3
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA Selamat pagi dan salam sejahtera. Seuntai kasih sekalung bicara saya ucapkan kepada Yang Mulia Pengerusi Majlis, kombinasi kehakiman yang adil lagi bijaksana, dif-dif kehormat, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di sini pada pagi ini adalah bertujuan untuk mengupas tajuk pidato saya iaitu ‘Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama’. Tuan-tuan dan puan-puan, Tahap keselamatan jalan raya pada masa kini masih membimbangkan. Tidak hairanlah, seringkali kita mendengar atau melihat isu-isu berkaitan kemalangan jalan raya yang diwar-warkan melalui media cetak mahupun media elektronik. Adakah bilangan kemalangan jalan raya yang agak besar ini menunjukkan kurangnya sikap prihatin dan tanggungjawab kita sebagai pengguna? Marilah kita renungkan sejenak. Tuan-tuan dan puan-puan, Menurut perangkaan Jabatan Keselamatan Jalan Raya secara kasarnya bilangan pengguna yang berada di jalan raya setiap hari adalah sebanyak tujuh ratus ribu hingga lapan ratus ribu. Apabila tiba musim perayaan, bilangan ini akan meningkat dua kali ganda menjadikan bilangannya mencecah 1.4 juta sehari. Kepadatan pengguna jalan raya menyebabkan meningkatnya kes-kes kemalangan jalan raya terutamanya semasa musim perayaan. Namun begitu, adakah kita tidak mempunyai pilihan lain bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini ini berlaku? Pelbagai langkah-langkah keselamatan dan panduan memandu telahpun disarankan oleh pihak-pihak tertentu tidak kira pihak kerajaan, swasta mahupun NGO. Malahan pelbagai kempen dan undang-undang telah pun dilaksanakan dan diketatkan bagi membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di jalan raya. Contohnya, Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya yang dilaksanakan pada musim perayaan tahun lepas. Ini melibatkan program intervensi seperti operasi penguatkuasaan oleh PDRM iaitu OPS Sikap 20 dan larangan menggunakan jalan raya semasa tempoh sesak di musim perayaan bagi kenderaan- kenderaan berat. Pemantauan turut dibuat ke atas 35 lokasi terminal bas seluruh negara. Hasilnya kempen sebegini berjaya mengurangkan 18 SJK SU LAI, 2010 JBJ

Pidato: Keselamatan Jalan Raya Pada Masa Kini Masih Di Tahap Yang Membimbangkan

  • Upload
    gnarz84

  • View
    3.046

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pidato: Keselamatan Jalan Raya Pada Masa Kini Masih Di Tahap Yang Membimbangkan

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Selamat pagi dan salam sejahtera. Seuntai kasih sekalung bicara saya ucapkan kepada Yang Mulia Pengerusi Majlis, kombinasi kehakiman yang adil lagi bijaksana, dif-dif kehormat, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di sini pada pagi ini adalah bertujuan untuk mengupas tajuk pidato saya iaitu ‘Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama’.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tahap keselamatan jalan raya pada masa kini masih membimbangkan. Tidak hairanlah, seringkali kita mendengar atau melihat isu-isu berkaitan kemalangan jalan raya yang diwar-warkan melalui media cetak mahupun media elektronik. Adakah bilangan kemalangan jalan raya yang agak besar ini menunjukkan kurangnya sikap prihatin dan tanggungjawab kita sebagai pengguna? Marilah kita renungkan sejenak.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Menurut perangkaan Jabatan Keselamatan Jalan Raya secara kasarnya bilangan pengguna yang berada di jalan raya setiap hari adalah sebanyak tujuh ratus ribu hingga lapan ratus ribu. Apabila tiba musim perayaan, bilangan ini akan meningkat dua kali ganda menjadikan bilangannya mencecah 1.4 juta sehari. Kepadatan pengguna jalan raya menyebabkan meningkatnya kes-kes kemalangan jalan raya terutamanya semasa musim perayaan. Namun begitu, adakah kita tidak mempunyai pilihan lain bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini ini berlaku?

Pelbagai langkah-langkah keselamatan dan panduan memandu telahpun disarankan oleh pihak-pihak tertentu tidak kira pihak kerajaan, swasta mahupun NGO. Malahan pelbagai kempen dan undang-undang telah pun dilaksanakan dan diketatkan bagi membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di jalan raya. Contohnya, Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya yang dilaksanakan pada musim perayaan tahun lepas. Ini melibatkan program intervensi seperti operasi penguatkuasaan oleh PDRM iaitu OPS Sikap 20 dan larangan menggunakan jalan raya semasa tempoh sesak di musim perayaan bagi kenderaan-kenderaan berat. Pemantauan turut dibuat ke atas 35 lokasi terminal bas seluruh negara. Hasilnya kempen sebegini berjaya mengurangkan 18 kes kematian pada hari-hari biasa ke 15 kes semasa musim perayaan sepanjang tempoh OPS Sikap 1-19. Hal ini membuktikan pentingnya kerjasama antara pihak kerajaan, swasta mahupun badan-badan NGO dalam perlaksanaan program-program tersebut sedangkan kita tahu pada musim perayaan bilangan pengguna jalan raya meningkat dua kali ganda.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Perkara-perkara yang telah saya kupas sebentar tadi adalah sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan oleh badan-badan tertentu. Namun perkara utama yang perlu kita lihat sendiri adalah sikap tanggungjawab dalam diri setiap individu. Sikap prihatin terhadap diri sendiri, penumpang mahupun pemandu lain masih lagi kurang dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia yang harmoni. Seringkali kita melihat pengguna-pengguna yang tidak menggunakan tali pinggang dan topi keledar dengan betul. Sedangkan ia dapat membantu sebanyak 60-70 peratus risiko kecelakaan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Terdapat sebilangan daripada mereka yang memandu dalam

SJK SU LAI, 2010 JBJ

Page 2: Pidato: Keselamatan Jalan Raya Pada Masa Kini Masih Di Tahap Yang Membimbangkan

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

keadaan mabuk, mengantuk serta memandu dalam keadaan terburu-buru. Oleh kerana itu, kita disarankan untuk merancang perjalanan sebelum memandu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kedapatan sebilangan pemandu yang suka menunjuk-nunjuk dengan memandu melebihi had kelajuan dan memotong giliran. Pengguna-pengguna yang tidak mementingkan keselamatan ini tergolong dalam golongan yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mengendahkan nyawa diri sendiri mahupun pengguna yang lain. Golongan berisiko tinggi seperti pejalan kaki terutamanya harus berwaspada dengan menggunakan kemudahan jalan raya seperti jejantas untuk melintas. Penunggang motosikal pula disarankan untuk menggunakan pakaian yang cerah dan tidak menyelit di antara kenderaan-kenderaan besar yang lain semasa memandu dalam gelap. Malahan golongan berisiko tinggi untuk berhadapan kecelakaan jalan raya ini lebih digalakkan untuk menggunakan sistem pengangkutan awam.

Kita sendiri sedia maklum, malang itu tidak berbau. Namun begitu, kita masih berpeluang untuk memilih jalan yang lebih selamat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi menyokong agenda Tanggungjawab Korporat Sosial untuk mencapai sasaran dan hasrat yang ditetapkan di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 dan Wawasan Sifar Kematian sebagai jangkamasa panjang, marilah kita bersama-sama menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan jalan raya tidak kira dipihak kerajaan, swasta, badan-badan NGO mahupun individu itu sendiri. ‘Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat’. Patuhi had kelajuan dan gunakanlah pengangkutan awam kerana ia dapat membantu mengurangkan kemalangan. Nyawa yang melayang tidak dapat dibeli. Jangan pula kerana cuai diri sendiri orang lain dipertanggungjawabkan.

Oleh itu, sebelum mengundur diri sekali lagi saya ingin menegaskan tajuk pidato saya pada hari ini ‘Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Kita Bersama’.

Pandu Cermat, Jiwa Selamat,

Biar Lambat, Asal Bertempat.

Sekian, terima kasih.

SJK SU LAI, 2010 JBJ