Dato Siti Salmah bt Mat Jusak, ADUN kawasan Chenderoh untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para pelajar cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. Dengan sukacitanya, dipersilakan. PENYAMPAIAN HADIAH PMR

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas Yang Berhormat Dato Siti Salmah bt. Mat Jusak kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis pada petang ini diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pelajar cemerlang SPM tahun 2011. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kecemerlangan diiringi oleh Encik Hamdan bin Rukun, untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

4

Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang; Taburlah budi selagi hidup, Kelak jasa dikenang orang.

Sebagai menghargai jasa guru-guru pembimbing yang sama-sama terlibat dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dan prestasi UPSR tahun 2011 bagi sekolah-sekolah kebangsaan dalam Parlimen Padang Rengas, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berhormat Dato Seri untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada guru-guru tersebut. PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan sijil penghargaan sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang menerima hadiah pada hari ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak dan pendorong untuk anda semua terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Hadirin sekalian, kita telahpun berada di hujung acara.

Dari mana asalnya, usah diusul, Molek budinya menambat hati; Dua tiga bicara salah tersasul, Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang, Bintang timur terbitnya pagi; Jika tidak melarat panjang, Tersisa umur bertemu lagi.5

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlang kali ke-6 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Sehingga bertemu lagi, wabillahitaufik wal hidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

6