9
Pic from skkompleksuda.com TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN IHTIFAL j-QAF PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2009 TJMART, SALENG 21 JULAI 2009 Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad Penyelia Kanan Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Skrip Pengacara Majlis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip Pengacara Majlis

Pic from skkompleksuda.com

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS PENUTUPAN IHTIFAL j-QAF

PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2009

TJMART, SALENG

21 JULAI 2009

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.

Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia

En. Rozani bin Mohamad

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah

Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan

Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha

Ustaz Ziman bin Mohammad

Penyelia Kanan Pendidikan Islam

Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha

Ustazah Kalthom binti Abd. Rahman

Page 2: Skrip Pengacara Majlis

Penyelia Pendidikan Islam

Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati

___________________________________

___________________________________

___________________________________

Yang Dihormati

___________________________________

___________________________________

___________________________________

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009

barisan ustaz dan ustazah

murid-murid yang dikasihi

para ibu dan bapa dan penjaga

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Penutupan

Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009.

Page 3: Skrip Pengacara Majlis

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Majlisil Ikhtitam Li Ihtifali j-QAF Sanah Alfin wat Taasi`ah.

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz ________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz _________________ atas bacaan doa itu tadi.

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad, hadirin dan hadirat sekalian,

Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, sebagai suatu aktiviti nilai tambah bagi pelaksanaan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah di Daerah Kulai ini; bagi melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dan cintakan Bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an.

Page 4: Skrip Pengacara Majlis

Indah mekar si bunga kiambang

Mekar mewangi di taman larangan

Ihtifal j-QAF harapannya gemilang

Melahirkan generasi cintakan al-Qur’an.

Untuk pengetahuan semua juga, aktiviti yang dipertandingkan di dalam Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 ini ialah Pertandingan Kalam Jama`e ataupun dalam Bahasa Melayunya disebut sebagai “percakapan secara berkumpulan” dan Pertandingan Dikir Barat.

Kedua-dua aktiviti ini dilaksanakan di dalam Bahasa Arab. Selain daripada itu, Ihtifal j-QAF ini juga turut mempertandingkan aktiviti Tilawah al-Qur’an bagi kategori lelaki dan perempuan.

Bagi Pertandingan Kalam Jama`e dan Dikir Barat, ianya telah dilaksanakan di TJMart ini sendiri. Manakala, bagi aktiviti Tilawah al-Qur’an, ianya telah dilaksanakan di SK Taman Muhibbah, Kulai.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk mengiringi En. Rozani bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan Tuan.

Pertandingan Kalam Jama`e

1.

2.

3.

Pertandingan Dikir Barat

Page 5: Skrip Pengacara Majlis

1.

2.

3.

Tilawah al-Qur’an (Lelaki)

1.

2.

3.

Tilawah al-Qur’an (Perempuan)

1.

2.

3.

Terima kasih diucapkan kepada En. Rozani bin Mohamad atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Majlis juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan mewakili Daerah Kulai ke Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Johor Tahun 2009, bertempat di ____________________ pada ____________. Sama-samakan kita doakan kejayaan mereka. Ma`at taufiq wan najaah.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan pemenang tempat pertama bagi Pertandingan Kalam Jama`e dan Dikir Barat. Untuk pemenang tempat pertama Pertandingan Kalam Jama`e dipersilakan kepada __________________________________________________. Dipersilakan.

Untuk pemenang tempat pertama Pertandingan Dikir Barat dipersilakan kepada _________________________________________. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Page 6: Skrip Pengacara Majlis

Sebagai penghargaan di atas kesudian En. Rozani bin Mohamad hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, majlis ingin menyampaikan sedikit tanda ucapan terima kasih kepada beliau.

Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad di atas kesudian menyampaian tanda penghargaan sebentar tadi.

Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada En. Rozani bin Mohamad di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini.

Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009, terutamanya pihak pengurusan TJMart, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, barisan para hakim, ustaz dan ustazah, semua murid yang telah mengambil bahagian dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Page 7: Skrip Pengacara Majlis

Tanam langguna tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuknya mati

Budi semua tak kami lupa

Sudah terpaku di dalam hati.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Dijemput kepada Ustaz Ziman bin Mohammad untuk mengiringi En. Rozani bin Mohamad untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan.

Page 8: Skrip Pengacara Majlis

p/s - Baru lepas siapkan teks emcee ni terus share kat Elhaamy. Esok saya ditugaskan sebagai emcee Majlis Penutup, Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai 2009. Alhamdulillah, teks ni berjaya disiapkan and untuk dikongsi bersama...