12
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN AGENDA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 1 Ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dan Nyanyian Lagu Negaraku Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Semua hadirin diminta berdiri. YAB Menteri Besar tidak akan duduk Dan Nyanyian lagu Negaraku Acara 2 Alu-aluan Pengacara Majlis Bismillah... Assalamualaikum wbt Adat kita menyambut tetamu Salam dihulur mesra bertamu Hamparkan tikar lebarkan pintu Pemanis bicara aluan didahulu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Yang Berhormat 1

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

SKRIP PENGACARA MAJLISMAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU

SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN

AGENDA TEKS PENGACARA CATATAN

Acara 1

Ketibaan YAB Menteri Besar Negeri SembilanDan Nyanyian Lagu Negaraku

Mengumumkan ketibaan

Yang Amat BerhormatDato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji HasanMenteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Semua hadirin diminta berdiri.

YAB Menteri

Besar tidak akan duduk

Dan Nyanyian

lagu Negaraku

Acara 2

Alu-aluan Pengacara Majlis

Bismillah...Assalamualaikum wbt

Adat kita menyambut tetamuSalam dihulur mesra bertamuHamparkan tikar lebarkan pintuPemanis bicara aluan didahulu

Yang Amat BerhormatDato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji HasanMenteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Yang BerhormatDato’ Hasim b. Rusdi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan

Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul RazakPengarah Pelajaran Negeri Sembilan

1

Page 2: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

Yang Berbahagia Tuan Haji Musa bin AbdullahPegawai Pelajaran Daerah Seremban

Yang BerusahaEncik Yahya b. MohamadGuru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan

Yang BerusahaTuan Haji Roshizan bin ZakariaPengerusi Bersama Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Jijan 2011 Merangkap Yang Dipertua PIBG SK Jijan

Yang BerhormatAhli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan

Pengarah-Pengarah Bahagian

Para Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Para Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Seremban

Yang dihormati,

Ketua-ketua Jabatan

Ahli-ahli jawatankuasa pengelola Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Jijan 2011 Pengetua-pengetua, guru-guru besar

Guru-guru,ibu-bapa, murid-murid serta

Hadirin yang dimuliakan.

Salam bahagia, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

2

Page 3: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

Alu-aluan Pengacara Majlis

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan,Terima kasih pemimpin-pemimpin terbilangTerima kasih hadirin budimanTerima kasih kepada semua kerana memenuhi Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Jijan untuk sama-sama mewarnai Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Jijan .

Acara 3

Bacaan Doa

YAB Dato’ Seri Utama, Dato’-Dato’, Datin-Datin dan hadirin sekalian.

Tangan ditadah penuh inayahMajlis dibuka penuh rahmatMohon keberkatan serta hidayahMoga majlis mendapat berkat

Majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Ali Bathur bin Abu Bakar Imam Masjid kampung Jijan untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan

***********(Bacaan Doa)**********

*Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Ali Bathur bin Abu Bakar atas pimpinan doa sebentar tadi.

3

Page 4: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

Acara 4

Ucapan Yang Berbahagia Pengerusi Bersama Merangkap YDP PIBG

YAB Dato’ Seri Utama, Dato’-Dato’, Datin-Datin dan hadirin sekalian.

Adat berbahasa menyampaikan pesanAdat majlis menyampaikan ucapan

Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Jijan, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang BerbahagiaTuan Haji Roshizan bin Zakaria Pengerusi Bersama Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Jijan Merangkap Yang Dipertua PIBG SK Jijan untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

***********( Ucapan Yang Berbahagia Pengerusi Bersama Merangkap YDP PIBG )**********

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang BerbahagiaTuan Haji Roshizan bin Zakaria atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Acara 5

Ucapan Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan

Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

******( Ucapan Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan)******

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

4

Page 5: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

Acara 6

Ucapan ADUN Labu

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan.

Dengan penuh takzim, dipersilakan.

***( Ucapan Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi)***

*Demikianlah kata, demikianlah ucapan,Daripada Yang Berhormat Dato’ insan budiman,Sekalung penghargaan kami hadiahkan,Kata nasihat tidak dilupakan.

Acara 7

Ucapan YAB Menteri Besar dan menandatangan Plak Perasmian bangunan baharu

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan,

Tuan ibarat pohon yang rendangTempat kami tumpang berteduh

Ibarat sekaki payung Tempat kami berlindung

Ibarat rumah GadangTempat kami bermalam

Ibarat lampu pelitaTempat kami mencari cahaya

Ibarat bahtera di tengah samuderaTempat kami berpadu tenagaMendokong wawasan 1 MalaysiaMengangkat martabat negara tercinta

5

Page 6: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini,Majlis dengan takzimnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak Perasmian.

Dengan penuh takzim dipersilakan.

***********( Ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan )**********

Dengan ini, dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan dan Yang Berbahagia En. Yahya b. Mohamad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan serta tetamu-tetamu kehormat untuk mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan ke pentas utama.

******( Upacara Menandatangan Plak Perasmian )******Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu SK Jijan sebentar tadi.

Acara 8

Persembahan Tarian

YAB Dato’ Seri Utama, Dato’-Dato’, Datin-Datin dan hadirin sekalian.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama berhibur dengan persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh anak-anak dari Tadika KEMAS Kampung Jijan. ***********( Persembahan tarian )********Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Sebagai makluman hadirin, persembahan hebat yang sama-sama kita saksikan tadi merupakan hasil bimbingan kreativiti dan inovasi guru-guru dari Tadika KEMAS Kampung Jijan.

6

Page 7: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

Acara 9

Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2010 / UPKK 2010, Cenderamata AJK PIBG 2010 / 2011 dan Sumbangan kepada masyarakat setempat

1) Majlis diteruskan lagi dengan Upacara Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2010, UPKK 2010, Cenderamata AJK PIBG bagi sesi 2010 / 2011 dan sumbangan kepada masyarakat setempat.

Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Yahya b. Mohamad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan dan Yang Berusaha Tuan Haji Roshizan bin Zakaria, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Jijan mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke pentas utama bagi menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan kepada penerima anugerah.

Untuk makluman Hadirin yang dimuliakan,

Pada tahun 2010, sekolah Kebangsaan Jijan telah berjaya mencatat sejarah apabila seramai 10 orang murid memperoleh 5A dan 7 orang murid memperoleh 4A1B dalam UPSR. Kejayaan ini telah melonjakkan nama Sekolah Kebangsaaan Jijan di mata masyarakat sekeliling.

Dengan ini, dijemput ________________ ****( Rujuk lampiran ) ***

2) Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2010.

Untuk makluman hadirin sekalian, bagi sesi 2010, seramai 2 orang murid berjaya memperoleh 8A dalam UPKK. Keputusan ini juga antara yang terbaik yang pernah dicapai oleh sekolah ini.

Dengan ini, dijemput ________________ ****( Rujuk lampiran ) ***

7

Page 8: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

3) Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Cenderamata AJK PIBG bagi sesi 2010 / 2011.Dengan ini, dijemput ________________ ****( Rujuk lampiran ) ***

4) Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Sumbangan kepda masyarakat setempat.Dengan ini, dijemput ________________ ****( Rujuk lampiran ) ***

Acara 10

Penyampaian Cenderamata kepada YAB Menteri Besar

Sebagai tanda penghargaan , sekalung budi seuntai kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Yahya bin Mohamad Guru besar Sekolah kebangsaan Jijan untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan.

Acara 11

Kata-kata Penutup dan

Hadirin yang dimuliakan,

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus atas kesudian berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Jijan untuk bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara melancarkan Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Jijan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Jijan.

Tersilap tersalah harap diampunTerkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kata Assalamualaikum wbt danSalam 1 MalaysiaSekian wbt

8

Page 9: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

Acara 12

YAB Menteri Besar lawatan ke pameran dan Jamuan

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke ruang pameran dan seterusnya ke majlis jamuan tengah hari yang telah disediakan.

Acara 13

Jamuan makan tengah hari

Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan untuk menikmati hidangan tengah hari di khemah yang telah disediakan....Selamat menjamu selera..

9

Page 10: SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

10