Skrip Pengacara Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah

Embed Size (px)

Citation preview

SKRIP PENGACARA SEMINAR AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SIRI 5/2011 BIL 1. PERKARA KETIBAAN Mengumumkan ketibaan YB. Datuk Hj. Nasir Bin Tun Hj. Sakaran Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah 2. NYANYIAN Nyanyian Lagu Negaraku Dan Sabah Tanah Airku. Dipohon sidang hadirin berdiri. 3. UCAPAN ALU-ALUAN MC Indah bersinar seri bintang, Tampak dari Pulau Semporna, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka bicara. Bismillahirahmanirahim, Alhamdullihirabbilalamin.......... - YB. Datuk Hj. Nasir Bin Tun Hj. Sakaran Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah Merangkap ADUN N53 Senallang Semporna. - Yg. Bhg. Sahibus Samahah Datuk Hj. Ahmad Alawi B. Hj. Adnan Mufti Kerajaan Negeri Sabah - YDH. ASP. Ghazali bin Hj. Abd. Ghani Ketua Cawangan Khas Daerah Merangkap Pengerusi LEDPOL IPD. Semporna Wakil Ketua Polis Daerah Semporna Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan negeri, pegawaipegawai kanan polis, para perserta seminar, tuan-tuan dan puan-puan yg dihormati sekalian, Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran YB. Datuk Hj. Nasir Bin Tun Hj. Sakaran,Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah ke Majlis Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 5/2011 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna pada pagi yang mulia ini. Majlis turut mengucapkan selamat datang kepada Dif-dif jemputan, peserta seminar , tuan-tuan dan puan-puan sekalian. CATATAN

4 BACAAN DOA Mari bersama ke Kampung Keramat, Ke kebun Pak Aziz memetik langsat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita samasama memohon taufik dan hidayah dari Allah S.w.t sempena Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 5/2011. Dengan itu majlis menjemput Ust. Ilyas Rahim Bin Rugain, pegawai Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD. Semporna untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.... Amin, amin Ya Rabbalalamin, majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ust. Ilyas Rahim Bin Rugain di atas bacaan itu tadi. 5. UCAPAN ALU-ALUAN Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Sidang hadirin yang dihormati sekalian ; Majlis dengan segala hormatnya menjemput YDH. ASP. Ghazali B. Hj. Abd. Ghani wakil Ketua Polis Daerah Semporna untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan... Demikianlah tadi ucapan oleh YDH. ASP. Ghazali Bin Hj. Abd. Ghani, majlis mengucapkan ribuan terima kasih.. 6 UCAPAN ALU-ALUAN MUFTI Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang dihormati sekalian; Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput YBHG. Sahibus Samahah Datuk Hj. Ahmad Alawi B. Hj. Adnan, Mufti Kerajaan Negeri Sabah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. Demikianlah tadi ucapan oleh YBHG Sahibus Samahah

Datuk Hj. Ahmad Alawi B. Hj. Adnan, Mufti Kerajaan Negeri Sabah. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih...

7.

UCAPAN PERASMI Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Yang Berhormat Datuk sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami Tuan-tuan dan puan-puan yg dihormati sekalian; Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan YB. Datuk Hj. Nasir Bin Tun Hj. Sakaran,Menteri Di Jabatan Ketua Menteri untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Seminar Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah Siri 5/2011. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. Demikianlah tadi ucapan perasmian oleh YB. Datuk Hj. Nasir Bin Tun Hj. Sakaran,Menteri Di Jabatan Ketua Menteri. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

8.

JAMUAN