36
TEKS 1 TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN Masa/ Pembaca Atur cara Teks 8.25 Hariff Ketibaan tetamu Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi tahun 2013. Hadirin yang dimuliakan, Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan. Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. 8.30 am Syuhada Ketibaan Perasmi Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, Isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga ahli BAKTI dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri 8.35 am Syuhada

RUJUKAN TEKS PENGACARA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Citation preview

Page 1: RUJUKAN TEKS PENGACARA

TEKS 1

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Masa/ Pembac

a

Atur cara Teks

8.25Hariff

Ketibaan tetamuAssalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi tahun 2013.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

8.30 amSyuhada

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, Isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  yang juga ahli BAKTI dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

8.35 amSyuhada

Page 2: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Lagu Negara ku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri....................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

8.45 amHariff

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Page 3: RUJUKAN TEKS PENGACARA
Page 4: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Bacaan DoaBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemaraAssalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jerami;Terima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia  Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samad,Isteri Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan ahli BAKTI

Yang Berusaha En Abdul Karim b. MunokGuru Besar SK  Kota Setia

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd NorYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt ShaariPenolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia

Yang Berusaha Pn. Rozita bt AbasPenolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. MarzukiPenolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua Jabatan,

Guru-Guru BesarSekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Page 5: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Kota Setia tahun 2013. Saya Harif Fadzilah b. Othman

Dan saya  Norsyuhada bt.  Humari

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Syuhada

Persembahan Tahun 4 dan Tahun 5Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,

Page 6: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 membuat persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang membuat persebahan sebentar tadi.Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Ida rohayu bt. Husin dan Cik Norsalmi bt. Shaari.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Setia atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Abdul Karim b. Munok, Guru Besar SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan ahli BAKTI untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi seisi 2013 SK Kota Setia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Page 7: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.  Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

Hadirin yang dihormati,Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, majlis  menjemput Tuan Guru Besar En. Abdul Karim b. Munok, diiringi Cik Noorsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyampaikan cederahati kepada perasmi.

Sekali lagi dijemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati dari pihak sekolah.

Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid Tahap 1. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Hariff

Penyampaian sijil dan hadiah prasekolah

Terima kasih kepada murid-murid tahap 1 yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norsyuhada bt. Humari

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,    Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti,    Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Page 8: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Untuk itu majlis menjemput  Yang Berbahagia  Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samatdengan diiringi oleh Cik Noorsalmi bt. Shaari untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid Prasekolah.Dipersilakan.………………. (Penyampaian hadiah)1. Sijil tamat Prasekolah 2013

Terima kasih Yang Berbahagia Datin kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Majlis seterusnya adalah Anugerah Prasekolah. Untuk itu dijemput Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertu PIBG SK Kota Setia dengan diiringi oleh En. Kamarulnizam b. Marzuki, PK Kokurikulum.Dipersilakan.1. Anugerah Tunjang terbaik

2. Anugerah Kehadiran tertinggi

3. Anugerah Penabung terbanyak

4. Anugerah Pelajar cemerlang prasekolah

SyuhadaPenyampaian hadiah akademik

Terima kasih  En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor kerana telah menyempurnakan penyampaian hadiah untuk murid-murid prasekolah.

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik kepada murid-murid.

Untuk itu majlis menjemput …………………………………………………….. diiringi oleh …………………………………………………………………… ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.……………………… (Penyampaian hadiah)

1. Hadiah akademik terbaik

2. Hadiah dan sijil lonjakan prestasi

3. Hadiah matapelajaran terbaik

Hariff

Persembahan prasekolah

Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.

Page 9: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Majlis penyampaian hadiah dihentikan  buat seketika bagi menikmati satu  persembahan iaitu  Persembahan murid-murid Prasekolah. Dipersilakan.

………………………………….. (Persembahan)

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Rosnani bt. Saad dan Pn. Siti Hajar bt. Timar, dibantu oleh ibu Zaleha dan ibu Rumiyati.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada murid-murid.

Untuk itu dijemput ........................................................................  untuk menyampaikan sijil kepada murid-murid yang banyak membantu pihak sekolah. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian hadiah)1. Sijil Pengawas sekolah

2. Sijil Pengawas Pusat Sumber

3. Sijil Ketua & penolong ketua kelas

4. Sijil Pengawas kedai buku

5. Sijil Kehadiran Cemerlang 2013

Syuhada

Anugerah KhasTerima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas.

Dijemput ..............................................................................  untuk menyampaikan Anugerah tersebut. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian Anugerah)1. Tokoh Akademik

2. Tokoh Kokurikulum

3. Anugerah Sahsiah Terpuji

4. Tokoh Nilam

Page 10: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Terima Kasih ............................................................. kerana sudi menyampaikan Anugerah.

Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu persembahan khas yang akan dipersembahkan oleh  murid-murid tahun 6. Dipersilakan....

…………………………………. (Persembahan)

Hariff

PenutupTepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan tersebut mungkin merupakan persembahan terakhir mereka di sekolah ini kerana mulai tahun hadapan mereka akan melangkah ke sekolah menengah. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norafilah bt. Yahya.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendaklah dicari, Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladangBoleh kita menumpang mandiKalau ada umur yang panjangTahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....Assalammualaikum

Page 11: RUJUKAN TEKS PENGACARA

TEKS 2

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

QUE ANN

KETIBAAN PERASMI Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia,

Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,

Kolonel (K),

Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad Datu,

Diiringi oleh dif-dif jemputan

Masuk ke dewan…

NYANYIAN 3 BUAH LAGU (tidak perlu umum)

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu

tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

PERSEMBAHAN TARIAN

SEMBAH TAMU

Dari Kedah ke Kuala Perlis

Singgah bersantai di tepi jeti

Page 12: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Persembahan pembukaan memeriahkan majlis

Semoga hadirin terhibur di hati.

Seterusnya, majlis mempersilakan,

Persembahan, Tarian Sembah Tamu. Dipersilakan.

(tarian tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan tarian

sembah tamu itu tadi di bawah pimpinan……………………….

BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah

Dahan terikat tali perkasa

Sepuluh jari kami menadah

Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama

Page 13: RUJUKAN TEKS PENGACARA

kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh

 Yang dihormati, Ustaz Mohd Ajwadi Ahmad.

Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.

SALUTASI Yang berbahagia,

Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,

Kolonel (K)

Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad Datu,

Yang berusaha,

En. Abd Salam Salinri,

Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang dihormati,

Puan Herminy HJ Shapawie,

Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang dihormati,

Puan Norasmah HJ Muhammading,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati,

En. Sainuddin Panggi,

Penolong Kanan Petang,

Page 14: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Yang dihormati,

Puan Rohana Jaafar,

Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Yang dihormati,

Encik Jefry Jalilul,

Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu,

Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

UCAPAN ALU-ALUAN MC Hadirin sekalian,

Dari Dewan Tun Haji Mustapha, mengalu-alukan kehadiran

hadirin sekalian ke

“ MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI

TAHUN 2013”.

Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan

kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam

pelbagai bidang akedemik.  Justeru, adalah menjadi harapan

kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi

memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam

diri setiap pelajar.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Page 15: RUJUKAN TEKS PENGACARA

UCAPAN ALU-ALUAN

EN.SALAMTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian,

Tirai majlis kita pada hari ini ajkan dimulakan dengan ucapan

alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,

Yang Berusaha, En. Abd Salam bin Salinri, Penolong Kanan

PentadbiranSekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu untuk

menyampaikan ucapan, dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terim kasih.

UCAPAN WAKIL PIBG

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang diPertua PIBG

SK.Pekan,Lahad Datu.Dengan itu, majlis menjemput dan

mempersilakan

Yang  diHormati, En. Jefry Jalilul,

YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Hadirin sekalian,

Page 16: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Kalau tuan pikat kenari

Jangan patahkan batang jerami

Kepada tuan mandat diberi

Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.

 Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian.

Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan,

Yang berbahagia,

 Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,

 Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan

Pekan Lahad Datu untuk menyampaikan ucapan seterusnya

merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

2013. Dipersilakan.

 (ucapan tamat)

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput Yang

berusaha,

En. Abd Salam Salinri,

Penolong Kanan Pentadbiran,

Diiringi oleh,

Page 17: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Yang dihormati,

Puan Herminy HJ Shapawie,

Penolong Kanan Kokurikulum,

Untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi,

 Yang berbahagia,

 Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,

 Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan

Pekan Lahad Datu dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

PENYAMPAIAN ANUGERAH

KECEMERLANGAN

PELAJAR

KATEGORI ANUGERAH

KHAS PRA SEKOLAH

Melati kuntum rotan berhias,

Tumbuh melata di tepi kali

Anugerah cemerlang 2013

Murid cemerlang kita hargai

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2013 SK

Pekan Lahad Datu pada hari ini akan kita mulakan dengan

Penyampaian Anugerah Khas Pra Sekolah. Untuk itu, majlis

sukacitanya menjemput,

Penyampai :

Page 18: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)

ANUGERAH KHAS

PENDIDIKAN KHAS

Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah

Khas Pendidikan Khas,

Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)

ANUGERAH PEMULIHAN

KHAS

Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah

Pemulihan Khas

Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)

PERSEMBAHAN ACTION

SONG

Hadirin sekalian,

Majlis kita akan dihiburkan dengan persembahan Action Song

yang dipimpin oleh Yang dihormati, Puan Nancy Marius dan

Yang dihormati, Puan Junaidah Sarikul. Dengan itu majlis

mempersilakan.

PEYAMPAIAN ANUGERAH

PELAJAR –

Hadirin sekalian,

Page 19: RUJUKAN TEKS PENGACARA

MENGIKUT TAHUN Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah

Kecemerlangan Pelajar MengikutTahun, untuk itu majlis

menjemput dan mempersilakan,

Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama

PERSEMBAHAN KOIR Hadirin sekalian,

Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan

persembahan koir. Untuk itu majlis mempersilakan.

(persembahan tamat)

Untuk makluman semua, persembahan koir itu tadi di bawah

pimpinan, Yang dihormati, Puan Rudianie Hashim dan Yang

dihormati En.Nurullah Salatula. Majlis mengucapkan terima

kasih.

ANUGERAH TOKOH MURID

1. TOKOH MURID

2. TOKOH HARAPAN

3. TOKOH KOKURIKULUM

4. TOKOH HAL EHWAL MURID

Tuan-tuan dan puan-puan,Majlis Anugerah Kecemerlangan

Pelajar kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan

Penyampaian Anugerah Tokoh Murid Cemerlang. Untuk itu,

majlis menjemput dan mempersilakan,

Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)

Page 20: RUJUKAN TEKS PENGACARA

PERSEMBAHAN TARIAN

RAMPAIAN

Hadirin sekalian,

Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan tarian

rampaian di bawah pimpinan Yang dihormati, Puan Ainih

Tamin dan Yang dihormati, En.Fadly Yussof.

Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan.

(tamat persembahan)

Majlis mengucapkan terima kasih.

ANUGERAH KHAS UNTUK

GURU

Hadirin sekalian,

Cemerlangnya anak, kerana kasih ibu dan bapanya,

Gemilang mereka, kerana didikan para gurunya…

Majlis pada hari ini juga akan mengumumkan “anugerah khas

untuk para guru”, yang telah banyak berkorban, jiwa dan raga

demi anak watan. Untuk itu majlis menjemput dan

mempersilakan,

Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)

ANUGERAH KHAS

KAKITANGAN SEKOLAH

Hadirin sekalian,

Page 21: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Pengantaraan urusan adanya mereka,

Indahnya sekolah kerana mereka,

Bantunya mereka sebagai pembantu setia,

Demi melihat warga yang sejahtera.

Pada hari ini, majlis juga akan menyampaikan “Anugerah

Khas bagi Kakitangan Sekolah Pekan Lahad Datu”. Untuk itu,

majlis menjemput dan mempersilakan,

Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)

PERSEMBAHAN MURID

TAHUN 6

Dari kedah ke bandar Perlis,

Singgah bersantai di tepi jeti,

Persembahan akhir memeriahkan majlis,

Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian,

Sebagai penutup tirai majlis kita pada hari ini, majlis

menjemput  Murid Tahun 6 untuk membuat persembahan

mereka yang bertajuk “…………………….

JAMUAN & BERSURAI Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka tibalah

masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri.

Saya Azman Azahar dan Abdul Hakim menyusun jari sepuluh

memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,

terlampau cara sepanjang kami berbicara.

Page 22: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Terima kasih buat semua warga SK Pekan , rakan guru, orang

perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung bagi menjayakan Hari Anugerah kecemerlang

Pelajar 2013.Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh

dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan

dari Allah s.w.t. InsyaAllah.

Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berdua

Pohon kenanga elok merimbun

Tersenyum si dara menyunting bunganya

Kami menghimpun maaf dan ampun

Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah

Terbang bersama si burung murai

Saat ini saat penyudah

Page 23: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Tanda majlis melabuhkan tirai

Edit by : Cikgu Azman

TEKS 3

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS 2010

Mengumumkan ketibaan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.Pagi yang indah penuh ceria.hari yang berbahagia penuh bermaknakita raikan,Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.PerlisYang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.Guru-guru SKPBS, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Page 24: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010. Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan

saya Puan Noranizah Omar, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,

Page 25: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Majlis dibuka penuh rahmatNya,Mohon keberkatan serta hidayah,Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) atas ucapan tadi. 

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan JPN )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi. 

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk “Kitaran Hidup Rama-Rama”. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rokiah Binti Ismail, Guru Besar Sekolah

Page 26: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Kebangsaan Padang Besar (S). mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas 

Pra sekolah;Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Tempat pertama: Hanis Idayu binti. HasharTempat kedua : Nur Anis Shahida binti HarizanTempat ketiga : Nur Ain Hidayah binti. Mohd. Fauzi 

Kelas 1 ARIF Tempat pertama: Intan Syazwani binti. NordinTempat kedua : Amisha binti. JapperiTempat ketiga : Bashirah Balqis binti. Hamdan

Kelas 1 BESTARITempat pertama: 1. Muhammad Haiqal Furqan b.RoslyTempat kedua : Nur Fatin Nadirah binti. AznanTempat ketiga : Amirul Hafiz b. Hamizan

Kelas 2 ARIFTempat pertama: Aisyah Humaira binti. SyaharTempat kedua : Muhd. Adha Ashraffi b. Mohd.ArifTempat ketiga : Fatin Athirah binti.Mohd.Tarmizi

Kelas 2 BESTARITempat pertama: Muhd.Asyraf b. Abd. AzizTempat kedua : Muhd. Aqil b. HerwandiTempat ketiga : Nor Syazwan Fikri b. Abdul Raman

Kelas 3 ARIFTempat pertama: Farah Adibah binti.Mohd. TarmiziTempat kedua : Fathin Nadia binti. JamilTempat ketiga : Nurmisha Maisarah binti. Yazid

Kelas 3 BESTARITempat pertama: Siti Nur Alia Natasha binti. JafriTempat kedua : Ana Natsha binti. Amir Hamzah

Page 27: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Tempat ketiga : Muhd.Daniel b.Mohd. Norsham

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:Murid Tahun 1:NurBalqisSyazwani binti.Norhisyam (BM Pmhman, Pen Muzik)Intan Syazwani binti. Nordin (BM Pmhman, Bm Penulisan, BIng, Sains P.Agama Islam)Intan Juliana binti. Johari(BM Penulisan, PJK)Danish Daniel b. Zambri (BM pemahaman, Matematik)Muhd.Haiqal Furqan b.Rosly (BM penulisan)Muhd.Hanif b.Nordin (BM penulisan)Muhd.Hairi b. Abd.Rahman (BM penulisan)Nurul Najihah binti.Rahimi(BM penulisan)Amisha binti. Japperi(BM penulisan, Bahasa Arab) Ain Nur Fitrah binti.Nabillah (BM penulisan)Suraya Mohd Fazli (PJK)

Tahun 2Fatin Athirah binti. Md.Tarmizi (BM Pemhman, BI, Sains ,P. Muzik)Nurul Natasha binti Zainon(BM Penulisan, B. Arab)Aisyah Humaira binti. Syahar(BM penulisan, BI, Matematik.Aisyah Humaira binti. Syahar (BM Penulisan, BI, Matematik)Nur Anisha binti.ShafeqMohamad (B.Ing)Hidayah binti. Hashim (P. Agama Islam, PJK)Mohd.Adha Ashraffi b.Mohd Arif (P agama Islam, Pend Muzik)Muhd.Danial Haikal b. Norpendi (P.muzik)

Tahun 3Farah Adibah binti.Md.Tarmizi (BM Pemahaman, BI, Matematik)Nurmisha Maisarah binti.Yazid (BM Pemahaman, B. Arab)Fathin Nadia binti. Jamil (BM Penulisan, Sains, Pend Muzik)Muhd.Iffan b. Ahmad Basri (P. Agama Islam)NurAqilah binti. Azman (PJK)Nuraina Shafika binti Rahmad (P.Muzik)

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~) Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Hassan B Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha PuanHajjah Rokiah Bt Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) bagi menyempurnakan agenda.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hassan B Hashim .Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg BerusahaTuan Haji Hassan B Hashim diiringi oleh Puan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua guru ke kantin untuk menjamu selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20 minit. Warga dewan dikehendaki masuk semula

Page 28: RUJUKAN TEKS PENGACARA

pada ...................................................

**************(rehat)

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid yang bertajuk “Damai Yang Hilang” Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 5 Arif, di bawah bimbingan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati,Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’ Sekolah KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah seterusnya. Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu “Mini Konvokesyen”. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid tahun 6 di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang akan dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan rekoder)

Page 29: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan majlis.

(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas 

Kelas 4 ArifTempat pertama: Intan Suraya bt. JohariTempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. RodziTempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol

Kelas 4 BestariTempat pertama: Hanesya Hezanea bt. HafifiTempat kedua : Muhd. Faizal B. AbdullahTempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi 

Kelas 5 ArifTempat pertama: Nurul Nasuha bt. Nazri Tempat kedua : Nursyazwani bt. ShahidanTempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi 

Kelas 5 BestariTempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. WahabTempat kedua : Nur Hidayah bt. YusnizalTempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin 

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:Tahun 4:

Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)

Page 30: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun :Tahun 5:

NurSyazwani bt. Shahidan( BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains, Pen Agama Islam, Pjk, Pskw)

Nurul Nasuha bt. Nazri (B.I, Pend Agama Islam, Pjk, Pend Muzik, Pskw, K. Hidup, K.tmptan)

Siti Aishah bt. Hakimi (Pend. Islam)Nur Shahirah bt. Halim (PJK)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik mengikut kelas dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran bagi murid tahun 6. Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). untuk menyempurnakan majlis diiringi oleh Puan Hajjah Rokiah Bt. Ismail guru besar SKPBS.

(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 6.Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelasKelas 6 ArifTempat pertama: Muhd. Alif Ajwad b. Azis Tempat kedua : Nur Nasha Najeeha bt. RozainTempat ketiga : Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri Kelas 6 BestariTempat pertama: Siti Nur Asyura bt. Nazri Tempat kedua : Nurul Shafika bt. NorhanTempat ketiga : Noor Earliza bt. Ismail

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun Tahun 6:Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri (BM Pmhman. Pend Agama Islam, PJK, K. Tmptan)Muhd. Alif Ajwad b. Azis (BM Penulisan, Matematik, Sains, PJK, Pskw)Nur Nasha Najeeha bt. Rozain (BI, Matematik,PJK, K. Hidup)Muhd.Zaki Zamani b. Zakaria (P. Islam)NurJazmina bt. Mohd. Fazli (P. Islam, PJK)Nor Shafira Idris (Muzik , PJK)

Page 31: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Berikut ialah murid yang mendapat markah tertinggi dalam m/ pljrn PJK:

Nur Farhana bt. RahimiJunaidah Juliza Farahana bt. JantanNur Diyana bt. Amiral YahsubiAin Nur Iman bt. ShurizanNur Affika bt. ZabreeNur Awatif bt. AzizanSiti Haida Amira bt. MazriNur Aiyani bt. SidikNur Zetty Farhanim bt. ZambriNur Shahira SharifNur Hidayah bt. NordinHanif b. Abd. WahabIzman Arif b. AzizanRafiziamirun b. SazaliMuhd. Farif Aiman b.YusofMohd Saiful Nizam B. Rosli.

Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKPBS, Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan tersebut ialah:

*************(Lampiran)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG SKPBS atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk “Keluarga Bahagia”. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Majlis mempersilakan.

**************(Persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Warga dewan sekalian, Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain. 

Page 32: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar hati mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid).Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid

Ketua Pengawas – Muhd. Alif Ajwad b. azisPen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain

Ketua Pengawas Perpustakaan – Hanif b. abd. WahabPen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi

Tokoh NILAM Tahap 1 – Farah Adibah bt. Mohd. TarmiziTahap 2 – Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi

Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. Azis Hadirin sekalian,Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mengharumkan nama sekolah. Murid ini juga telah berjaya mendapat tempat belajar yang selesa iaitu di Sek. Men Sains Tuanku Syed Putra. Dijemput Siti Norizah bt Salahudin Khan tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan

Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam bidang sukan dan permainan.

Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan lompat tinggi di peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi menyertai bola tampar, sepak takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.

Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru mewakili negeri manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m, 4x 200m dan lompat tinggi bagi peringkat sekolah.

Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan prestasi yang konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6

Penerima Hadiah Kedatangan Penuh.Prasekolah – Hanis Idayu bt. Hashar2 Arif - Muhd. Danial Haikal b. Norpendi2 Bestari - Muhd. Asyraf b. Abd. Aziz4 Arif - Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan- Nur Athirah Nadhira bt. Norpendi

Page 33: RUJUKAN TEKS PENGACARA

5 Arif - Hazwani bt. Halim- Nur Husnina bt. Hassan5 Bestari - Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab6 Arif - Muhd. Farif Aiman b. yusof- Nur Awatif bt. Azizan- Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi- Nur Nasha Najeeha bt. Rozain- Nor Shafira bt. Idris6 Bestari - NorKhairul Azman b. Zailani- Farah Nur Fakhira bt. Rozali

Murid ini ialah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kpg Kurung Tengar.Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang anak yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan keluarga dan sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.

Murid ini sering mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1 hinggalah kini.Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran, kuiz agama,…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh guru.Memandang wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar 1000 tahun lagi.Beliau telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan UPKK tahun 2009. Beliau juga menyandang jawatan ketua pengawas . Murid yang yang dimaksudkan dan dinobatkan sebagai tokoh murid bagi tahun 2010 ialah Muhammad Alif Ajwad B. Azis. Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang lain...insyaAllah

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,Majlis anugerah telah disempurnakan,Sekalung penghargaan kami hulurkan,Segulung tahniah kami ucapkan....

Page 34: RUJUKAN TEKS PENGACARA

Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada semua staf SKPBS 2010. Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan warga pendidik sekolah ini menjadikan penghargaan ini sebagai tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri sendiri dan seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan melonjakkan kecemerlangan SKPBS.

*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman. 

Kalau ada jarum yang patahBanyak kain tidak berjahitKalau ada silap dan salahJangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan. 

Sekian wabillahi taufik..................

Page 35: RUJUKAN TEKS PENGACARA