Skrip Cerita Tahap 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

yp

Citation preview

SKRIP CERITA TAHAP 1

MUHAMMAD FIRDEE AQASHA

SK BATU FERRINGHI

SKRIP CERITA TAHAP 1 SI TANGGANG ANAK DERHAKAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera

Terima kasih pengerusi majlis yang begitu ceria, barisan Hakim yang arif lagi adil, penjaga masa yang teliti, para guru dan rakan-rakan sekalian.

Senyum, senyum selalu

Senyum, senyum denganku

Tiada seindah senyuman

Hadirin yang dimuliakan,

Usahlah bermuram durja, gundah gulana, resah gelisah dan keluh kesah. Saksikanlah dan dengarkanlah, kisah Si Tanggang Anak derhaka yang saya akan ceritakan pada pagi ini. Semoga terhibur dan mengambil iktibar.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga yang sangat miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepatah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang meminta kebenaran kepada ibunya untuk pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Tanggang berjanji akan mendirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibunya. Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu. Mak Umpit merayu kepada Si Tanggang untuk membatalkan hasrat anak kesayangannya itu.

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.

Dalam perjalanan Si Tanggang untuk mencari kerja, dia terlihat ada sebuah kapal dagang berlabuh di pantai. Si Tanggang mahu mencari pekerjaan di sana. Maka bersusah payahlah Si Tanggang berenang hingga sampai ke kapal yang sedang berlabuh itu.

Si Tanggang telah berjumpa dengan nakhoda kapal itu. Si tanggang bersusah payah memujuk rayu kepada nakhoda. Mujurlah, Si tanggang diterima juga untuk bekerja. Dia berazam akan bekerja sebaik mungkin bagi memenangi hati nakhoda itu.

Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang diambil sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia kini digelar Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan. Tidak lama kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke merata tempat dan negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampungnya. Mak Umpit berasa amat gembira. Mak Umpit dengan segera mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang.

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Si Tanggang berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Si Tanggang berpura-pura tidak mengenali Mak Umpit. Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang mengatakan bahawa ibunya sudah tiada.

Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya. Kerana terlalu sedh, Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru kepada Tuhan.Melihat sikap anaknya itu,

Hancur luluh hati si ibu,

Doa dipohon kepada Yang Satu,

Si anak disumpah menjadi batu.Akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Ibu kau ampunilah dosaku

Andainya pernah menghiris hatimu

Restumu yang amatlah aku harapkan

Kerana disitu letak syurgaku

Para hadirin sekalian;

BegItulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan menderhaka kepada orang tuanya. Janganlah menjadi angkuh dan sombong kepada ibu bapa kita. Mereka telah bersusah payah mendidik dan membesarkan kita dari kecil hingga ke dewasa. Oleh itu, hargailah dan sayangilah ibu bapa kita.Terang bulan di malam sepi,

Cahaya memancar ke pohon kelapa,

Hidup di dunia buatlah bakti

Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.