Skrip- Majlis Ucapan

Embed Size (px)

Citation preview

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat malam. Selamat datang diucapkan kepada tetamu-tetamu jemputan dan ibu bapa ke Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Tamat Sekolah bagi Tahun 2009. Kami amat mengalu-alaukan kehadiran para tetamu pada malam ini.

Mengumumkan, kedatangan Yang Berbahagia Pengerusi Pengelola SJKC Padang Tengku, Yang Berbahagia Pengerusi PIBG SJKC Padang Tengku dengan diiringi oleh Guru Besar dan Para Guru SJKC Padang Tengku. Tetamu jemputan dan para hadirin diminta berdiri. 1. Untuk memulakan majlis kita pada malam ini, marilah kita sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku dengan diiringi oleh muzik. Tetamu dan para hadirin, dipersilakan duduk. Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Selamat Malam. Yang Berbahagia Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Encik How Sem Chaw. Yang Berbahagia Pengerusi PIBG SJKC Padang Tengku, Encik Cheng Sai Chong. Yang Berusaha Pn. Song Moi Kwee, Guru Besar SJKC Padang Tengku. Yang dihormati, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-Guru, Para Ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Tamat Sekolah bagi tahun 2009, pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat memeriahkan lagi majlis kita pada malam ini.

Perarakan masuk, tetamu terhormat, guruguru dan jemputan

Nyanyian Negaraku

2. Bagi meneruskan acara pada malam ini, Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Encik Haw Sem Chaw untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi. 3. Majlis diteruskan dengan Upacara Penyampaian Hadiah. Terima Kasih kepada tuan/puan atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah sebentar tadi. 4. Bagi meneruskan acara pada malam ini, Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Pengerusi PIBG Pra Sekolah, Puan untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi. 5. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian Sijil Tamat Pra-Sekolah. Penyampaian Sijil Tamat Pra Sekolah Ucapan Pengerusi PIBG Pra Sekolah Upacara Penyampaian Hadiah Ucapan Pengerusi Pengelola

Terima Kasih kepada tuan/puan atas kesudian menyempurnakan penyampaian Sijil sebentar tadi. 6. Majlis diteruskan dengan Ucapan Wakil Murid daripada Pra-Sekolah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan adik dpd Pra-Sekolah sebentar tadi. Ucapan Wakil Murid Pra Sekolah

7. Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Pengerusi PIBG SJKC Padang Tengku, Encik Cheng Sai Chong, untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Tuan Pengerusi PIBG sebentar tadi. 8. Tuan-tuan dan puan-puan sekarang majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Tamat Sekolah Rendah. Terima Kasih kepada tuan/puan atas kesudian menyempurnakan penyampaian Sijil sebentar tadi. 9. Majlis diteruskan dengan Ucapan Wakil murid Tahun 6, ucapan ini akan disampaikan oleh adik Wong Wong Seen. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan adik Wong Wong sebentar tadi. 10. Seterusnya majlis mempersilakan wakil pelajar tahun 6 untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada SJKC Padang Tengku. Majlis mempersilakan Puan Guru Besar iaitu Pn. Song Moi Kwee selaku wakil daripada SJKC Padang Tengku untuk menerima c.hati drpd wakil pelajar tahun 6. Majlis merakamkan terima kasih kepada wakil pelajar thn 6 dan Pn. Guru Besar. 11. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian lagu perpisahan yang akan disampaikan oleh murid tahun 6. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih kepada semua murid tahun 6 atas Nyanyian lagu perpisahan sebentar tadi. Nyanyian lagu perpisahan murid thn 6 Penyampaian c.hati dpd murid thn 6 Ucapan wakil Thn 6 Penyampaian Sijil Tamat Sek Rendah Ucapan Pengerusi PIBG

12. Hadirin sekalian, sekarang majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Song Moi Kwee, Guru Besar SJKC Padang Tengku, untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Guru Besar sebentar tadi Ucapan Guru Besar

13. Dengan berakhirnya ucapan Guru Besar sebentar tadi, maka berakhirlah majlis penyampaian hadiah dan sijil tamat sekolah pada malam ini. Walau bagaimanapun, majlis kita diteruskan lagi dengan pelbagai persembahan yang akan dipersembahkan oleh murid-murid SJKC Padang Tengku. Semua hadirin diminta sama-sama menyaksikan persembahan-persembahan yang menarik sebentar lagi. Persembahan

Persembahan Persembahan.....

Dengan berakhirnya majlis persembahan itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada malam ini. Akhir kata, kami seluruh warga SJKC Padang tengku, ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua hadirin kerana sudi samasama memeriahkan lagi majlis ucapan pada malam ini. Sekian, Terima Kasih

Makluman Penamat Majlis / Majlis bersurai